Perkahwinan & Perceraian

Perkahwinan & Perceraian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkahwinan & Perceraian, Putrajaya.

🌸 For a Heart That Has Been HurtTo the heart that has been hurt,I know you wake up with heaviness,And go to sleep with s...
12/07/2025

🌸 For a Heart That Has Been Hurt

To the heart that has been hurt,

I know you wake up with heaviness,
And go to sleep with silent tears.
You wonder if you will ever feel whole again.

But please remember this:

💛 You are not broken beyond repair.
💛 You are not unworthy of love.

Your pain is real,
But it does not define who you are.
Your wounds are deep,
But they are not eternal.

Take your time to heal.
Cry if you must.
Rest when you need.
Pray, even if your voice trembles.

And when you are ready,
stand again, gently,
with kindness towards yourself.

Because one day,
your heart will realise
that what hurt you
was never meant to destroy you,
but to teach you strength, compassion, and faith.

🕊️ May Allah heal every wound in your soul and replace it with peace, strength, and a love that honours you fully.

💔 Perceraian Biasa vs Perceraian dengan Pasangan NarsisistikRamai orang fikir,“Cerai tetap cerai. Sakitnya sama.”Tetapi ...
12/07/2025

💔 Perceraian Biasa vs Perceraian dengan Pasangan Narsisistik

Ramai orang fikir,
“Cerai tetap cerai. Sakitnya sama.”

Tetapi realitinya, perceraian dengan pasangan narsisistik jauh berbeza.

✅ Perceraian biasa – dua manusia yang tidak lagi sehaluan, berpisah dengan luka tetapi masih ada hormat.

❌ Perceraian dengan pasangan narsisistik – ibarat keluar dari penjara emosi, penuh manip**asi, gaslighting, dan trauma berlapis.

Hari ini saya kongsikan 10 perbezaan utama perceraian antara pasangan biasa dan pasangan narsisistik, supaya kita semua lebih faham, lebih berhati-hati, dan lebih mendukung mereka yang sedang melalui fasa ini.

⬇️ Baca sampai habis.

🟢 1. Sebab utama perceraian

Pasangan biasa: Biasanya kerana konflik komunikasi, perbezaan matlamat hidup, kewangan, atau isu peribadi lain yang tidak melibatkan manip**asi melampau.

Pasangan narsisistik: Perceraian berlaku akibat penderaan emosi, manip**asi, gaslighting, penipuan, atau pengkhianatan berulang, di mana satu pihak terasa hilang identiti diri.

🟢 2. Cara mereka menerima keputusan cerai

Pasangan biasa: Walaupun sedih dan marah, mereka perlahan-lahan boleh menerima kenyataan dan fokus pada healing.

Pasangan narsisistik: Mereka akan menolak realiti, menyalahkan, atau berusaha merosakkan reputasi bekas pasangan, kerana ego mereka tidak boleh menerima penolakan.

🟢 3. Perilaku semasa proses perceraian

Pasangan biasa: Masih boleh berunding secara matang walaupun tegang.

Pasangan narsisistik: Akan mempermainkan proses undang-undang, menunda, menukar tuntutan, atau mengugut, hanya untuk mengekalkan kawalan.

🟢 4. Fokus selepas perceraian

Pasangan biasa: Fokus kepada pemulihan diri, anak-anak, dan kehidupan baru.

Pasangan narsisistik: Fokus mereka ialah membalas dendam atau mencipta naratif palsu untuk mengekalkan imej mereka dan menjatuhkan bekas pasangan.

🟢 5. Perubahan emosi bekas pasangan

Pasangan biasa: Walaupun terluka, mereka mungkin masih ada empati terhadap bekas pasangan.

Pasangan narsisistik: Tidak ada empati, hanya kebencian, kemarahan, atau rasa layak dihormati walaupun telah bercerai.

🟢 6. Kesan kepada anak-anak

Pasangan biasa: Masih berusaha menjaga kebajikan emosi anak bersama.

Pasangan narsisistik: Akan menggunakan anak sebagai alat manip**asi, menjadikan mereka ‘spy’ atau menanam kebencian terhadap bekas pasangan.

🟢 7. Penyesuaian hidup selepas cerai

Pasangan biasa: Akan belajar untuk berdikari dan bina hidup baru.

Pasangan narsisistik: Akan segera mencari mangsa baru untuk memenuhi keperluan pujian dan kawalan mereka.

