Pesuruhjaya Sumpah Tangkak

Pesuruhjaya Sumpah Tangkak Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (Tangkak) yang mesra dan effective. Call 010 305 0918 / 012 631 9579 untuk pertanyaan segera.

18/09/2026

SYUKURLAH, RONALDO MASIH DIPANGGIL OLEH PORTUGAL.

Kebanyakan pemain lain pada usia 41 tahun, rata-ratanya memilih persaraan sebagai jalan putus.

Ronaldo p**a berbeza.

Dia tetap dipanggil oleh Jorge Jesus bagi aksi Portugal dalam UEFA Nations League.

Ronaldo mungkin dilihat sebagai pemain yang sudah lagi tidak menjadi ‘favourite’ di atas padang.

Pengaruhnya juga semakin berkurang dari tahun ke tahun, dan itu pun kita semua dapat lihat sendiri.

Cuma, bagi saya, misal kata Ronaldo ingin bersara dari skuad kebangsaan, buatlah secara ‘proper’.

Penutup dengan kekalahan di Piala Dunia nampak agak drastik untuk seorang yang bernama Ronaldo.

Jadi, apabila Jorge Jesus masih lagi memanggil Ronaldo, ia sebenarnya simbol penghormatan terhadap legenda Portugal.

Meninggalkan Ronaldo begitu sahaja di Arab Saudi adalah perkara yang agak tidak harmoni dan boleh mencetuskan tanda tanya yang lebih besar di media sosial.

18/09/2026

Bukan NASA agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, tetapi National Auto Sport Association yang memilih Toyota GR Supra sebagai pace car rasmi Kejuaraan NASA 2026.

Jentera dengan livery merah, putih dan hitam Gazoo Racing itu akan mengetuai pelumba dari 15 wilayah NASA di Sebring International Raceway, Florida dari 24 hingga 27 September ini.

Pemilihan tersebut menjadi antara penampilan penting terakhir GR Supra generasi kelima yang bakal menamatkan pengeluarannya. Model 2026 ini menggunakan enjin enam silinder sebaris turbo 3.0 liter dengan 387 PS (382 hp) dan tork 499 Nm.

Baca di ruangan komen.

15/09/2026
15/09/2026

HAL PALING BANGANG ADALAH MEMAINKAN NAMA ORANG YANG SUDAH MATI.

Kita tidak menolak bahawa sindir menyindir atau ejek mengejek ini sudah menjadi sebahagian dari bola sepak.

Cuma, kena tengok juga tatacara yang betul untuk menyakitkan hati lawan.

Tak perlu petik hal-hal yang melibatkan orang yang sudah tiada.

Dua tiga hari lepas, kelihatan sekelompok penyokong Al-Taawoun sedang memprovokasi Ruben Neves dengan memanggil nama Diogo Jota.

“Jota, Jota, Jota, Jota ….”

Kenapa Jota?

Kita semua tahu bahawa Jota ini adalah kawan baik kepada Neves.

Kehilangan Jota juga memberi kesan yang sangat mendalam terhadap emosi Neves, dan ia masih lagi sehingga ke hari ini.

Tetapi, penyokong Al-Taawoun ini membuktikan bahawa mereka tidak ada rasa empati dan simpati.

Apabila nama Jota disebut, ia bukan sebab nak bagi penghargaan atau pengiktirafan.

Mereka meletakkan kegembiraan menyakiti perasaan orang lain di atas segala-galanya, melepasi batasan dan norma manusia biasa.

Ini hanyalah bola sepak.

Kemudian selepas perlawanan, Neves berkata:

“Saya harap mereka tidak pergi berdoa selepas apa yang mereka lakukan.”

Ini agak pedas kerana Nevespada dasarnya sedang mempersoalkan kemunafikan penyong Al-Taawoun.

Kalau selepas melakukan sesuatu yang begitu tak bermoral terhadap kesedihan orang lain, kemudian pergi beribadah seolah-olah tiada apa berlaku, apakah makna ibadah tersebut?

15/09/2026

SISTEM SERANGAN BARCELONA YANG SANGAT PADU

Fermin Lopez ni betul - betul perform musim ni, kehilangan tempat di Piala Dunia kerana kecederaan tu membakar motivasi dia untuk bangkit dan bukan sekadar mengenang takdir.

