14/09/2026
โHampir cari โCina Butaโ sebab suami lafaz talak 3โ
Ini antara kes yang saya pernah kendalikan.
Suami datang berjumpa saya dalam keadaan agak tertekan.
Dia pernah bergaduh besar dengan isterinya. Dalam keadaan emosi, terkeluar satu lafaz yang sangat berat:
Talak 3.
Masalahnya, ini merupakan kali pertama sepanjang perkahwinan mereka suami pernah melafazkan cerai.
Selepas keadaan reda, suami menyesal.
Dia masih sayangkan isteri. Masih mahu pertahankan keluarga.
Tetapi dalam fikirannya ketika itu:
โDah talak 3. Tak boleh rujuk dah.โ
Lebih mengejutkan, dia sudah mula mencari jalan untuk mendapatkan seorang lelaki yang sanggup berkahwin sementara dengan isterinya.
Bahasa mudahnya โ โCina Butaโ.
Malah sudah ada lelaki yang dikatakan bersetuju.
Rancangannya, isteri berkahwin dengan lelaki tersebut, kemudian bercerai dan selepas itu kembali berkahwin dengannya.
Nasib baik satu perkara belum dibuat.
Dia belum meneruskan rancangan tersebut.
Sebaliknya, dia datang mendapatkan nasihat terlebih dahulu.
โ
Saya nasihatkan:
Jangan buat apa-apa. Failkan dahulu permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah.
Sebab suami tidak boleh menentukan sendiri:
โAku sebut talak 3, maka mesti jatuh talak 3.โ
Dan tidak boleh juga menentukan sendiri:
โIni kali pertama, jadi mesti talak 1.โ
Mahkamah perlu menyiasat lafaz yang sebenarnya disebut, keadaan ketika lafaz dibuat dan Hukum Syarak yang terpakai.
Bagi kes ini, selepas permohonan dibuat dan keterangan dikemukakan, Mahkamah akhirnya mensabitkan satu talak sahaja โ talak kali pertama.
Maka tidak timbul langsung soal perlu mencari โCina Butaโ.
โ
Bayangkan kalau mereka teruskan rancangan tersebut sebelum mendapatkan pengesahan Mahkamah.
Boleh jadi masalah yang asalnya satu, bertukar menjadi masalah yang jauh lebih besar.
โ
Apa undang-undang kata?
Di Kedah, Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 memperuntukkan bahawa seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah hendaklah melaporkannya kepada Mahkamah dalam masa tujuh hari.
Mahkamah kemudian akan menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada talaq tersebut sah mengikut Hukum Syarak. Jika sah, Mahkamah akan membuat perintah dan merekodkan perceraian tersebut.
Malah, melafazkan talaq di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah juga merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 125 Enakmen yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
โ
Bagaimana p**a dengan โCina Butaโ?
Dalam istilah fiqh, ia dikenali sebagai nikah tahlil atau nikah muhallil.
Memang benar, apabila seorang isteri telah benar-benar terkena talak tiga (bain kubra), dia tidak boleh kembali kepada bekas suaminya sehingga dia berkahwin secara sah dengan lelaki lain, berlaku hubungan suami isteri dalam perkahwinan tersebut, kemudian perkahwinan kedua itu berakhir secara sebenar dan selesai iddahnya.
Tetapi itu sangat berbeza dengan merancang seorang lelaki untuk menjadi โsuami sementaraโ semata-mata supaya wanita tersebut boleh kembali kepada bekas suaminya.
Perkahwinan yang dirancang khusus untuk tujuan menghalalkan semula wanita kepada bekas suaminya itulah yang dibincangkan fuqaha sebagai nikah muhallil. Ia bukan jalan pintas yang boleh dirancang sesuka hati. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan bahawa amalan โCina Butaโ yang dirancang dan bersyarat untuk tujuan tersebut adalah haram.
โ
Satu lagi perkara yang ramai tidak tahu:
Isu talak tiga dengan satu lafaz sendiri mempunyai perbahasan dalam kalangan fuqaha.
Pandangan mazhab Syafiโi dan jumhur fuqaha ialah apabila suami menjatuhkan tiga talak sekaligus, ia dikira tiga. Namun terdapat pandangan sebahagian fuqaha, antaranya yang dinisbahkan kepada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim, bahawa tiga talak yang dihimpunkan dalam satu lafaz boleh dikira sebagai satu talak.
Sebab itu saya selalu pesan:
Jangan jadi hakim untuk kes sendiri.
Jangan baru dengar perkataan โtalak 3โ, terus cari orang untuk jadi suami sementara.
Dan jangan juga anggap lafaz itu tidak ada apa-apa kesan hanya kerana dibuat ketika marah.
โค๏ธ Dapatkan nasihat dahulu.
Failkan pengesahan lafaz cerai.
Biarkan Mahkamah menentukan status sebenar perkahwinan.
Kadang-kadang satu tindakan yang dibuat kerana panik boleh menyebabkan keadaan menjadi jauh lebih rumit daripada masalah asal.
Jika pernah berlaku lafaz cerai di luar Mahkamah dan masih keliru tentang apa sebenarnya status perkahwinan, dapatkan nasihat dan fahami kedudukan kes terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Untuk mendapatkan penjelasan berdasarkan situasi dan dokumen kes anda, boleh hubungi pihak kami bagi menetapkan sesi konsultasi.
๐ฉ Klik wasap.my/60197372389/konsultasiguaman
Fahmi Ramli & Co
Peguam Syarie