🟢 8. Rasa bersalah

Pasangan biasa: Ada rasa bersalah atau sedih atas kegagalan rumah tangga.

Pasangan narsisistik: Langsung tiada rasa bersalah, malah menyalahkan sepenuhnya kepada pasangan.

🟢 9. Pengalaman healing bekas pasangan

Pasangan biasa: Healing fokus kepada perpisahan dan kehilangan.

Pasangan narsisistik: Healing bekas pasangan jauh lebih rumit dan trauma, kerana mereka perlu membina semula harga diri dan membuang kesan manip**asi mental yang lama.

🟢 10. Hubungan selepas perceraian

Pasangan biasa: Boleh kekal neutral atau berkawan demi anak.

Pasangan narsisistik: Terus mengawal, stalk, mengganggu, atau mengekalkan hook emosi pada bekas pasangan selama mungkin.

16/06/2025

🌸 Jodoh Itu Takdir, Usaha Itu Tanda Iman 🌸

Kalau dia memang tertulis untuk kita,
walau sejauh mana dia pergi,
walau berapa lama masa berlalu,
insyaAllah dia tetap akan menjadi milik kita…
kerana hati manusia di tangan Allah.

Tapi jangan hanya berharap tanpa berusaha.
Kalau kita biarkan tanpa doa, tanpa ikhtiar,
akan ada orang lain yang lebih bersungguh-sungguh untuk memilikinya.

💖 Jodoh itu rahsia Allah.
💖 Usaha itu tanda kita yakin pada takdir-Nya.
💖 Doa itu senjata kita.
💖 Tawakal itu kunci ketenangan.

🌿 “Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.”
(Surah Az-Zariyat: 22)

✨ Terus usaha, terus doa. Yakinlah, yang terbaik Allah akan temukan pada waktu yang tepat.







Send a message to learn more

10/06/2025

bila dah terlalu lama single
terasa nak kahwin
tapi eh seronok hidup single
tapi eh bila berkahwin ada partner
boleh borak-borak
siang malam
kongsi susah senang
tapi perkahwinan bukan tentang borak-borak
perkahwinan tentang tanggungjawab
perkahwinan tentang kesabaran
perkahwinan tentang amanah

===============

“Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur.”

Surah al-A’raf (189)

Ayat ini menunjukkan bahawa suami dan isteri diciptakan untuk saling mewujudkan ketenangan, kedamaian dan tenteram hasil daripada hubungan mesra sesama mereka. Kebahagian dirasai apabila pasangan bebas untuk duduk bersama, saling memandang dan melepaskan rindu tanpa ada kebimbangan terhadap dosa dan maksiat serta pandangan daripada masyarakat. Hasil daripada ketenteraman ini p**a dapat membantu pasangan tersebut untuk terus beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. (Rujuk:BAYAN LINNAS SIRI KE-240)

Dr. Abdul Karim Zaidan menyebut bahawa keluarga umpama sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.
(Rujuk: Usul al-Dakwah, hlm 108)[1]

10/06/2025

Kecantikan ‘wanita itu’ terletak pada akhlaknya dan sifat malunya.

Sedang wanita lain berlumba menarik perhatian lelaki dengan rupa paras dan pakaian ketat yang membaluti tubuh,
‘Wanita itu’ memilih diam—
diam yang penuh doa,
bukan dengan kata manis atau pandangan nakal,
buat seorang lelaki yang menyentuh hatinya,
dengan sifat qawwammu—
lelaki yang tahu memimpin,
menjaga, dan memuliakan.

19/10/2024

Sahabat yang benar
Akan hadir di sisimu
Pada saat yang tepat
Pada saat engkau memerlukan

Jodoh yang benar
Akan menyapa sunyimu
Ketika engkau sebenarnya telah bersedia
Walaupun engkau tidak menyedarinya

Sahabatmu, Jodohmu
Tidak akan sesekali mengubah dirimu
Bahkan dia akan sentiasa bersamamu
Menerimamu, memahamimu
Mencintaimu, mengasihimu
Dalam setiap hela nafasmu
Dan setiap langkahmu

Engkau dan Dia
Tanpa engkau sedari
Serasi bersama
Menuju Ilahi

Mardhatillah
Husnul Khatimah
Cita-cita kami

Alhamdulillah

“The right people will love you for who you are, not for who they want you to be.”
- C. JoyBell C

“The right people will never try to change you. They will accept you for who you are and help you become the best version of yourself.”
- Dodinsky

01/10/2024

Sebuah Anugerah

Terima kasih kepada makhluk Allah bernama .

