Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS

Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS Membantu umat Islam untuk menulis Wasiat atau Hibah bagi mengelak masaalah harta pusaka yang tak selesai dan merancang hasrat sendiri.

ISU HARTA PUSAKAArwah Ibu buat pindah milik semasa hayat rumah yang didiami kepada 2 anaknya sahaja dan tidak kepada 2 a...
10/07/2023

ISU HARTA PUSAKA

Arwah Ibu buat pindah milik semasa hayat rumah yang didiami kepada 2 anaknya sahaja dan tidak kepada 2 anak yang lain.

Anak2 yang tidak dinamakan nak menuntut hak mereka.

Harta yang dah dipindah milik semasa hayat tidak lagi tertakluk kepada hukum faraid. Maka mereka tidak berhak untuk menuntut bahagian masing2.

Tentu arwah ada sebab yang tersendiri mengapa pindah milik diberikan kepada 2 anaknya sahaja.

Apa pun anak2 yang lain boleh ajak berbincang untuk mendapatkan hak perkongsian atau untuk menduduki rumah yang berkenaan.

wasap.my/+0149319180/InfoWasiat



WASIAT & HIBAHSelasa, 23/5/2023.Esok klien akan berlepas, pasti hari ni hari terakhir untuk tandatangan Wasiatnya.Kami d...
23/05/2023

WASIAT & HIBAH
Selasa, 23/5/2023.

Esok klien akan berlepas, pasti hari ni hari terakhir untuk tandatangan Wasiatnya.

Kami dapat uruskan dalam masa yang singkat supaya termaktub hasratnya dalam pengurusan harta pusakanya nanti. Alhamdulillah selesai tanggungjawab kami dalam bab ini.

Nak tahu beza antara Wasiat dan Hibah serta kelebihannya klik saja link yang disediakan.

wasap.my/+60149319180/InfoWasiat

WASIAT & PRI-HIBAHJuma'at, 5/5/2023.Klien saya ni dah dijemput secara rasmi untuk menunaikan Haji di tanah suci tahun ni...
06/05/2023

WASIAT & PRI-HIBAH
Juma'at, 5/5/2023.

Klien saya ni dah dijemput secara rasmi untuk menunaikan Haji di tanah suci tahun ni. Alhamdulillah dan tahniah kepada beliau.

Ada pesanan tentang aset2 yang dimiliki dan juga pesanan untuk keluarganya. Selesai sudah kewajipan beliau dalam bab perancangan harta pusaka.

Semuga diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan semua urusan menunaikan haji, diampuni segala khilaf dan dosa serta pulang dengan haji yang mabrurah termasuk kepada bakal haji yang lainnya.

wasap.my/+60149319180/infoWasiat



WASIAT & HIBAHJuma'at, 14/4/2023.Hari ni antara klien yang nak sign Wasiat bulan Ramadhan sebelum cuti panjang selepas h...
15/04/2023

WASIAT & HIBAH
Juma'at, 14/4/2023.

Hari ni antara klien yang nak sign Wasiat bulan Ramadhan sebelum cuti panjang selepas hari raya.

Tabung Haji dah maklumkan kuota haji pada tahun ni lebih kurang 31,000 dan tahniah kepada mereka2 yang telah terpilih untuk menjalani ibadah melengkapi rukun Islam yang ke lima.

Elok menulis Wasiat sebelum ke tanah suci bukan saja dapat melunaskan dosa hutang dunia dan akhirat tetapi dapat melengkapkan ibadah atas tanggungjawab merancang harta pusaka semasa hayat.(Wajib bagi yang ada harta)

Selamat menjalani ibadah dan berbuka puasa di 10 hari terakhir bulan Ramadhan dan semuga menemui LAILATULQADAR.

wasap.com/+60149319180/InfoWasiat




Sabtu, 8/3/2023.Semuga umat Islam menemui LAILATULQADAR yang diimpikan di bulan Ramadhan yang mulia. Selamat berbuka pua...
07/04/2023

Sabtu, 8/3/2023.

Semuga umat Islam menemui LAILATULQADAR yang diimpikan di bulan Ramadhan yang mulia.

Selamat berbuka puasa dan selamat memperingati NUZUL QURAN.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2023.Rabu, 8/2/2023Kami percaya bahawa Wanita Bijak Cakna Hak! Ini kerana Wanita yang bijak ...
07/03/2023

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2023.
Rabu, 8/2/2023

Kami percaya bahawa Wanita Bijak Cakna Hak! Ini kerana Wanita yang bijak meletakkan nilai kewanitaan pada tempatnya.

Wanita kini lebih PEKA dan BANGUN menuntut Haknya secara Tuntas.

ISU HARTA PUSAKAHukum faraid diguna pakai tidak kira status kaya atau miskin.Ramai yang mengaku tidak ada harta.Hatta ba...
02/02/2023

ISU HARTA PUSAKA

Hukum faraid diguna pakai tidak kira status kaya atau miskin.

Ramai yang mengaku tidak ada harta.

Hatta barang kemas bernilai RM500, simpanan bank bernilai RM1,000 dan motorsikal bernilai RM800 pun apabila meninggal nilainya tertakluk kepada hukum faraid.

Hak Bapa(1/6), Ibu(1/6), Suami(1/4), Isteri(1/8), Anak Lelaki(1 bhg dari baki) dan Anak Perempuan(1 bhg dari baki).

Berpesanlah apa yang ada supaya tidak bertelingkah atau nilainya tidak diagih mengikut hukum sebenar.

