Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public Kompleks PKNS Shah Alam

Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public Kompleks PKNS Shah Alam Menyediakan khidmat Pesuruhjaya Sumpah dan Notary Public. Untuk memudahkan pihak Tuan/Puan ke pejabat kami, sila gunakan lif di sebelah KFC dan Guardian.

11/02/2023

Salam Sejahtera,
Harap maklum bahawa Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public tidak beroperasi mulai 7.2.2023 sehingga 16.2.2023 kerana cuti sakit.

Segala kesulitan sangat dikesali.
Terima Kasih.

03/01/2023

Sila pastikan tandatangan pada surat akuan sumpah dan buku daftar Pesuruhjaya Sumpah adalah sama dan tandatangan yang benar. Masih ramai yang s**a menurunkan tandatangan palsu pada buku daftar, dimana ianya berbeza dari tandatangan pada surat akuan sumpah. Saya tidak akan bertolak ansur dan teragak-agak untuk membuat laporan ke atas cubaan penipuan anda. Sila beri kerjasama, patuhi undang-undang dan tidak perlu bersikap angkuh untuk perkara yang hakikatnya bakal mengundang masalah kepada diri anda sendiri.

29/04/2022

Salam sejahtera,
Untuk makluman pejabat kami akan ditutup mulai 29.4.2022 sehingga 9.5.2022 sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

31/03/2022

Jumaat (1.4.2022) Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public bercuti. Kembali beroperasi pada Isnin (4.4.2022)

29/01/2022

Salam Sejahtera..
Untuk makluman pejabat Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public akan ditutup mulai hari Isnin 31.1.2022 sehingga Rabu 2.2.2022 sempena cuti Tahun Baru Cina.
Pejabat kami akan kembali beroperasi pada hari Khamis 3.2.2022.
Terima Kasih.

27/10/2021

Khamis 28.10.2021 Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public bercuti.
Akan kembali beroperasi pada Jumaat 29.10.2021.
Harap maklum dan terima kasih.

22/10/2021

Peringatan Penting!!

Tolong jangan PALSUKAN tandatangan anda dalam buku daftar sumpah.
Pastikan tandatangan pada surat akuan dan daftar adalah sama.
NO INITIAL!! NO FAKE SIGNATURE!!
TIDAK DIBENARKAN TANDATANGAN RINGKAS ATAU TANDATANGAN PALSU!!
Perbuatan yang anda anggap betul dan tidak serius ini akan memudaratkan anda sendiri!!!

Tolong bagi kerjasama dan hormat pada pihak lain yang berurusan dengan anda, sekiranya Tuan/Puan tidak sanggup patuh pada peruntukan undang-undang, sila jangan hadir di hadapan saya kerana saya tidak berminat untuk berdepan dengan kesulitan yang berbangkit dan membuang masa semua pihak.
Sila ambil maklum.

13/10/2021

Salam sejahtera,

Untuk makluman, setiap penandatangan/deponen yang hadir untuk mengangkat sumpah akan direkodkan ke dalam buku daftar Pesuruhjaya Sumpah dan ini adalah merupakan suatu peruntukan undang-undang, dan rekod yang disimpan ini akan disemak oleh pihak Unit PJS Putrajaya. Rekod di dalam daftar ini juga akan menjadi rujukan dan penyelamat anda sekiranya timbul sebarang isu yang berkait dengan akuan sumpah anda kelak.

Walaubagaimanapun saya dapati masih ramai yang SENGAJA menukar tandatangan dan menurunkan tandatangan palsu pada daftar yang mana sgt berbeza dari tandatangan di dalam akuan sumpah. Perbuatan ini merupakan suatu penipuan yang akan menyusahkan diri anda sendiri di masa hadapan.

Sila ambil maklum bahawa saya akan menolak akuan sumpah anda sekiranya anda bersikap sebegini dan enggan mengikut arahan tanpa ada sedikit pun rasa hormat pada kami yang menjalankan tugas sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Mohon cuba mudahkan urusan sendiri dan orang lain. Menunjukkan sikap keras kepala dan menidakkan undang-undang tidak akan menguntungkan anda.

04/10/2021

Sila ambil maklum bahawa penandatangan akuan sumpah WAJIB hadir sendiri di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Tidak kira siapa anda, apa pangkat atau gelaran anda, anda tidak boleh diwakili oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah kerana perkara ini adalah melanggar undang2-undang.
Saya ingin mengingatkan kepada pihak Tuan/Puan bahawa saya tidak akan tunduk kepada kehendak dan arahan pihak Tuan/Puan dan/atau wakil Tuan/Puan yang memaksa saya menurunkan cop ke atas akuan sumpah tanpa kehadiran penandatangan.

Sila jangan cuba arahkan saya berbuat demikian dengan apa-apa jua alasan terutamanya alasan klise yang hampir setiap hari saya dengar : 'dulu saya cop kat Pesuruhjaya Sumpah *** tak perlu hadir pun'. Saya akan terus melaporkan perbuatan Tuan/Puan dan juga Pesuruhjaya Sumpah yang berbuat demikian kepada pihak berkuasa!!

Sila hormati dan patuhi undang-undang.

01/09/2021

Pejabat Pesuruhjaya sumpah dan Notary Public ditutup hari ini 1.9.2021.
Akan kembali beroperasi seperti biasa besok.

25/08/2021

Pihak Pesuruhjaya Sumpah TIDAK BOLEH menyediakan akuan sumpah dan/atau mengisi borang akuan sumpah bagi pihak Tuan/Puan. Sila sediakan dan lengkapkan akuan sumpah Tuan/Puan sebelum hadir ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Contoh format akuan sumpah ada disediakan di page ini.

Pihak Tuan/Puan tidak perlu mengisi borang akuan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah, hanya tandatangan deponen pada akuan sumpah yang perlu dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Minimumkan kontak antara pihak-pihak adalah salah satu SOP di pejabat kami.

Mohon kerjasama agar hanya penandatangan akuan sumpah sahaja yang hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di kaunter. Pihak-pihak lain tidak dibenarkan untuk masuk beramai-ramai di kaunter bagi menemani deponen atau untuk menyaksikan/membantu deponen ketika urusan sumpah dijalankan. Pesuruhjaya Sumpah akan membantu dan memastikan urusan sumpah deponen berjalan lancar. Itu adalah antara tugas Pesuruhjaya Sumpah yang tidak perlu diambil alih oleh pihak lain. Kita jaga kita.
Sila beri kerjasama penuh anda di saat kes covid19 berada pada kadar yang sangat serius ini.

Terima kasih.

23/08/2021

Tidak perlu temujanji untuk urusan sumpah atau Notary Public. Walk-in sahaja mulai 9.00 pagi sehingga 3.30 petang.
Harap maklum

Address

Lot 03-10F, Tingkat 3, Kompleks PKNS
Shah Alam
40505

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102994811

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesuruhjaya Sumpah/Notary Public Kompleks PKNS Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category