Rajawali Property

Rajawali Property Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rajawali Property, 5x,, Seri Kembangan.

29/02/2024

Ada Beza Ke Lot Bumi Dan Rezab Melayu

Sub Topik
Apa Itu Lot Bumi?
Saya Bumiputera, Tapi Boleh Ke Nak Beli Bukan Lot Bumi?
Apa P**a Rezab Melayu?
Lot Bumi vs Rezab Melayu
Ramai orang tersalah sangka antara Lot Bumi dan Rezab Melayu.

Tapi tahukan anda, istilah Lot Bumi ini hanya terpakai semasa pembelian rumah di antara pembeli dengan Pemaju sahaja.

Selepas pembeli itu tadi menjual kepada orang lain dalam pasaran subsale, istilah Lot Bumi ini tidak terpakai lagi.

Apa Itu Lot Bumi?

Lot Bumi merupakan satu langkah atau polisi yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera.

Apabila Pemaju melancarkan projek baru, kerajaan negeri akan menetapkan kuota Bumiputera yang perlu ada dalam projek tersebut.

Contohnya bagi negeri Johor , 40% daripada jumlah keseluruhan sesuatu projek hendaklah memiliki status Lot Bumi.

Sementara itu di Negeri Sembilan, Menteri Besar DS Muhamad Hasan telah menaikkan kuota daripada 30% mejadi kepada 50%. Boleh baca di sini.

Kadar diskaun bagi Lot Bumi adalah berbeza mengikut negeri. Di Lembah Klang, diskaun bagi Lot Bumi biasanya adalah 7% bagi hartanah di Selangor dan 5% bagi hartanah di Kuala Lumpur. Negeri tertinggi yang menawarkan diskaun ialah Johor iaitu sebanyak 15%.

Saya Bumiputera, Tapi Boleh Ke Nak Beli Bukan Lot Bumi?

Boleh, apa salahnya. Tapi rugi la. Sebab diskaun ini hanya dinikmati bagi pasaran primer sahaja. Atau bahasa mudah yang lain, hanya akan didapati daripada pihak Pemaju.

Untuk subsale, kita tak tengok lagi Lot Bumi atau tidak. Biasa kita akan tengok Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan).

Sebaliknya elok juga kita lihat sama ada Tanpa Sekatan atau Dengan Sekatan.



Secara asasnya, sekatan ini bermaksud perlu dapatkan kebenaran (consent) daripada pihak kerajaan negeri untuk mengizinkan proses jual beli berlaku. Jika kebenaran tidak dibenarkan, maka proses jual beli tidak dapat diteruskan.

Cumanya diakui, jika ianya hartanah berstatus Freehold, secara kebiasaanya tidak ada sekatan. Tetapi ada juga tempat-tempat seperti di Putrajaya, Cyberjaya dan Sendayan di mana hartanah mempunyai status Freehold, tetapi ada sekatan selama beberapa tahun.

Manakala bagi hartanah dengan status Leasehold, boleh jadi ada sekatan. Secara asasnya, ia memerlukan kebenaran daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. Tapi ada juga beberapa projek yang yang berstatus Leasehold tetapi tidak ada sekatan, contohnya seperti di Saujana KLIA

Oleh itu , ada baiknya beli terus Lot Bumi daripada membeli Bukan Lot Bumi.

Apa P**a Rezab Melayu?

Kita mesti pernah dengar kan, kalau Lot Bumi nak jual hanya pada Bumi saja kan?

Kurang tepat tu, yang betul ialah kalau beli hartanah dengan status Rezab Melayu.

Rezab Melayu adalah dimana status projek tersebut didirikan di atas tanah Rezab Melayu dan hanya boleh dibeli dan dijual kepada orang Melayu sahaja.

Jangan kata sahabat kita berbangsa Cina dan India, malah sahabat kita dari Bumiputera Sabah Sarawak juga tidak boleh membeli unit tersebut. Rezab Melayu turut dikenali sebagai Geran Merah sebab gerannya yang berwarna merah.

Di Negeri Selangor, pembeli di sesetengah projek seperti di Salak Tinggi dan Labu Lanjut perlu hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi proses temuduga untuk mengesahkan pembeli adalah Melayu.