Banyak tulisan yang memperkatakan berkenaan , ujian dan pengorbanan mereka. Namun, tidak dapat disangkalkan bahawa ramai sahaja kaum yang bertanggungjawab dan melaksanakan amanah mereka dengan amat baik sekali.

Mereka adalah Lelaki yang .
Mereka adalah Lelaki yang .
Mereka masih wujud di dunia ini wahai Kaum Hawa.

Mereka juga turut diuji dengan isteri-isteri yang tidak menghargai dan menghormati kepimpinan mereka. Cuma, mereka jarang bercerita. Itulah Lelaki.

Wahai Wanita,

1. Bersyukur jika dikurniakan suami yang bertanggungjawab (Qawwam).

Seorang yang menjaga, memimpin, dan melindungi adalah satu anugerah Allah yang patut dihargai, kerana tidak semua wanita dikurniakan suami yang sedemikian.

2. Hargai kepimpinan dan kesabaran suami memimpin dalam menghadapi cabaran.

Suami yang berkepimpinan dan sabar adalah pelindung kepada keharmonian rumah tangga. Hormati kepimpinannya. Bersyukur atas kesabarannya kerana ramai wanita di luar sana yang tidak bernasib baik dan menderita dengan pelbagai , dan fizikal.

3. Sentiasalah memanjatkan dan Berusaha untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah.

Kebahagiaan dan ketenangan rumahtangga tidak datang dengan sendirinya. Ia memerlukan doa yang ikhlas dan usaha bersama suami dan isteri untuk memastikan hubungan suami isteri terus kuat, diberkati Allah, dan kekal bahagia di setiap fasa kehidupan.

"Kunci kebahagiaan rumah tangga adalah kasih sayang, kesabaran, dan ketakwaan kepada Allah. Apabila suami isteri saling bertaqwa dan menjaga masing-masing, rumah tangga akan dipenuhi ."
- Sheikh Muhammad Mutawalli Al-Sha'rawi

25/09/2024

MEMULAKAN HUBUNGAN BARU SETELAH

Untuk memulakan hubungan yang baru setelah perceraian bukanlah suatu yang mudah pada hakikatnya. Setelah lama hidup 'membujang' selepas perceraian. Baru menikmati kebebasan melakukan apa sahaja tanpa perlu meminta izin daripada sesiapa.

Apatah lagi,
sebelum ini hidup dalam 'penjara ',
dikongkong, dikawal, dibalun, didera,
melalui yang dahsyat.

Agak kekok memulakan perkenalan.
Lupa segala teknik dan skil komunikasi yang ada.
Padahal dulu, dialah jaguh dalam berbicara.

Tips Awal Perhubungan :

1. :

Pentingnya komunikasi terbuka dan jujur dalam mengekalkan hubungan yang sihat. Diskusikan bagaimana salah faham dapat timbul apabila salah satu pasangan menarik diri atau kurang berkomunikasi.

Hati-hati jika sebelah pihak sahaja bebas berbicara dan meluahkan apa sahaja, sebelah pihak lagi memendam perasaan.

Setiap pasangan hendaklah berasa selesa hendak meluahkan apa yang dirasai tanpa merasai ketakutan. Tanya pasangan anda jika ada apa-apa yang dipendam dan takut untuk diluahkan, dan anda perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk mendengar dengan penuh kefahaman dan empati, dan bukan menyerangnya kembali.

2. Kawalan :

Selami perbezaan emosi antara lelaki dan wanita semasa awal hubungan terutama pada empat hingga enam bulan pertama perkenalan. Wanita jangan terkejut jika lelaki tiba-tiba terlebih emosi apabila menjelaskan harapan dan ketidakselesaannya. Dia menaruh harapan tinggi agar anda memahaminya.

Lelaki p**a jangan terkejut apabila wanita berubah secara perlahan-lahan tanpa anda sedari. Wanita mengharapkan lelaki memahami beliau kerana wanita adalah makhluk ciptaan Allah yang penuh emosi. Jika lelaki yang lebih beremosi dengan mengharapkan wanita memahami mereka, maka jika wanita itu berubah sikap kemudiannya, tidak mahu berbincang berkenaan perkara yang boleh ‘triggered’ emosinya dan emosi anda, lelaki perlu berlapang dada dan terima hakikat tersebut.

