Peguam Syarie Nuruljannah

Peguam Syarie Nuruljannah Peguam Syarie yang beramal di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, WP K.Lumpur dan Putrajaya.

14/08/2023
Tiada seorang pun yang dapat memilih ibubapa,  kaum kerabat dan anak-anaknya, setiap ahli keluarga mempunyai ikatan keke...
30/06/2021

Tiada seorang pun yang dapat memilih ibubapa, kaum kerabat dan anak-anaknya, setiap ahli keluarga mempunyai ikatan kekeluargaan tanpa pilihan kecuali suami isteri. Itulah satu-satunya pilihan yang berlaku dalam keluarga. Maka berhati-hatilah supaya kamu membuat pilihan terbaik. Ketahuilah bahawa jika pasangan hidupmu tidak memelihara dirinya dalam ketaatan kepada Allah dalam hidupnya, bagaimana mungkin dia akan memelihara dirimu kelak nanti?

Walau bagaimanapun, segala usaha untuk mendapat pasangan yang baik bermula dari diri sendiri. Bagaimana diri kita, itulah cerminan jodoh kita.

Untuk mendapat jodoh yang baik, yang soleh/solehah, diri kita terlebih dahulu perlu menjadi seperti itu. Allah tidak akan sesekali menzalimi memberi orang yang soleh/solehah pasangan yang sebaliknya, melainkan itu satu ujian untuknya.

Berusaha dan berdoa kepada Allah agar diri kita sentiasa menjaga batas dan menjadi orang yang soleh/solehah.

Ingat, bagaimana diri kita dan calon pasangan kita, itulah gambaran zuriat kita di masa hadapan.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah swt.

" Puan, saya nak failkan tuntutan fasakh ke atas suami saya..""Tuan, boleh ke saya nak tuntut fasakah dari suami saya?"_...
27/04/2021

" Puan, saya nak failkan tuntutan fasakh ke atas suami saya.."

"Tuan, boleh ke saya nak tuntut fasakah dari suami saya?"
_____________________________________________________________________

Orang awam selalu terfikirkan nak tuntut fasakh untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan. Seolah-olah hanya fasakh satu-satunya jalan keluar bagi mereka.

Tetapi tahukah kalian apakah alasan-alasan yang dibenarkan dalam menuntut fasakh? Adakah semua alasan yang dibawa ke Mahkamah diterima oleh pendaftar? Bagaimana p**a dengan pembuktian?

Adakah terdapat cara lain untuk keluar dari ikatan pernikahan yang memudharatkan para isteri? Bagaimana p**a jika suami yang teraniaya?

Jom dengarkan penerangan berkaitan fasakh dari Yang Arif Tuan Mohd Nahar bin Mohamad, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

Dapatkan khidmat nasihat dari Peguam Syarie jika anda masih tidak jelas tentang tuntutan fasakh di Mahkamah.

Jom dengarkan slot bersama YAA Dato' Dr Hj Mohd Na'im bin Mokhtar sebentar sahaja lagi dengan tajuk 'Pelangi Yang Pudar'...
15/12/2020

Jom dengarkan slot bersama YAA Dato' Dr Hj Mohd Na'im bin Mokhtar sebentar sahaja lagi dengan tajuk 'Pelangi Yang Pudar'.

Bersama YAA Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM di Nasional FM (Slot Alfa102) yang akan membicarakan tajuk "Pelangi yang Pudar" pada 15 Disember 2020, jam 10.30 pagi.

Nabi SAW adalah role model terbaik yang boleh dicontohi dalam setiap aspek kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara hinggal...
23/11/2020

Nabi SAW adalah role model terbaik yang boleh dicontohi dalam setiap aspek kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara.

Apatah lagi dalam aspek kekeluargaan, banyak contoh yang boleh diikut dan diamalkan. Kasih sayang yang diberikan bukan sahaja kepada isteri-isteeri dan anak-anak, malahan kepada cucu-cucu Baginda.

Cara Baginda menyantuni setiap orang juga wajar dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga. Agar sifat saling menyayangi, menghormati, mempercayai dan tolong menolong menjadi benteng yang kuat dalam diri setiap ahli keluarga. Datanglah apapun ujian dan dugaan, hati-hati tetap berpaut dan saling menguatkan.

Namun semuanya bermula dari diri kita sendiri. Mulalah untuk menyayangi orang lain, agar kita juga disayangi.

Sesuai dengan hadith nabi

من لا يَرحم لا يُرحم
Maksudnya: Siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.

Address

Presint 6
Putrajaya
62200

Telephone

+601111762653

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Nuruljannah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie Nuruljannah:

Share