The Chambers of Khadzar And Sharifah

The Chambers of Khadzar And Sharifah Sama ada anda sedang berdepan isu jenayah, pertikaian keluarga Syariah, pengurusan pusaka, dan/ atau urusan pemindahan hartanah, kami di sini untuk bantu.

15/08/2025

Perceraian Pasangan Non-Muslim Bila Salah Seorang Masuk Islam

Di Malaysia, pasangan bukan Islam yang berkahwin didaftarkan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (atau Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, “Akta LRA”).

Secara asasnya kalau anda berkahwin di bawah Akta LRA, perceraian mesti juga dibuat di bawah akta yang sama, iaitu di Mahkamah Tinggi Sivil, bukan Mahkamah Syariah.

Apabila Salah Seorang Masuk Islam?

Kadang-kadang berlaku, selepas berkahwin, salah seorang pasangan memeluk agama Islam. Walaupun status agama berubah, perkahwinan asal itu masih dianggap sah di sisi undang-undang sivil selagi belum dibubarkan di bawah Akta LRA.

Masuk Islam tidak serta-merta membatalkan perkahwinan sivil. Pembubaran tetap perlu dibuat melalui Mahkamah Tinggi Sivil.

Kenapa Tak Terus ke Mahkamah Syariah?

Mahkamah Syariah hanya ada kuasa ke atas orang Islam dalam perkara perkahwinan yang didaftarkan di bawah undang-undang Syariah.
Kalau perkahwinan asal anda adalah di bawah Akta LRA, ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa Yang Perlu Dibuat?

1. Failkan petisyen perceraian di Mahkamah Tinggi Sivil (bawah Akta LRA).

2. Nyatakan sebab pembubaran termasuk fakta bahawa salah seorang telah memeluk Islam.

3. Setelah Mahkamah Tinggi keluarkan perintah pembubaran, barulah status perkahwinan sivil tamat di sisi undang-undang.

Kesimpulan mudah:

Kahwin bawah Law Reform Act, bercerai pun bawah Law Reform Act.

Masuk Islam tak automatik batalkan perkahwinan sivil.

Mahkamah Tinggi Sivil yang akan berikan perintah pembubaran perkahwinan.

Perlukan khidmat peguam, hubungi kami.

Sama ada anda sedang berdepan isu jenayah, pertikaian keluarga Syariah, pengurusan pusaka, dan/ atau urusan pemindahan hartanah, kami di sini untuk bantu.

06/07/2025

KES JENAYAH BUKAN AKHIR SEGALANYA

Ditangkap, dituduh, dibicarakan.
Bunyi menakutkan tapi anda masih ada hak, masih ada peluang untuk dibela.

Sebagai peguam jenayah, kami bantu dari awal:
✅ Semakan pertuduhan
✅ Nasihat undang-undang sebelum bicara
✅ Wakil semasa perbicaraan
✅ Strategi mitigasi hukuman (jika sabit)
✅ Representasi kepada Pendakwa Raya (jika wajar)

Kami bukan sekadar hadir di mahkamah. Kami perjuangkan hak anda.

📲 Dapatkan konsultasi awal untuk tahu peluang dan risiko kes anda.
🔗 Klik sini untuk mesej terus: https://wa.me/60132293448?text=Salam%2C%20saya%20nak%20tanya%20tentang%20kes%20jenayah%20yang%20sedang%20dihadapi

CERAI (PERSETUJUAN BERSAMA) 💬 “Kami dah sepakat nak bercerai… tapi tak tahu nak mula di mana.”Jika dah ada persetujuan t...
06/07/2025

CERAI (PERSETUJUAN BERSAMA)

💬 “Kami dah sepakat nak bercerai… tapi tak tahu nak mula di mana.”

Jika dah ada persetujuan tentang cerai, anak-anak dan nafkah, prosesnya boleh jadi mudah dan teratur.

Kami bantu dari mula hingga selesai di Mahkamah Syariah atau Sivil, tanpa pergaduhan, tanpa tekanan.

✅ Dokumen lengkap
✅ Tarikh mahkamah diuruskan
✅ Fokus pada kebajikan anak

📲 Sedia nak mulakan? Hubungi kami hari ini.

🔗 Klik sini untuk mesej kami

“Mulai hari ini, aku ceraikan kau dengan talak satu.”Sekiranya isteri mendapat mesej sebegini:1. Jangan padam mesej ini....
12/05/2025

“Mulai hari ini, aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Sekiranya isteri mendapat mesej sebegini:

1. Jangan padam mesej ini.
2. Simpan sebagai bukti.
3. Segera rujuk ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan talak.
4. Dapatkan nasihat peguam syarie untuk mengetahui hak-hak anda.

09/05/2025

"Kita Minta Peguam Uruskan, Senang Sikit..."

Dah lima tahun berkahwin, tapi Laila dan Majnun tahu hubungan mereka dah sampai ke penghujung. Tak ada dendam, cuma masing-masing dah penat mencuba. Mereka sepakat untuk bercerai secara aman.

Laila cakap, “Kita guna peguam je lah ya? Biar semua jalan ikut undang-undang, kita pun tak pening.”

Majnun setuju.

Mereka jumpa seorang peguam syarie berdaftar. Peguam itu bantu mereka sediakan semua dokumen termasuk surat persetujuan bersama, draf perjanjian nafkah anak dan pembahagian harta kecil yang mereka miliki. Semuanya dibincang secara tenang.

Peguam kemudian failkan permohonan cerai bawah Seksyen 47 di Mahkamah Syariah secara fast track. Pada hari yang sama, peguam hadir bersama mereka, urus semua dari A sampai Z.

Di mahkamah, hakim puas hati dengan perjanjian mereka. Tiada pertikaian. Talak pun dilafazkan hari itu juga.

Laila genggam tangan peguam sekejap. “Terima kasih, puan. Kalau buat sendiri, mungkin saya dah menangis dari tadi.”

Majnun bersalaman dengan semua, tenang. “Sekurang-kurangnya, kami tutup buku ini dengan hormat.”

Kadang, ada perkara yang lebih mudah bila ada orang berpengalaman bantu. Dan perceraian yang aman itu pun satu bentuk kematangan.



Temui kami di Lokasi: D-472 Jalan 6 Wisma Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi
📞 Call kami: +60387054448
WhatsApp +60175051876
📬 PM kami bila-bila masa untuk temujanji
Nak tahu cara fail tuntutan? Kami sedia bantu.

08/05/2025

“KENA TAHAN POLIS? INI HAK ANDA YANG RAMAI TAK TAHU!”

Ramai orang panik bila ditahan polis. Tapi tahukah anda, sebagai rakyat Malaysia, anda ADA HAK.

✅ Anda berhak tahu sebab kenapa anda ditahan
✅ Anda berhak hubungi peguam
✅ Anda tidak wajib jawab semua soalan polis tanpa peguam

Jangan panik. Jangan tandatangan apa-apa tanpa faham.

Kami di The Chambers of Khadzar and Sharifah mahir dalam mengendalikan kes jenayah – dari kes dadah, samun, rogol, dan kes berkaitan sprm.

Temui kami di Lokasi: D-472 Jalan 6 Wisma Kosmopleks Bandar Baru Salak Tinggi
📞 Call/WhatsApp kami: +60387054448 +6013-2293448
📬 PM kami bila-bila masa untuk temujanji


________________________________________

01/05/2022
Salam Nuzul Quran 1443H.
18/04/2022

Salam Nuzul Quran 1443H.

Address

D-472 Jalan 6 WISMA KOSMOPLEKS BANDAR BARU SALAK TINGGI
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Chambers of Khadzar And Sharifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share