Wanita mungkin bertindak mula menjauhi lelaki kerana mungkin dia tidak tahu bagaimana nak meluahkan apa yang dia rasai dan tidak ingin anda tersakiti. Maka dia hanya pendam dan mengelak daripada berbicara hal-hal yang anda tidak s**ai.

3. vs. :

Semasa awal dalam hubungan baru kesungguhan lelaki atau wanita untuk mengenali boleh membuka pelbagai rasa dan menyentuh perasaan pasangan. Hati luka yang dulu tertutup, mungkin semakin terbuka dengan kesungguhan anda.

Namun, apabila anda tiba-tiba berundur dan enggan serius seperti awalnya, mungkin kerana anda belum bersedia, atau mula merasakan dia bukan orangnya. Maka ia akan membuatkan pasangan tersinggung dan merasa hatinya dipermainkan. Dia akan kembali berhati-hati dan mungkin menutup segala pintu hati kembali.

4. Pertumbuhan :

Bagaimana hubungan anda berdua dapat menjadi pemangkin untuk pertumbuhan peribadi. Bagaimana hubungan anda berdua dapat mengembalikan keyakinan dan kepercayaan bahawa perkahwinan itu suatu yang membahagiakan. Bagaimana hubungan anda berdua dapat membahagiakan anak-anak dan seluruh ahli keluarga. Bagaimana hubungan anda berdua dapat menjana kekuatan hubungan dengan Rabbul Izzati Pemilik Alam dan Pemilik dan Pemegang Segala Hati.

5. Diri:

Diskusikan pentingnya kesedaran diri dalam hubungan. Bagaimana individu dapat memastikan mereka juga memupuk keperluan mereka sendiri sambil menjaga pasangan mereka?

6. Sempadan:

Bicarakan tentang pentingnya menetapkan dan menghormati sempadan (boundaries) dalam hubungan untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat.

7. Penyembuhan:

Berusaha untuk sama-sama membantu dalam proses penyembuhan diri. boleh melukakan. Cinta juga boleh menyembuhkan!

==============================

Surah Al-Baqarah (2:187): “...They are clothing for you and you are clothing for them...”
(This verse illustrates the closeness and mutual support between spouses.)

Ibn Qayyim Al-Jawziyya: “Love is the essence of life and the core of the human experience, for it is through love that we connect with others and understand our own hearts.”

Al-Ghazali: “The greatest of all the arts is the art of loving. The one who does not know how to love will never truly know what it means to live.”

PRISON BREAKDalam perkahwinan pun ada "  Break" ke?Di kesempatan masa yang ada, merehatkan minda yang keletihan sambil m...
25/09/2024

PRISON BREAK

Dalam perkahwinan pun ada " Break" ke?

Di kesempatan masa yang ada, merehatkan minda yang keletihan sambil menonton drama siri "Prison Break" yang mempunyai 5 seasons.

Saya s**a season 1.

Apabila menonton, saya terfikir - yang menyebabkan penderitaan dan penderaan juga ibarat 'penjara'. Pasangan perlu meloloskan diri daripada perkahwinan yang sedemikian dan kemudiannya 'move on' dengan kehidupan baru.

" is a prison break from the "
"Perceraian ibarat meloloskan diri daripada penjara perkahwinan yang menyakitkan"

"Moving on after divorce is a prison break from painful memories"
'Moving on' selepas perceraian ibarat meloloskan diri daripada penjara memori silam yang menyakitkan"

============================

6 Poin Menarik Mengenai "Prison Break" :

1. dan Strategi yang Rumit

Salah satu elemen paling menarik dalam Prison Break ialah 'tattoo' pada tubuh hero Michael Scofield (Wentworth Miller) dan perancangan rapi beliau.

2. Ikatan Persaudaraan Yang Erat

Michael Scofield mengambil risiko untuk membebaskan abangnya, Lincoln Burrows, yang dijatuhkan hukuman mati walaupun tidak bersalah menyerlahkan tema pengorbanan keluarga, kasih sayang dan keadilan.

3. dan Akibat

Siri ini meneroka kawasan kelabu moral, di mana watak-watak terpaksa membuat keputusan yang s**ar. Sama ada melanggar undang-undang demi kebaikan atau menghadapi pengkhianatan, Prison Break menyelami kompleksiti antara betul dan salah.

4. Pelbagai dan

Rancangan ini menampilkan pelbagai watak, masing-masing dengan latar belakang dan motivasi yang unik. Daripada kepintaran Michael hingga kelicikan T-Bag, interaksi mereka menambah kedalaman dan kekayaan pada plot, menjadikan setiap episod menarik dan tidak dapat diduga.