Lot Bumi vs Rezab Melayu
Sekarang dah tahu kan perbezaan di antara Lot Bumi dan Rezab Melayu? Cepat-cepatlah rebut peluang untuk mendapatkan Lot Bumi, selagi stok masih ada.

Ditulis oleh Zairul Izzain, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di sektor kerajaan dan swasta. Kini melepaskan dunia kepeguaman dan melibatkan diri secara sepenuh masa sebagai seorang ejen takaful.

WANT TO SELL2 STOREY SHOPLOT OFFICE, PUJ 3, TAMAN PUNCAK JALIL, SERI KEMBANGANProperty Details====================LEASEH...
25/02/2024

WANT TO SELL

2 STOREY SHOPLOT OFFICE, PUJ 3, TAMAN PUNCAK JALIL, SERI KEMBANGAN

Property Details
====================
LEASEHOLD, BUMI LOT
1,650 sqft, 22 x 75
Intermediate
Enveloped by a Mix of Commercial and Residential Surroundings

* Prime location adjacent to the main road
* Nestled in a vibrant business hub
* Close proximity to essential amenities
* A plethora of dining options within easy walking distance

Price
================
RM1,300,00.00
10% Deposit
- 3.18% Booking
- 6.82% Upon Signing SPA
Loan and Lawyer can be arranged

Disclaimer: The images showcased are for location overview purposes only. For genuine unit visuals and on-site visits, please contact us

For viewing appointments please call:-
www.wasap.my/60123448017/shoplotpuncakjalil

REN NORMALA NORDIN
CHESTER PROPERTY BTHO
AL-AQARAT GROUP
RAJAWALI TEAM

www.wasap.my/60123448017/shoplotpuncakjalil

WANT TO SELLMAGNA VILLE CONDOMINIUM SELAYANGProperty Details=========================Leasehold - expired on 2109Bumi Lot...
03/02/2024

WANT TO SELL

MAGNA VILLE CONDOMINIUM SELAYANG

Property Details
=========================
Leasehold - expired on 2109
Bumi Lot
Size 1259sqft - biggest unit
Strata Title Ready
3 Bedroom
2 Bathroom
3 Parking Slot
Partly furnished
Built in kitchen cabinet
Built in wardrobe
Fully grill

Facalities
=========================
Swimming pool
24 hour security
Restaurant inside condo
Self servis dobby
Playground
Surau
Gym

Nearby
=========================
Sek Keb Taman Prima Selayang
Sek Keb Seri Murni
Sek Keb Bandar Baru Selayang
Sek Men Keb St Mary
Sek Men Keb Selayang Baru 2
UiTM
KTM Batu Caves
Selayang Mall
NSK Trade Centre Selayang
Mydin Selayang
Tesco Selayang
Aeon Mall Metro Kepong
UiTM Kampus Selayang
Hospital Selayang

Accessibility
=========================
North - South PLUS Highway
Selayang - Kepong Highway
Jalan Duta
MRR2

Asking Price
=========================
RM350k - NEGOTIABLE
Deposit 10%
- 3.18% Booking
- 6.82% Upon Signing SPA

For viewing appointments please call :-

Capt (R) Zulkifle Bin Mohd Rosli
REN 53610
Chester Properties Sdn Bhd | Empire 778
Al-Aqarat Group
Rajawali Team
www.wasap.my/60126180484/magnavilleselayang

For more affordable house listing please visit my page. Thank you.
https://www.edgeprop.my/agent/104655

Want To Sale2 Storey Terrace House @ Semenyih Parkland, SelangorSelling Price : RM580K—————————————Montly : RM2300Nett I...
31/01/2024

Want To Sale
2 Storey Terrace House @ Semenyih Parkland, Selangor

Selling Price : RM580K
—————————————
Montly : RM2300
Nett Income : RM5000
Earnest Deposite : 3.24%

✅Freehold
✅Bumi Lot
✅Land Area : 20’x 65’
✅Build up : 1752 sqft
✅4 bedrooms + 4 bathrooms
✅Tenanted

Renovation :
1)Kitchen Cabinet
2)Porch fully tiles
3)Grill
4)Awning back of Kitchen
5)Plaster Ceiling

~House located near to Beranang industrial park & MARA Beranang Professional College. Good for own stay or investment.

