14/11/2025
Apa Itu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)?
CKHT ialah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah (sama ada rumah, tanah, atau bangunan komersial).
Contohnya:
Anda beli rumah pada harga RM300,000 dan jual semula pada RM400,000. Keuntungan RM100,000 itu tertakluk kepada CKHT.
Berapa kadar cukainya? Ia bergantung kepada tempoh pegangan hartanah tersebut:
Tahun 1-3: 30%
Tahun ke-4: 20%
Tahun ke-5: 15%
Tahun ke-6 ke atas: 0%
Namun, sila ambil maklum bahawa kerajaan ada memberikan pengecualian CKHT bagi jualan rumah kediaman (sekali seumur hidup). Maksudnya, anda tidak perlu bayar CKHT apabila menggunakan pengecualian ini walaupun pegangan rumah kurang dari 6 tahun.
Tipsnya, jika anda ingin menjual dua buah rumah kediaman, guna pengecualian ini bagi rumah yang harganya lebih tinggi (kerana cukai yang tinggi) dan bayar CKHT bagi rumah harga yang lebih rendah.
Selain itu, CKHT juga mesti dijelaskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh perjanjian jual beli (SPA). Jika tempoh ini tidak dipatuhi, denda akan dikenakan.
Jika anda sedang merancang untuk jual rumah, dapatkan nasihat peguam hartanah supaya pengiraan CKHT dapat dibuat dengan betul.
Hubungi kami di 012-519 9124 untuk pertanyaan lanjut. Kami sedia membantu.