Empat perlawanan, menjaringkan empat gol, memberikan dua assist untuk Barcelona di LA Liga, Hansi Flick pun boleh pening kepala untuk memilih pemain untuk diletakkan dalam kesebelasan utama.

Barisan serangan Barcelona cukup perform masing - masing di permulaan liga ni. 17 gol dalam empat perlawanan, hanya satu penalti dan satu own goal menjelaskan betapa tajamnya serangan mereka.

Raphinha dengan enam gol, Fermin dan Lamine Yamal dengan empat jaringan. Dari sudut bantuan gol, Anthony Gordon dengan empat assist diikuti Fermin dan Dani Olmo dengan dua assist masing - masing.

Tidak lupa juga bantuan dari pemain seperti Karim Adeyemi yang konsisten dalam memberikan sumbangan di atas padang walaupun dari segi statistik baru mencatatkan satu gol dan satu assist.

Benda ni jadi pelik, kenapa Barcelona bersungguh-sungguh mahukan Julian Alvarez sebelum ini sedangkan strike force mereka dah cukup bagus, malah tak ada striker tulen apabila Raphinha dipindahkan sebagai centre foward.

09/09/2026

Kimi Antonelli memenangi Grand Prix Itali 2026 selepas menewaskan rakan sepasukan Mercedes, George Russell, dalam pertarungan sengit di Litar Monza.

Pierre Gasly memulakan perlumbaan dari petak pertama, manakala Antonelli yang mencatat kedudukan ketujuh dalam sesi qualifying terpaksa bermula dari petak ke-19 selepas dikenakan penalti pertukaran unit kuasa.

Antonelli bangkit sepanjang perlumbaan sebelum memintas Russell pada pusingan ke-50 dan menang dengan kelebihan 3.857 saat.

Russell menduduki tempat kedua diikuti Max Verstappen, Lando Norris, Oscar Piastri dan Lewis Hamilton. Gasly menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, manakala Charles Leclerc tersingkir selepas kemalangan pada pusingan kedua.

Kemenangan itu membolehkan Antonelli terus mendahului Kejuaraan Pemandu dengan 267 mata, diikuti Russell dengan 201 mata dan Hamiltondengan 191 mata.

Mercedes AMG turut menguasai Kejuaraan Pasukan dengan 468 mata, meninggalkan Ferrari di tempat kedua dengan 346 mata dan McLaren di tempat ketiga dengan 287 mata.

Keputusan GP Itali 2026
1. Kimi Antonelli (Mercedes-AMG) – 25 mata
2. George Russell (Mercedes-AMG) – 18 mata
3. Max Verstappen (Red Bull Racing)– 15 mata

Kedudukan Terkini Kejuaraan Pemandu:
1 -Kimi Antonelli (Mercedes AMG)– 267 Mata
2 - George Russell (Mercedes AMG) – 201 Mata
3 - Lewis Hamilton (Ferrari) – 191 Mata

Kedudukan Terkini Pasukan
1. Mercedes AMG - 468
2. Ferrari - 346
3. McLaren - 287

09/09/2026

MEH AKU CERITA BERITA PERPINDAHAN PALING GILA MELIBATKAN AS MONACO NI

Kisah dia macam ni, Chelsea sudah sepakat dengan Man City tentang penjualan Enzo Fernandez.

Ketika proses perpindahan Enzo dah menuju ke fasa akhir, Chelsea terus call Monaco nak beli Lamine Camara sebagai pengganti pemain itu.

AS Monaco perlu menjual pemain kerana masalah kewangan kelab.

Difahamkan Chelsea dimaklumkan bahawa mereka perlu membayar £50 juta untuk pemain itu.

Tetapi 2 bidaan Chelsea hantar terus ditolak oleh Monaco.

Cara mereka tolak tu memang buat Chelsea menyampah. Tak ada penjelasan yang lebih jelas.

NIzar Kinsella dari BBC melaporkan bahawa, Chelsea benar benar marah dengan cara Monaco handle proses rundingan ini. Dianggap sangat tidak profesional dan deal untuk Camara boleh dikatakan tak jadi.

Chelsea sebenarnya ada masa nak kensel deal Enzo, tetapi atas dasar menepati janji dengan City dan pemain tu, deal diteruskan walaupun mereka tak dapat pengganti.

IKemudian Chelsea pun berjaya jual Enzo Fernandez ke City £125 juta.

AS Monaco pada masa yang sama berunding dengan Everton untuk jual Balogun.

