10/01/2021
“Sebenarnya saya baru kena halau bang dari rumah mak mertua bang “
Terdetik aku nak kongsikan pasal salah seorang penyewa lelaki yang nak view bilik kami. Bukan niat nak aibkan sesiapa. Maaf kalau coretan aku panjang sikit.
Mulanya dia pm nak cari bilik sekian-sekian. Dari cara dia pm, dia sangat excited sebab dia kata dah survey lama dah bilik sewa, takde yang menepati citarasa dia. Masa tu aku sebagai agen syukur sangat dah.
Masa dia sampai depan rumah, kagum aku tengok penampilan brader ni. Kemas, tegap & ada rupa. Kalau ada gadis-gadis sekali tengok je dia mungkin pandang dua kali. Kalau penyewa lelaki yang dalam rumah ni tengok mesti jeles. 😂Dalam hati saya, kalau tak model tali pinggang, mesti duta pomade. Hahaha.
Yang bestnya, tanpa borak panjang dia terus cakap nak tengok bilik. Macam biasa, tanggungjawab aku sebagai agen akan tunjuk bilik serta bahagian rumah satu per satu, dan terangkan berkenaan peraturan menyewa sampai prospek kami puas hati.
Gaya brader ni, lepas dah dengar letrik dengan air percuma je, dia punya tak sabar sangat nak menyewa segera tu minta nombo akaun padahal aku tak habis explain lagi. 😂. Bagi kami , Alhamdulillah...itu perkara biasa bila prospek dengar banyak dapat benefit lebih dari harga sewa, diorang punya nak meruntun kaki tu jangan cakaplah.
Sama kes dengan brader ni. Masa saya tengah bagi nombor akaun dia nak bayar, sempat aku selitkan sikit.
“Bro, bilik tu tinggal 2 je kekosongan, nanti pilihlah nak katil yang mana..”
Tapi apa dia jawab memang buat aku tergamam.
“Saya ambik terus 2 2 katil bang, sebab nak bagi bini saya duduk...mesti dia happy gila. Dah la ada siap dapur semua, mesti dapat masak kat saya hari-hari.”
Baru aku tahu dia dah kahwin. Aku terus macam confuse j*p. Rasanya aku dah explain yang ni rumah lelaki & dia sendiri dah masuk dalam rumah memang lelaki yang duduk.
“Sorry bro, rumah ni semua lelaki je. Untuk bini bro, kita ada bilik & rumah untuk perempuan”
Masa tu muka dia dah lain, macam terkilan sangat. Bukan dia tak faham, cuma mungkin sebab rasa happy nak duduk dengan bini dia buatkan dia terlupa kej*p kot pasal jantina rumah.
Dengan rasa kecewanya dia cakap,
“Boleh ejas tak bang? Untuk nak bagi bini saya duduk sekali sebilik. Sebenarnya kami baru kena halau dari rumah mak mertua. Saya cuma kerja “Food Teddy Bear” bang. Bini saya tak keja sebab nak kena jaga baby kami.”
Masa aku dengar tu, dah cukup sayu hati aku. Aku faham situasi dia sekarang. Situasi yang belum mampu nak sewa sebiji rumah. Ya lah, harga rumah putrajaya memang tak dapat dah harga rat rat ni. Flat pun dah riban riban. Yang aku cuma dapat bantu adalah dapatkan bilik jugak, tapi berasingan rumah. Untuk nak sekali memang serius akan buat penyewa yang berlainan jantina akan rasa tak selesa. Tu belum masuk dari segi aurat & privasi.
“Macamnilah bro, saya faham bro belum berkemampuan. Apa yang saya dapat tolong bro, bro tak payah bayar deposit. Bayar sewa je . Letrik dengan air pun saya tak kira. “
Masa tu muka dia daripada down terus sengih sampai nampak gigi arnab dia. Tapi memang betul sebagai agen aku akan bantu bakal penyewa aku setakat yang boleh.
Aku sambung lagi.
“Tapi bro, rumah kena asing. Tak boleh duduk sekali. Kalau duduk sekali memang saya tak dapat nak bantu. Saya kena jaga keselesaan penyewa lain juga.”
