Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale

Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale, Property lawyer, Semenyih.

Kami adalah sepasukan peguam yang memiliki Sijil Amalan yang sah:
✔️ 14++ tahun dalam bidang guaman Hartanah
✔️ Telah bantu ribuan klien di seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti dari Jepun, USA, China, New Zealand & Brunei.

Salam Jumaat
08/08/2025

Salam Jumaat

“Beli rumah senang je kan? Bayar booking, lepas tu dapat kunci terus..”SALAH OKAY! Ramai ingat beli rumah macam beli baj...
03/08/2025

“Beli rumah senang je kan? Bayar booking, lepas tu dapat kunci terus..”

SALAH OKAY! Ramai ingat beli rumah macam beli baju — padahal proses dia penuh selok-belok, risiko dan masa yang tak ramai ambil tahu.
________________________________________

💬 Kisah real…

“Ani, dengar kau beli rumah banglo kat Taman Impiana…dah settle ke?”
“Dah bayar booking dah…tunggu loan approve je. Harap sempat beraya dekat rumah baru. Jemput datang nanti!”
“Eh, eh, biar betul?! Semudah tu je ke?”

________________________________________

🔍 Ramai tak tahu — Proses beli rumah subsale ada flow dia sendiri!

Bukan setakat bayar booking. So meh sini kami kongsi process sebenar step-by-step supaya anda tak sangkut tengah jalan:

________________________________________

✅ 1. Bayar Booking
💸 Biasanya 3% dari harga rumah. Bayar pada owner/ejen untuk tanda jadi.

✅ 2. Lantik Peguam
📄 Carik lawyer anda untuk wakilkan anda dalam proses jual beli ni. Lawyer akan draf SPA dan buat semakan dokumen.

Loan mesti approved dulu, baru boleh sign SPA!

Nasihat kami, survey sekurang-kurangnya 2-3 lawyer dan dapatkan quotation daripada mereka sebelum anda buat keputusan untuk lantik. KYL – Know Your Lawyer!

✅ 3. Sign SPA
✍️ Bila buyer dan seller bersetuju, masa ni anda akan bayar baki 7%. Lepas tu, lawyer bank akan panggil untuk sign loan pulak. Hah, lawyer bank pon anda boleh pilih kalau anda kenal.

✅ 4. Proses SPA
⏳ Bahagian ni sangat makan masa — dari carian geran, pindahmilik, hingga ke pejabat tanah. Tunggu artikel khas kami tentang ni nanti.

Minimum 3bulan + 1bulan. Minimum tau…

✅ 5. Loan Disbursement
🏦 Bila semua dokumen settle, bank akan lepaskan 90% baki bayaran rumah kepada pihak penjual.

✅ 6. Serah Kunci
🔑 Peguam akan serah kunci bila semua settle. Setel kat sini bermaksud semua bayaran belanja pasti (apportionment outgoings) diselesaikan antar penjual dan pembeli. Lepas selesai, masa ni la boleh ajak family datang rumah baru — raya bergaya! Jangan lupa jemput housewarming!

________________________________________

👨‍⚖️ Kenapa kena ada peguam anda sendiri?

✔️ Pastikan urusan jual beli rumah takde masalah
✔️ Memastikan SPA sah mengikut undang-undang
✔️ Lawyer adalah pihak yang akan melaksanakan segala urusan dokumentasi dengan pihak bank & pejabat tanah
✔️ Peguam yang bertanggungjawab akan meliindung hak pembeli dengan sebaik mungkin — bukan sekadar “tandatangan dan tukar nama je”

________________________________________

⚖️ Kami Sedia Bantu

✅ Semak geran PERCUMA
✅ Urus SPA dari A–Z
✅ Nasihat loan & pindah milik
✅ Kos guaman & cukai — kami guide semua
✅ Kami berpegang kepada setiap SPA adalah unik

📲 Mesej kami untuk semakan fail percuma

________________________________________

Salam Jumaat.
31/07/2025

Salam Jumaat.

“Nak jual rumah tapi risau geran hilang?”"Nak beli rumah tapi tak tahu prosedur?"“Dah bayar booking, tapi masih belum si...
28/06/2025

“Nak jual rumah tapi risau geran hilang?”
"Nak beli rumah tapi tak tahu prosedur?"
“Dah bayar booking, tapi masih belum sign S&P walaupun lepas berbulan?”
“Rumah pusaka tak boleh tukar nama walaupun semua adik-beradik setuju?”

Ya, kami faham.. urusan rumah ni walaupun nampak dari luaran macam senang, tapi silap langkah – boleh ambil masa bertahun-tahun untuk selesai.
________________________________________

👨‍⚖️ Siapa Kami?

Selamat datang ke page kami: Peguam Hartanah – Panduan SPA & Loan Rumah Baru/Subsale.

Kami adalah sepasukan pengamal undang-undang yang memiliki Sijil Amalan yang sah:
✔️ Berpengalaman lebih 14 tahun dalam bidang Hartanah (Conveyancing – individu & syarikat), Corporate Loan, Sivil & Jenayah (Bagi semua peringkat mahkamah)
✔️ Mahir dalam urusan perjanjian jual beli (S&P), pusaka & warisan, serta kes sivil yang berkaitan.
✔️ Telah bantu lebih ramai klien di seluruh Malaysia dan juga luar negara seperti dari Jepun, USA, China, New Zealand dan Brunei untuk membeli,atau menjual hartanah secara sah & selamat.
________________________________________

🏡 Apa Yang Anda Akan Dapat Dari Page Ini?

✅ Panduan beli rumah pertama (tanpa pening kepala)
✅ Info penting pasal geran, pusaka & loan rumah
✅ Tips elak pening kepala semasa beli rumah subsale
✅ Checklist percuma & video penerangan step-by-step
✅ Update undang-undang hartanah terbaru dari peguam sendiri
________________________________________

Kami tak menjual rumah.
Kami, secara professional, akan memastikan anda memiliki rumah secara sah & dilindungi.
Kalau ejen jual "rumah", kami jual ketenangan dan keselamatan urusan perundangan anda.

________________________________________

📬 Nak kami bantu semak geran, S&P atau fail pusaka?

PM kami sekarang. Kami akan menjawab sebaik mungkin.

Atau follow page kami untuk info terbaru, live session & tips beli rumah yang menarik.

Kepada ejen hartanah yang berminat, kami terbuka untuk bekerjasama!
________________________________________

Salam Maal Hijrah 1447. Semoga tahun baharu ini akan membawa lebih banyak hijrah kebaikan kepada kita semua. Insya-Allah...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447.

Semoga tahun baharu ini akan membawa lebih banyak hijrah kebaikan kepada kita semua. Insya-Allah. Ameen.

Address

Semenyih

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Hartanah - Panduan SPA & Loan Rumah Baru Atau Subsale posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share