For more & viewing appointment pls call/whtapp/sms:
Hilmi Raimi
HP:012-2533473
CHESTER PROPERTIES S/B
AL-AQARAT GROUP
http://www.wasap.my/+60122533473/Parklands

REN 53610 activity 30 January 2023.5 hari lagi untuk kita meraikan mereka dari Al Aqarat Group yang berjaya mencapai tar...
30/01/2024

REN 53610 activity 30 January 2023.

5 hari lagi untuk kita meraikan mereka dari Al Aqarat Group yang berjaya mencapai target bagi tahun 2023.

Untuk berjaya kita perlu bersama dengan orang² yang berjaya dan ingin berjaya.

Semoga tahun 2024 kami akan lebih bersinar. Insyaallah.

Congratulations to all Al Aqarat Group Leaders for organising this great event.

Come and join us this upcoming weekend to feel the positive vibe from our team.

Kapt (B) Zulkifle Bin Mohd Rosli
REN 53610
Chester Properties Sdn Bhd | Empire 778
Al Aqarat Group
Rajawali Team
0126180484

7 Benda Kena Periksa Bila Baru Masuk Rumah SewaBagi mereka yang kali pertama menyewa, pastinya pengalaman ini merupakan ...
28/01/2024

7 Benda Kena Periksa Bila Baru Masuk Rumah Sewa

Bagi mereka yang kali pertama menyewa, pastinya pengalaman ini merupakan sesuatu yang baru bagi anda. Namun sebenarnya, proses masuk ke rumah sewa tidaklah semudah yang di sangka.

Bagi memastikan anda menjadi penyewa yang bijak dan memastikan hak sebagai penyewa ditunaikan sepenuhnya, kali ini kami kongsikan apa yang anda perlu periksa semasa masuk ke bilik atau rumah sewa. Jom kita bermula!

1. Perjanjian Sewa
Rasanya tidak lengkap proses menyewa rumah yang sah tanpa perjanjian sewa. Sebenarnya, perjanjian sewa ini perlu wujud sebelum anda masuk ke rumah sewa lagi.
Dengan adanya perjanjian sewa yang sah, ia boleh membantu anda untuk menyemak dan memudahkan proses pemeriksaan rumah sewa ini nanti.
Bukan itu sahaja, perjanjian sewa akan membantu anda memastikan hak anda sebagai penyewa terbela sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini di masa akan datang.
Ia boleh digunakan sebagai bukti yang sah bagi tindakan daripada sudut undang-undang.

2. Periksa Segala Kerosakan Yang Ada Di Dalam Rumah Sewa
Perjanjian sewa sudah ada, jadi apa yang anda perlu lakukan seterusnya? Sewaktu masuk ke rumah sewa, pastikan anda memeriksa segala kerosakan yang dijumpai di dalam rumah sewa.
Seperti apa yang dijanjikan di dalam perjanjian sewa, sebagai penyewa anda berhak untuk tinggal rumah yang tidak mempunyai sebarang kerosakan.
Jangan sesekali membuat keputusan untuk membaiki sendiri kerosakan yang ada tanpa memaklumkan kepada tuan rumah. Takut-takut nanti anda p**a disalahkan sekiranya kerosakan menjadi lebih teruk.
Bagi memudahkan urusan tuan rumah membaiki kerosakan yang ada, catatkan segala kerosakan di sekeliling rumah. Anda juga boleh mengambil gambar sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada tuan rumah nanti.

Jom kita lihat beberapa perkara yang anda boleh diperiksa di rumah sewa anda:

a. Dinding
* Lihat kerosakan pada dinding bagi sebarang keretakan atau kebocoran
* Perhatikan sekiranya terdapat sebarang kesan kulat atau kulapuk

b. Pintu dan tingkap
* Tombol pintu dan tingkap berfungsi dengan baik atau tidak
* Kaca tingkap tidak pecah dan retak

c. Bilik air dan tandas
* Mozek dan singki tidak pecah dan retak kerana boleh menyebabkan kecederaan
* Tandas boleh diflush dan air tidak bertakung
* Paip tidak bocor dan berfungsi dengan baik

d. Lampu dan kipas
* Setiap ruang dan bilik mempunyai cahaya dan pengudaraan yang baik
* Berfungsi dengan baik
*
Selain itu, pastikan rumah sewa anda juga bebas daripada serangan serangga perosak. Tiada siapa yang mahu tidur dalam keadaan bilik di mana lipas atau tikus merangkak di atas muka. Eww!
Sebenarnya, menyediakan rumah yang tidak mempunyai sebarang kerosakan merupakan tanggungjawab tuan rumah sebelum anda masuk ke dalam rumah sewa lagi.
Jadi, jangan bimbang untuk melaporkan sebarang kerosakan kerana itu merupakan hak anda sebagai pihak penyewa.