5. Ketidakadilan Sistem

Lincoln Burrows dijatuhkan hukuman mati walaupun tidak bersalah. Ini menunjukkan bagaimana sistem keadilan kadangkala gagal, menghukum individu yang tidak bersalah akibat konspirasi, bukti yang tidak mencukupi, atau salah tafsir fakta.

6.

Meskipun menghadapi pelbagai rintangan, matlamat Michael dan Lincoln tetap sama—untuk mendapatkan keadilan. Mereka tidak berhenti berjuang walaupun berhadapan dengan risiko besar, kerana keadilan adalah hak yang mesti ditegakkan serta menyelamatkan warga yang tidak bersalah.

============================

5 Poin Metafora "Prison Break" dalam Perkahwinan dan

1. Tekanan

Dalam perkahwinan yang menyakitkan, emosi boleh terasa seperti terperangkap, seperti seorang banduan dalam sel penjara. Maka, Perceraian adalah antara langkah untuk membebaskan diri daripada tekanan emosi ini, membolehkan proses penyembuhan dan permulaan hidup yang baharu.

2. Rancangan Meloloskan Diri

Seperti dalam Prison Break, pasangan yang hendak bercerai memerlukan perancangan dan keberanian. Perceraian memerlukan tekad yang kuat setelah langkah-langkah untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berjaya. Memulakan langkah undang-undang dan memerlukan kekuatan emosi dan mental untuk melepaskan diri daripada hubungan yang tidak sihat.

3. Kebebasan daripada Kongkongan

Dalam perkahwinan yang tidak sihat, seseorang mungkin berasa dikawal dan dikongkong seperti seorang banduan. Perceraian adalah cara untuk menuntut semula autonomi dan kebebasan, membebaskan diri daripada manip**asi dan dominasi emosi atau psikologi.

4. Membina Kehidupan Baharu

Selepas berjaya meloloskan diri dalam rancangan "Prison Break" itu, watak-watak perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar. Begitu juga, selepas perceraian, individu menghadapi cabaran untuk membina semula kehidupan mereka.

5. Bersedia Menghadapi Ketidaktentuan

Melarikan diri dari penjara hanyalah langkah pertama. Selepas perceraian, bergerak maju dan pulih daripada memori yang menyakitkan adalah seperti menjelajah ke dalam ketidaktentuan. Ia adalah perjalanan penemuan diri, pertumbuhan diri, memulihkan diri daripada trauma. Kadangkala, belajar untuk mempercayai insan baru yang hadir dalam kehidupan adalah satu cabaran yang besar bagi pasangan yang telah melalui trauma yang dahsyat.

============================

Surah Al-Baqarah (2:286)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."

Ayat ini mengingatkan kita bahawa walaupun kita menghadapi cabaran dan trauma, kita juga mempunyai kekuatan untuk mengatasinya.

============================

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah :

"Indeed, the heart is the throne of the Most Merciful. If it is filled with love and trust, it can endure the most profound of wounds."

This emphasizes the significance of nurturing love and trust in our hearts, especially after experiencing trauma.

Sheikh Abdul Qadir Jilani :

"The greatest remedy for the heart is to open it to Allah and to put your trust in Him, for He knows what is best for you."

This quote encourages individuals to seek comfort and guidance from Allah, especially when navigating new relationships after trauma.

Kenapa susah sangat nak bercerai?==========================Kebelakangan ini ramai p**a yang bertanya dan mengatur temuja...
23/09/2024

Kenapa susah sangat nak bercerai?
==========================

Kebelakangan ini ramai p**a yang bertanya dan mengatur temujanji dengan saya.

Pelbagai soalan yang dilontarkan.

Kenapa susah sangat nak bercerai?

Apakah jenis perceraian yang ada di Malaysia?

Ansuran rumah, ansuran kereta, yuran sekolah anak-anak, bil api semua saya tanggung, suami saya hanya beli lauk sahaja.

Macam-macam kerja saya buat, jual kuih, live Tiktok, live FB, buat video konten, tapi suami saya marah-marah saya dalam live dan minta duit daripada saya. Adakah saya yang kena tanggung suami saya dan keluarga?

Kenapa Hakim nampak 'biased' dan selalu memenangkan suami hingga isteri susah nak bercerai dan digantung tidak bertali?