'Ingat Esok, Ingat Wasiat. Hibah sebelum Rebah'

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

PERSEDIAN SEBELUM POLIGAMIHak Seorang Isteri Dalam Perkahwinan Seperti Berikut :1. Nafkah2. Harta Sepencarian3. Fizikal ...
17/01/2023

PERSEDIAN SEBELUM POLIGAMI

Hak Seorang Isteri Dalam Perkahwinan Seperti Berikut :
1. Nafkah
2. Harta Sepencarian
3. Fizikal atau Emosi dan
4. Harta Pusaka.

Pabila pasangan dah berpisah, suami atau isteri dah tak layak mendapat harta pusaka pasangan masing-masing tetapi anak mereka masih berhak.

Isteri masih boleh tuntut Harta Sepencarian. Anggaran 50% untuk isteri bekerja dan 30% isteri yang tak bekerja.

Walaupun baru berkahwin sebaiknya pasangan suami-isteri adakan perjanjian Harta Sepencarian untuk jimat kos.

Bila bercerai, poligami atau meninggal dah tak perlu lagi turun naik mahkamah untuk menuntut hak masing2 dimana kos guaman yang tinggi dan memakan masa. Kedua pasangan suami-isteri perlu terlibat sama dalam proses menuntut ini.

Setiap isteri perlu prihatin tentang hal ini. Mengikut peguam kami secara berseloroh, kalu isteri tak dapat manfaat dalam perkahwinan lebih baik jangan berkahwin. Mungkin panas tak sampai ke petang. 😊

Untuk makluman Penjaga Harta anak2 di bawah umur masih jatuh kepada bekas suami apabila isteri meninggal.

'Ingat Esok Ingat Wasiat. Hibah sebelum Rebah'

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
012-4200724

Nona Ainol

WASIAT & PRI-HIBAHKhamis, 12/1/23.Klien akan bercuti ke luar negara hari Ahad dan pilih hari ini untuk tandatangan Wasia...
12/01/2023

WASIAT & PRI-HIBAH
Khamis, 12/1/23.

Klien akan bercuti ke luar negara hari Ahad dan pilih hari ini untuk tandatangan Wasiat beliau.

Kebanyakan umat Islam memilih untuk menyebut tentang Hibah daripada Wasiat.

Hakikatnya mereka2 yang telah menulis Wasiat lebih s**a untuk kekal dengannya dari mengambil Hibah.

Ketahui kelebihan dan kekurangan kedua2 kaedah ini dan pilih yang lebih sesuai dari segi hasrat dan bajet.

Ingat Esok Ingat Wasiat. Hibah sebelum Rebah.

ISU HARTA PUSAKASebelum arwah meninggal beliau telah bercerai dengan isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki. Arwah ...
29/12/2022

ISU HARTA PUSAKA

Sebelum arwah meninggal beliau telah bercerai dengan isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki.

Arwah meletakkan Ibunya sebagai Penama dalam akaun KWSP.

Selepas mengambil kesemua wang KWSP, Ibunya maklumkan kepada bekas menantunya yang arwah telah berwasiat wang KWSP kepadanya dan kesemua wang itu adalah haknya.

Penama hanyalah sebagai Pentadbir atau Wakil kepada waris2 Faraid dan Ibu arwah hanyalah Wakil dan tidak berhak untuk mengambil kesemua Wang KWSP. Anak lelaki arwah berhak untuk mendapat bahagian faraidnya.

Ini adalah contoh harta batil dimana wang KWSP tidak diagih mengikut hukum syarak yang sebenarnya.

Tulis Wasiat dan lantik syarikat atau badan Amanah untuk mengurus harta pusaka mengikut prinsip syariah sepenuhnya.

INGAT ESOK INGAT WASIAT. HIBAH SEBELUM REBAH.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Bhd
wasap.my/+60124200724/InfoWasiat

ISU HARTA PUSAKAEn. Saidi meninggalkan isteri pertama dengan 3 anak dan isteri kedua dengan 5 anak. Isteri kedua menjadi...
06/12/2022

ISU HARTA PUSAKA

En. Saidi meninggalkan isteri pertama dengan 3 anak dan isteri kedua dengan 5 anak.

Isteri kedua menjadi Pentadbir dan mengagihkan semua harta pusaka kepada anak-anaknya sahaja. Isteri pertama dan anak-anaknya tak dapat langsung hak mereka.

Mengikut hukum faraid, ayah mendapat 1/6, ibu(1/6), isteri pertama(1/16), isteri kedua(1/16) dan bakinya kepada semua anak2(8 orang). Anak lelaki dapat 2 bahagian dan anak perempuan dapat 1 bahagian dari baki.

Di atas adalah contoh pengagihan harta batil yang tidak mengikut hukum syarak sepenuhnya.

Sebaiknya tulis Wasiat dengan melantik badan Amanah untuk menjadi Pentadbir atau Wasi supaya harta pusaka terurus dengan betul.

ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
One Nis Consultancy
Wasap.my/+0124200724/InfoWasiat

PERLANTIKANAhli Lembaga Pengarah serta warga kerja as-Salihin Trustee Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah k...
03/12/2022

PERLANTIKAN

Ahli Lembaga Pengarah serta warga kerja as-Salihin Trustee Berhad merakamkan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Haji Mokhtar yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Penasihat Syariah kami.

Atas pelantikan sebagai Menteri Agama.







ANIS
Perunding
Harta Pusaka Islam
wasap/+0124200724/InfoWasiat

Address

Kelana Jaya
Petaling Jaya
52200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wasiat, Hibah, Urus Pusaka ANIS:

Share