3. Bekalan Elektrik & Air
Seterusnya, pastikan rumah yang disewa mempunyai bekalan elektrik dan air yang berfungsi dengan baik. Ia merupakan keperluan asas yang wajib ditunaikan oleh setiap pemilik rumah.
Buka semua suis lampu dan kipas di semua ruang bagi memastikan semua unit berfungsi dengan baik. Selain itu, buka semua paip yang ada di sekeliling rumah bagi memastikan air mengalir dengan baik dan tiada sebarang masalah paip tersumbat atau bocor.
Bukan itu sahaja, periksa sekiranya terdapat soket yang tidak berfungsi atau terbakar. Jangan sesekali membahayakan diri sendiri menggunakan soket yang bermasalah. Tidak pasal-pasal anda boleh merosakkan sistem wiring satu rumah p**a.

4. Adakah Perabot Lengkap Sama Seperti Dalam Perjanjian Sewa
Bergantung kepada perjanjian sewa anda bersama tuan rumah, perabot yang disediakan bergantung kepada apa yang telah dipersetujui.
Sekiranya anda menyewa rumah fully furnished, lihat kembali senarai perabot yang disenaraikan dalam perjanjian sewa.

Sekiranya ada yang tidak lengkap, maklumkan kepada tuan rumah anda. Pastikan perabot yang sedia ada juga berfungsi dengan baik serta tidak mengalami sebarang kerosakan. Berikut merupakan beberapa contoh perabot asas yang perlu dipastikan berfungsi dengan baik:
* Katil yang masih kukuh dan tidak patah
* Tilam yang masih elok dan bukannya dipenuhi cecair atau kulat
* Almari baju yang masih boleh digunakan

4. Kemudahan Lain Yang Telah Dijanjikan Di Dalam Perjanjian Sewa
Bagi menarik perhatian anda sebagai pihak penyewa, ada tuan rumah yang akan menawarkan kemudahan lain seperti WIFI, penapis air dan sebagainya. Seperti yang telah dijanjikan, pastikan kemudahan ini telah disediakan dan berfungsi dengan baik.
Jangan lupa untuk berbincang dengan tuan rumah anda tentang bayaran yang perlu dilakukan bagi kemudahan ini. Sama ada kemudahan ini perlu dibayar berasingan atau dibayar bersama sewa, pastikan setiap maklumat ini dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian sewa.

5. Rumah Dalam Keadaan Bersih Dan Kemas
Seterusnya, pastikan rumah sewa diserahkan kepada anda dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tidak ada gunanya jika kemudahan yang lain serba lengkap tetapi anda terpaksa masuk ke dalam rumah yang dipenuhi sampah, bukan?

Malah, dalam keadaan pandemik sejak wabak Covid-19 ini, jangan segan untuk bertanya kepada tuan rumah sekiranya rumah sewa anda telah disanitasi terlebih dahulu atau belum. Anda bukan sahaja memerlukan tempat tinggal yang selesa tetapi juga selamat.

6. Sistem Keselamatan Yang Disediakan
Bagi memastikan anda berasa selamat sebagai penyewa, tanya terlebih dahulu tentang sistem keselamatan yang disediakan.
Walaupun sistem keselamatan ini bergantung kepada persetujuan pihak tuan rumah dan penyewa, namun anda boleh berunding secara baik bersama tuan rumah.
Sekurang-kurangnya aspek keselamatan yang perlu ada ialah pintu dan pagar rumah perlu berfungsi dengan baik. Selain itu, tingkap dan pintu yang mempunyai gril besi juga akan menjadikan rumah itu lebih selamat.
Walaupun malang tidak berbau, sekurang-kurangnya perkara asas bagi aspek keselamatan telah lengkap di rumah sewa ini.
Jika anda bernasib baik, tuan rumah anda juga mungkin akan mempunyai sistem keselamatan yang lebih ketat seperti CCTV di luar rumah.