Sudahlah, nafkah isteri tidak diberi, nafkah anak-anak pun dibiarkan isteri yang menanggung sendiri.

Ada ibu yang berjumpa saya bertanya bagaimana jika anaknya ingin meneruskan pengajian di luar negara sedangkan ayah tirinya enggan izinkan. Jika diteruskan, maka jatuh talak satu.

Ada juga ibu tunggal yang berjumpa dan bertanya, bagaimana nak mulakan hidup baru?

===============================

Realiti kehidupan perkahwinan yang pahit untuk ditelan.
Tidak dinafikan ramai sahaja pasangan yang hidup bahagia, menyambut 'Anniversary' ke-40, ke-50. Kita doakan mereka.

Ada yang diuji hanya setakat menyambut 'Anniversary' ke-5, ke-10, ke-20 sahaja. Ujian masing-masing yang perlu dihadap dan ditelan walaupun pahit.

Sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, banyak perkara perlu diambilkira,

kerana hidup bersama pun banyak ujiannya jika suami/isteri tidak melaksanakan tanggungjawab masing-masing, melakukan penderaan ke atas pasangan dan ketenangan (Sakinah), mawaddah dan rahmah yang didambakan hilang.

dan, jika berceraipun, banyak ujian yang pasangan perlu hadapi yang memerlukan kekuatan emosi, mental dan kewangan.

Selain menerima takdir dengan penuh redha, antara perkara yang perlu diuruskan ialah :

1. Tempat Tinggal
2. Hak Penjagaan Anak-Anak
3. Pendidikan Anak-Anak
4. Pekerjaan
5. Liabiliti / Hutang
6. Kesihatan Mental Diri
7. Kesihatan Mental Anak-Anak
8. Pembahagian Harta
9. Tuntutan Selepas Perceraian (sekiranya ada)
10. Mulakan kehidupan baru (sekiranya ada Jodoh)

===============================

Perceraian hidup ini ada beberapa jenis :

1. Cerai secara lafaz Talak
2. Cerai secara Hakam
3. Cerai secara Khuluk (tebus talak)
4. Cerai secara Fasakh
5. Cerai secara Li'an
6. Cerai secara Ta'lik
7. Cerai sebab Anggapan Mati
8. Cerai sebab Pertukaran Agama

===============================

Setelah berusaha mengambil langkah-langkah untuk menyelamatkan bahtera perkahwinan, namun masih tidak berjaya. Maka, langkah terakhir ialah perceraian.

Pasangan boleh mendapatkan pandangan daripada Pejabat Agama Daerah, Mahkamah Syariah atau pengamal undang-undang syarie berkenaan jenis perceraian yang sesuai sebelum memulakan apa-apa prosiding di Mahkamah Syariah.

Utamakan Iman Dalam Memilih Pasangan==============================="Jangan menikah kerana jatuh cinta, tapi menikahlah k...
16/09/2024

Utamakan Iman Dalam Memilih Pasangan
===============================

"Jangan menikah kerana jatuh cinta, tapi menikahlah kerana engkau yakin bahawa syurga akan lebih dekat jika engkau bersamanya" - unknown

Utamakan Iman Berbanding Emosi:

Perkahwinan sepatutnya berasaskan kepada asas iman dan nilai bersama, bukan sekadar emosi yang bersifat sementara. Walaupun cinta itu penting, kejayaan sebenar dalam perkahwinan terletak pada perjalanan bersama untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berusaha mencapai syurga.

Cari Pertumbuhan Rohani Jangka Panjang:

Apabila mempertimbangkan perkahwinan, fokuskan pada pasangan yang boleh membantu anda berkembang dari segi rohani. Pasangan yang menyokong dan menggalakkan ibadah serta amalan yang baik akan mendekatkan anda kepada kejayaan abadi, lebih daripada sekadar kebahagiaan sementara di dunia ini.

Kekuatan Dalam Tanggungjawab Bersama:

Berkahwin atas dasar sebab rohani mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan satu sama lain di dunia dan akhirat. Ia tentang membina kehidupan bersama yang dipandu oleh prinsip kebaikan, kesabaran, dan matlamat bersama untuk mencapai rahmat Allah.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” – Surah Ar-Rum (30:21)

“The best of you are those who are best to their wives.”
- Prophet Muhammad (Sunan al-Tirmidhi)

“When a husband and wife look at each other with love, Allah looks at them with mercy.” – Sahih Bukhari

Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkahwinan & Perceraian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share