25/05/2026
:: Esok Jangan Lupa Berpuasa Sunat ‘Arafah ::
Saudaraku yang dirahmati Allah,
Berpuasalah pada Hari 'Arafah, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosamu
Syaikh Dr. Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah menyatakan:
“Puasa Sunat Hari 'Arafah adalah puasa sunat yang dilaksanakan pada Hari Kesembilan (Ke-9) dalam bulan Zulhijah. Puasa ini disunatkan kepada umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah Haji.”
(al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 2/207)
• Dalil Pensyariatan
Dalil kepada pensyariatan Puasa Sunat Hari 'Arafah :
Sayyidina Abu Qatadah (54 H) رضي الله عنه menyatakan bahawa Rasulullah ﷺ telah ditanya tentang Puasa Sunat Hari 'Arafah, lalu Baginda ﷺ menjawab :
"Allah akan menghapuskan dosa setahun yang terdahulu dan setahun yang berbaki."
(Sahih Muslim, no. 1162)
• Kenapa Disunatkan Berpuasa Pada Hari 'Arafah?
Disunatkan berpuasa pada Hari 'Arafah kerana Hari 'Arafah adalah hari yang paling afdal (mulia) di sisi Allah Taala.
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidatina 'Aisyah رضي الله عنها bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda :
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
“Tiadalah hari yang paling banyak hamba-hamba Allah dibebaskan daripada api neraka jika dibandingkan dengan Hari 'Arafah."
(Sahih Muslim, no. 1348)
Peringatan dan Pesanan
Saudaraku yang disayangi Allah,
1) Ayuh berpuasa pada Hari 'Arafah dan perbanyakkanlah berdoa sepanjang tempoh berpuasa tersebut serta isikanlah dengan zikrullah dan istighfar dengan sebanyak-banyaknya.
2) Ajaklah ahli keluarga, adik beradik dan sahabat-sahabat yang lain untuk bersama-sama mengambil peluang demi mendapatkan ganjaran yang besar daripada Allah سبحانه وتعالى ini.
3) Mengikut takwim di Malaysia, Hari 'Arafah (9 Zulhijah 1447H) pada tahun ini bersamaan dengan hari Selasa, 26 Mei 2026.
"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan kurniakanlah kekuatan kepada kami dan ahli keluarga kami untuk melaksanakan Puasa Sunat Hari 'Arafah pada tahun ini dan terimalah amalan kami."
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua dan tersebar Sunnah Rasulullah ﷺ dan kebaikan di Jalan Allah.
Wallahua’lam. Sollu’alannabi.
-MTS-
Bacaan lain dan follow mengenai Falistin di sini 👇🏻👇🏻
https://t.me/skuadpemudaislam