7. Kemudahan Perubatan Dan Keselamatan
Akhir sekali, jangan lupa untuk memastikan kemudahan perubatan dan keselamatan berada dalam jarak yang berdekatan dengan rumah sewa anda. Walaupun perkara ini penting, ramai penyewa yang terlepas pandang akan perkara ini.

Bagi memastikan anda sentiasa bersedia bagi sebarang perkara yang tidak diingini, minta tuan rumah untuk menerangkan kepada anda lokasi-lokasi penting seperti hospital, klinik atau balai polis yang berdekatan.
Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda akan lebih bersedia dan tahu tempat untuk dituju walaupun masih lagi baru menyewa di kawasan tersebut.

Anda juga boleh bertanya kepada tuan rumah senarai nombor hospital atau balai polis di kawasan rumah tersebut untuk dihubungi.
Akhirnya, anda sudah boleh masuk ke rumah sewa yang lengkap dengan tenang. Walaupun semua perkara ini nampak remeh dan mudah, ia sangat penting bagi memastikan anda bukan sahaja selesa dan selamat, tetapi hak anda sebagai penyewa juga tetap ditunaikan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dan kami ucapkan semoga berjaya!

-propertyguru

27/01/2024

Bank Market Value RM430k...
Owner nak jual RM500k...
tang mana yang kata agent markup harga...
cer cakap cer cakap...🤪🤪🤪

26/01/2024

Selamat malam

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan semoga pintu-pintu kebaikan terbuka l...
26/01/2024

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan semoga pintu-pintu kebaikan terbuka luas untuk kita semua….
Amin…

REN 53610 activity 23 January 2024Rajawali Team short discussion for 2024 target. Walaupun kami tak ramai tetapi kami ad...
23/01/2024

REN 53610 activity 23 January 2024

Rajawali Team short discussion for 2024 target. Walaupun kami tak ramai tetapi kami ada dan bilangan kami akan bertambah. Insyaallah.

Setakat ni semua bersemangat dan paling penting positif dalam menghadapi cabaran untuk berjaya pada tahun 2024.

VIVA RAJAWALI TEAM💪🏼💪🏼💪🏼

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐖𝐀𝐊𝐀𝐍 (𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓 )1. Datang melawat kawasan di hari bekerja (sebaiknya hari Selasa, R...
23/01/2024

𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐖𝐀𝐊𝐀𝐍 (𝐉𝐄𝐍𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓 )

1. Datang melawat kawasan di hari bekerja (sebaiknya hari Selasa, Rabu & Khamis) pada waktu malam sekitar 9 hingga 10 malam. Lihat dari jauh tingkap semua rumah. Jika 70% ke atas lampu menyala. Bolehlah beli apartment di kawasan tersebut. Lagi tinggi peratus lagi bagus!

2. Datang melawat kawasan taman permainan di situ selepas waktu bekerja, sekitar 6 petang mahupun sebelah malam. Kebiasaannya jika kawasan tersebut ramai warga asing, waktu ini mereka balik kerja dan s**a berehat santai serta bersembang sebelum naik ke rumah.

Anda s**a penyewa dari pekerja kilang & industri? Inilah kawasan pilihan anda.

3. Jika kita tidak s**a tinggal di kawasan kepadataan yang tinggi, tidak semestinya bakal penyewa juga tidak s**a seperti kita. Lagi 'jem' jalan kawasan tersebut lagi ramai orang s**a menyewa. Lebih baik mereka naik LRT, Komuter ataupun naik Grab saja. Semuanya kita jadi boss sebab ada 'driver'! 🤭

4. Hadir sama solat berjemaah di surau kawasan tersebut terutamanya di waktu solat maghrib & tunggulah sebentar hingga ke waktu Isyak. Pop**asi yang beragama Islam pasti akan memenuhi surau tersebut. Baik Pak Arab, mahupun abang 'Baiyya', ukhwah mereka ni.. fuhhhh! Salut!

5. Cuba elakkan membeli rumah yang mempunyai kedai makan di tingkat bawah. Kita bakal 'berperang' besar dengan 'haiwan peliharaan' yang tidak diundang mereka.. Seperti tikus dan lipas. Siap bawa pakcik, makcik, ayah ibu mereka bagai.. extra kerja kita nanti 😅

Semoga bermanfaat 🤗
credit to


Address

5x,
Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rajawali Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share