Peguam Syarie : Kedah Pulau Pinang Perlis

Peguam Syarie : Kedah Pulau Pinang Perlis Page ini dikendalikan oleh Peguam Syarie berpengalaman dalam urusan perundangan syariah.

Menyediakan konsultasi dan khidmat cemerlang berkaitan urusan nikah, cerai (fasakh/taklik), hadhanah, harta sepencarian, hibah, faraid, harta pusaka dan lain-lain.

17/05/2026

Adakah dibenarkan dalam Islam pembahagian harta pusaka tanpa mengikut hukum faraid ?

Ya, terdapat beberapa keadaan lain yang boleh dilaksanakan oleh ahli waris selain kaedah faraid.

WAHAI WANITA, PERJUANGKANLAH HAK ANDA DI MAHKAMAH SYARIAHBagi isteri yang diceraikan oleh suami mereka sama ada tanpa se...
16/05/2026

WAHAI WANITA, PERJUANGKANLAH HAK ANDA DI MAHKAMAH SYARIAH

Bagi isteri yang diceraikan oleh suami mereka sama ada tanpa sebab yang munasabah atau dengan sebab-sebab tertentu, terdapat hak-hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah:

1. Nafkah I’ddah
2. Nafkah anak
3. Nafkah tertunggak
4. Harta Sepencarian
5. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
6. Mut’ah

“Mahkamah Syariah melalui undang-undang Syariah tidak pernah mengabaikan atau mengetepikan hak wanita, bahkan sentiasa berperanan mengangkat martabat wanita dengan adil, saksama dan penuh hikmah demi kesejahteraan semua pihak.”

📌 Bagi sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berkaitan tuntutan hak-hak di atas boleh hubungi kami di Facebook.

16/05/2026

Permohonan Sijil Faraid atau Perintah Faraid hanya boleh dibuat di Mahkamah Syariah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hanya Mahkamah Syariah berbidangkuasa mengeluarkan suatu Sijil atau Perintah Faraid.

“SEGERA BERTINDAK, HARTA BEKU DAPAT DIELAK” https://www.utusan.com.my/ekonomi/2025/07/rm90b-harta-pusaka-tak-dituntut-an...
16/05/2026

“SEGERA BERTINDAK, HARTA BEKU DAPAT DIELAK”

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2025/07/rm90b-harta-pusaka-tak-dituntut-ancam-ekonomi-domestik/

Kurangnya pengetahuan dalam pengurusan harta pusaka serta kelewatan ahli waris memulakan tindakan pengurusan harta tersebut merupakan antara punca utama yang menyebabkan masalah ini semakin meruncing.
📌 HUBUNGI kami di Facebook untuk sebarang penjelasan berkaitan harta pusaka !!

TATKALA pelbagai dasar fiskal dan inisiatif pemulihan ekonomi yang giat dilaksanakan, satu isu struktur yang terus membelenggu ekonomi domestik Malaysia adalah nilai harta pusaka beku yang kian meningkat.

Pejabat Tanah dan Daerah S*K 📍“THUBMS UP 😁👍”Alhamdulillah sempurna bicara pusaka Si Mati.Terima kasih atas kesudian dan ...
16/05/2026

Pejabat Tanah dan Daerah S*K 📍

“THUBMS UP 😁👍”

Alhamdulillah sempurna bicara pusaka Si Mati.

Terima kasih atas kesudian dan kepercayaan En Mat dan keluarga untuk kami bantu menguruskan urusan pusaka Si Mati.

Dengan pengurusan yang betul, harta pusaka dapat diagihkan kepada waris yang berhak dengan adil dan sepatutnya.

“Jangan biar harta pusaka tergantung, kemudian hari waris teruk menanggung”

📌HUBUNGI KAMI DI FACEBOOK untuk sebarang penjelasan berkaitan harta pusaka !!

“BAHAGIAKAN YANG DI PUSARA, DAMAIKAN YANG MASIH BERNYAWA”Pengurusan harta si mati sama ada melalui hibah atau pembahagia...
14/05/2026

“BAHAGIAKAN YANG DI PUSARA, DAMAIKAN YANG MASIH BERNYAWA”

Pengurusan harta si mati sama ada melalui hibah atau pembahagian faraid mesti dilaksanakan oleh ahli waris dalam keadaan penuh cermat dan damai dengan merujuk kepada pihak yang berkelayakan dan bertauliah.

Perancangan harta yang dilakukan LEBIH AWAL iaitu ketika pemilik harta masih hidup mampu menjamin keharmonian sesama ahli keluarga dan menjauhi perkelahian dan pecah belah.

Hibahkan lah harta sementara masih bernyawa, moga silaturahim tidak putus binasa. Berpeganglah pada hukum Allah (faraid), moga tiada yang zalim dan keadilan terpelihara.

📌 HUBUNGI(DM) KAMI DI FACEBOOK !! untuk penjelasan berkaitan apa-apa urusan harta pusaka.

14/05/2026

Berapa ramai yang “berkelai” dan berpecah belah oleh sebab harta pusaka, yang abang dan adik dahulunya bermain pasir bersama, namun akibat berebut harta ayah dan bonda, hancur lerai segalanya.

Address

S*k
08200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Kedah Pulau Pinang Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share