Chelsea mendapat tahu, inilah punca rundingan dengan Camara dibatalkan AS Monaco.

Sebab Monaco nak jual Balogun ke Everton.

Balogun siap medikal lagi untuk perpindahan £40 juta.

Chelsea sekali lagi riki Monaco, nak beli Lamine Camara, kelab p**ak tak nak, sebab mereka sekarang tak perlukan wang perpindahan Camara.

Ini semua sebab mereka yakin dapat jual Balogun.

Tetapi berlaku plot twist. Doktor Everton mendapati ujian medikal Balogun dikira gagal pada ujian awal.

Everton siap mintak extension jam untuk buat medikal, kerana ujian pemain itu mendapati dia tak fit 100%. Dan Everton nak buat kertas tawaran baharu, yang hargha dia lebih rendah.

AS Monaco tak setuju dan yakin pemain mereka cukup cergas, malah ready untuk bermain sekalipun. Dan Monaco rasakan Everton ni memang saja nak main harga.

Monaco benar benar agak kecewa dengan cara permainan licik Everton. Eh p**ak, dia buat kat Chelsea tadi tu boleh p**ak ye.

Namun Monaco kesuntukan masa nak Balogun kerana mereka baru je tolak bidaan £50 juta Chelsea sebab si Balogun ni.

Ketika Everton dan Monaco sedang berunding untuk kasi deal ni jadi, tiba tiba, Balogun cakap dia dah tawar hati nak pindah ke Everton.

Ya, pemain itu sendiri yang kenselkan deal ni.

Deal pun OFF!

Jendela perpindahan pun tutup. AS Monaco gagal mendapatkan sesen pun daripada Camara atau Balogun.

Dan kini mereka termenung jauh baru melepaskan peluang meraih £50 juta untuk penjualan Camara.

08/09/2026

Memang betul kalau tengok pada angka, Emiliano Martínez dah lepaskan 5 gol dalam 2 perlawanan awal bersama Chelsea.

Tapi sesiapa yang tengok perlawanan sebenar pasti tahu cerita di sebalik nombor itu.

Cuma bayangkan kalau bukan Martínez yang mengawal gawang The Blues.

8 Saves vs Arsenal: Kalau bukan sebab ketangkasan Martínez menepis bertubi-tubi asakan Gunners, Chelsea mungkin dah kene bantai teruk.

4 Saves vs Brighton: Menyelamatkan keadaan dalam aksi debutnya sewaktu benteng pertahanan masih tercari-cari persefahaman.

Baru 2 perlawanan dia sudah melakukan 12 saves, ternyata dia terpaksa berhempas-p**as demi 'menyelamatkan' maruah benteng Chelsea yang masih belum mantap.

Bagi seorang penjaga gol yang baru dua minggu menyertai skuad dan terus diuji dengan tekanan sebegini, komitmen serta komunikasi dia memimpin benteng memang patut diberi tabit hormat.

Bolos 5 gol bukan salah dia seorang, tapi 12 saves itu bukti Martinez dah buat kerja dia sehabis baik.

08/09/2026

ROGERS MEMANG TAK PUAS HATI DENGAN RICE.

Terkejut juga tengok insiden ini berlaku.

Morgan Rogers dan Declan Rice ini rakan sepasukan di skuad England.

Kedua-dua mereka memang bertegang urat dalam perlawanan derbi London.

Ia bermula apabila Rice berlari mengejar pergerakan Rogers ketika Chelsea sedang menyerang.

Sekali, kaki kedua-dua mereka tersentuh di antara satu sama lain.

Ada yang menyebut Rice memang berniat untuk menjatuhkan Rogers.

Bola ketika itu berada di kali Cole Palmer, dan percubaannya jauh tersasar.

Rice dan Rogers pun bertekak susulan daripada insiden tersebut.

Apa yang disebut kedua-duanya, kita masih belum pasti.

Hampir terjadi kekacauan yang lebih berat di antara Rogers dan Rice, mujurlah ia dileraikan oleh kedua-dua pemain.

Rogers memang tak puas hati, dan kita faham je kalau itu berlaku.

Nanti balik ke kem England, mungkin masing-masing boleh berpeluk semula.

Address

NO 32, Jalan Muar Off Jalan Solok
Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:30 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesuruhjaya Sumpah Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pesuruhjaya Sumpah Tangkak:

Shortcuts

Share

Category