24/12/2019
M***i v Sumpah Larkhnat DSN... v SD Azilah
Dlm persoalan suatu perbuatan jenayah (sama ada dlm konteks sivil atau syariah) , kita tidak boleh terlepas dlm membicara dua aspek utama, iaitu yg mendakwa dan yg didakwa ...
Orang awam atau pihak ketiga, kebiasaannya turut terjebak dlm "perbicaraan" sama ada yg menyokong dakwaan atau menyokong penafian, sebab itu mereka berlumba-lumba berhujah bg perspektif salah satu pihak (pihak mendakwa atau yg didakwa)... Berhujah/ berbicara dlm satu pihak , menunjukkan kecenderungan utk menyebelahi salah satu pihak ...Asas pembuktian suatu kesalahan jenayah adalah keterangan dlm menyokong suatu dakwaan pernyataan, di dalam syariah ia disebut sbg al bayyinah atau dlm bahasa perundangan moden ia disebut sbg evidence ...Dlm teks Sahibul Samahah M***i WP turut disebut prinsip asasnya iaitu "al bayyinah ala al mudda'ie wal yamin ala man ankara" ..."keterangan adalah di atas beban yg mendakwa dan sumpah (oath) adalah di atas beban yg menafikan dakwaan" ...keterangan atas sesuatu dakwaan kesalahan yg khusus tidak boleh dipengaruhi oleh latar belakang kesalahan lain yg menyelubungi si yg kena dakwa (tertuduh) tersebut ...dakwaan atas sesuatu perlakuan jenayah, sekali lg disebut disini, asasnya ia tidak harus disentuh dlm perspektif satu pihak sahaja, krn ia mengandungi dua elemen utama yg mendakwa dan yg didakwa, sekiranya kita menyentuh salah satu pihak shj sbg contoh kredibiliti keterangan (al bayyinah) pihak yg didakwa maka seolah kita memberi gambaran bahawa keterangan (al bayyinah) bg pihak mendakwa sudah muktamad diterima sbg bukti ...tidak dinafikan dlm setiap diri seseorang ada rasa kecenderungan peribadi dlm memutuskan suatu kesalahan perlakuan jenayah (walaupun belum selesai proses pembuktian secara tepat) , dlm hal ini, pendirian yg paling wajar diambil adalah menyimpan rasa kecenderungan seperti ini setakat dlm diri sendiri shj tanpa menzahirkannya pd orang lain krn dibimbangi ia boleh mempengaruhi orang lain sedangkan apa yg kita rasa itu belum muktamad benar atau salah ...penglibatan awam dalam mengenengahkan keterangan; asasnya perkara ini adalah dibawah tanggungjawab pihak siasatan, dan jika orang awam ingin sama melibatkan diri, ia harus dilakukan dgn cermat dan penuh tanggungjawab ...harus juga menimbang bentuk kesalahan yg didakwa, ada dakwaan yg bersifat jenayah maal (harta benda/ wang ringgit), melibatkan maruah kesucian diri (spt dakwaan salah laku seksual) dan ada yg bersifat jenayah melibatkan tubuh dan nyawa ...keterlibatan kita sbg org awam dlm urusan mengetengahkan keterangan, dibimbangi kita terlibat dlm mengemukakan keterangan (bukti palsu) yg boleh mempengaruhi pemikiran orang lain ...prihatin atas suatu dakwaan tiada salahnya, keprihatinan kita sbg org awam terhadap siasatan oleh pihak berkuasa atas sesuatu dakwaan berbeza dgn kecenderungan dan keghairahan kita utk menentukan suatu itu dimuktamadkan bersalah ...Kedudukan suatu Akuan Bersumpah (SD) sbg satu keterangan yg kukuh oleh yg mendakwa (al mudda'ie) dan kedudukan sumpah "mubahalah" dlm menyangkal suatu dakwaan jenayah oleh yg didakwa , perkara ini telah dibincang secara panjang lebar, boleh rujuk kpd perbincangan-perbincangan tersebut ...
Kesimpulannya ia tertakluk kpd bukti2 yg kukuh dan nyata dlm kesahihan kebenaran/ penipuan
Very much obliged...
Credit : Bro Anas