Dari sengihan dia tu, terus jadi tawar. Aku tahu dia kecewa lagi. Mata dia dah berkaca. Aku dah mula sebak. Sebab aku faham. Terus aku bawa dia bincang kat depan rumah. Taknak bagi dia rasa tak selesa nak meluah bila ada penyewa lain nampak.
Dengan suara tahan sebak dia kata.
“ Saya dah takde tempat tido dah bang. Banyak bilik dah saya cari. Banyak bilik tak terima untuk suami isteri. Bini dengan anak tidur surau dah 3 hari bang. Masa PKP banyak surau tutup & kami kena keluar hari hari bang. Abang tengok ni”
Sambil dok tahan sebak dia tunjuk gambar anak dia yang baru lahir. Comel. Dia cakap hidung dgn mata ikut ibu dia. Kening ikut dia. Memang betul banyak gambar tu ada gambar yang background surau. Bini dia bertelekung. Seronok tambah sebak saya dengar dia bercerita pasal anak dia. Dalam kepala aku dok fikir cara apa lagi aku dapat bantu dia.
Aku cakap kat dia.
“Bro, saya nak tolong bro lagi ni. Buat masa sekarang, bro tak payah fikir lagi bab bajet. Masuk je dulu. Bini bro sekali tapi tetap kena rumah lain lain. Bila bro kerja bulan ni nanti & dah cukup duit nak bayar sewa , baru bayar. Tak penah lagi saya nak tolong orang lain macam bro ni. Ni paling last”
Masa tu baru air mata jantan dia keluar.
“Bini saya belum habis pantang lagi bang. Semua benda saya buat sekarang. Saya ada moto je. Nak beli pampers pun tak cukup duit bang. Nasib baik baby nak susu badan. Malam-malam bila baby terjaga menangis. Saya taknak susahkan bini saya tenangkan baby, sebab saya tahu seharian dia dah penat jaga baby masa saya pegi kerja. Sebab tu saya nak bilik sekali. Tapi takpe, Saya faham kerja abang. Saya cuma dah tak tahu nak pergi ke mana, nak luahkan kat sape. “
Istighfar panjang lepas aku dengar semua tu. Sambil aku tengok langit tahan air mata dari jatuh. Nak dibantu bagaimana lagi Ya Allah. Bukan senang nak teruskan hidup dalam bandar kalau kewangan tak teguh. Lagi-lagi yang dah berkeluarga.
Akhir sekali dia kata,
“Takpelah, insyaAllah saya bincang dengan bini saya macammana. Kalau ada rezeki saya dengan abang nanti saya datang balik. Kalau takda, abang doakan saya eh”
Sebelum gerak, aku salam & aku tepuk bahu dia. Aku hulurkan sikit duit untuk dia belanja. Tak banyak mana tapi cukup untuk dia bersyukur panjang sangat dah. Aku cakap minta maaf sebab takat ni saja aku aku mampu bantu dia. Dia hanya mengangguk tanda faham sambil lap sisa air mata. Sambil senyum dia peluk aku dan cakap terima kasih sangat.
Sambil tengok motor EX5 dia hilang dari pandangan, dalam hati aku, aku cakap “ ya, abang doakan kau bro, dipermudahkan semuanya. Dilimpahkan rezeki lagi sebagai suami untuk sara family. Ada rezeki anak tu nanti.”
Bagi kita, kita dah rasa kita dah cukup susah. Sedangkan ada yang lagi susah dari kita. Bagi kami di Bilik Sewa Budget. Ramai penyewa yang kami ada kes macamni kami dah bantu, lebih lebih lagi penyewa yang kurang berkemampuan nak sewa sebijik rumah.
InsyaAllah kita bantu mudahkan urusan orang. Tuhan mudahkan urusan kita.
“Kita terjumpa mesti ada sebab”
Untuk Syafiq, kalau terbaca posting abang ni. Abang nak bro tau, abang doakan bro selalu. InsyaAllah kita jumpa lagi.