Estate Of Babah

Estate Of Babah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Estate Of Babah, Estate Planning Lawyer, melaka, Malacca City.

Syarat penerima Wasiat ✍️🤠- Penerima tertentu atau di ketahui👥️- Mempunyai keahlian memiliki🗣- Perbezaan agama tiada hal...
25/01/2026

Syarat penerima Wasiat ✍️🤠

- Penerima tertentu atau di ketahui👥️
- Mempunyai keahlian memiliki🗣
- Perbezaan agama tiada halangan🫂
- Sah wasiat kepada anak yang masih dalam kandungan.👶



🗣 Waris datang bertanya tentang Harta 🚘🏡yang sudah dijual oleh ayah🧔 beliau ketika masih hidup tetapi tidak sempat di la...
23/11/2025

🗣 Waris datang bertanya tentang Harta 🚘🏡yang sudah dijual oleh ayah🧔 beliau ketika masih hidup tetapi tidak sempat di laksanakan pertukaran nama di dalam Geran daftar Hakmilik Tanah tersebut.

👥️ Lazimnya penjualan harta seperti tanah atau rumah dibuat tanpa pindahmilik ini berlaku diantara si ayah 🧔 dengan pembeli mempunyai hubungan pertalian darah. Contoh pangkat sepupu atau pakcik sedara.

Adakalanya penjualan harta tersebut oleh si ayah🧔 diuruskan tanpa melalui dokumen-dokumen penting bagi membolehkan pertukaran nama di dalam geran boleh di laksanakan, seperti dokumen Perjanjian jual beli & instrument suratcara 14A (Borang pindahmilik)🫆.

Dalam keadaan ini Waris di nasihatkan supaya mengambil mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik dengan mendapatkan bukti di mana memang betul si ayah🧔 pernah menjual harta tersebut kepada pembeli dan transaksi jual beli telah berlaku pada waktu itu.

Jika waris sudah mendapat kebenaran hendaklah waris-waris 🫂 memberi hak pemilikan kepada pembeli tadi dengan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pembeli itu tadi.

Ahli waris hendaklah berlapang dada 🫂 dan mengembalikan hak pemilikan harta tersebut kepada pembeli.

Waris yang baik akan menjadi teladan dan menjadi rujukan kepada ahli keluarga 👨‍👩‍👦‍👦 lain tentang nilai kerjasama dan berlapang dada dalam pengurusan harta pusaka.

Insyaallah muafakat membawa berkat♥️.



Tak salah cari rezeki dan bina kehidupan yang selesa, tapi jangan sampai lupa tujuan hidup yang sebenar. Harta dan kekay...
22/11/2025

Tak salah cari rezeki dan bina kehidupan yang selesa, tapi jangan sampai lupa tujuan hidup yang sebenar.

Harta dan kekayaan dunia itu ujian, bukan matlamat akhir. Yang kekal cuma apa yang kita beri (infak), bukan apa yang kita simpan (tinggalkan). 🛥🏡🐐🛵🚘💰🪙

Syarat-syarat sah Wakaf Pertama - Harta atau aset yang diwakafkan itu adalah benda yang boleh ditentukan dan boleh diman...
21/11/2025

Syarat-syarat sah Wakaf

Pertama - Harta atau aset yang diwakafkan itu adalah benda yang boleh ditentukan dan boleh dimanfaatkan serta kekal zatnya. Juga harta atau aset itu hak milik pewakaf.

Kedua - Hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati selama-lamanya seperti fuqara orang yang miskin atau masjid-masjid.

Ketiga - Wakaf itu bukan untuk perkara larangan syarak.

Keempat - Hendaklah dijelaskan hala tuju wakaf.

Kelima - Wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta.

Keenam - Beriltizam atau berkuat kuasa (tanpa berdolak dalik). Ertinya tidak ada rasa khiyar bagi diri pewakaf untuk mengekalkan wakafnya atau tidak ingin merujuk semula daripada apa yang telah diwakafkan itu.

-Bakri

19/10/2025
19/10/2025

Wasiat adalah tanggungjawab si mati,
Tapi keikhlasan dan reda adalah pilihan si hidup.

18/10/2025

Last call sebelum cuti hari Deepavali.

Carian Rasmi (Official Search).

Permohonan carian rasmi di Pejabat Tanah untuk melihat status hartanah (sama ada terdapat sekatan, bebanan, dsb.).

Penting untuk pastikan hartanah itu boleh dipindah milik....



"Berwasiat dan memberi hibah adalah satu amalan bijak dan berpandangan jauh dan sangat di galakkan oleh agama Islam." Ia...
18/10/2025

"Berwasiat dan memberi hibah adalah satu amalan bijak dan berpandangan jauh dan sangat di galakkan oleh agama Islam."

Ia bukan sahaja dituntut dari segi agama, malah membantu melancarkan pengurusan harta pusaka, mengurangkan tekanan kepada waris, dan mengekalkan keharmonian keluarga selepas kematian....



Insrumemt atau Dokumen Hibah dan wasiat salah satu kaedah yang penting untuk memastikan harta dibahagikan dengan cara ya...
14/10/2025

Insrumemt atau Dokumen Hibah dan wasiat salah satu kaedah yang penting untuk memastikan harta dibahagikan dengan cara yang adil dan mengikut kehendak pemiliknya tanpa berlaku perselisihan atau pertikaian selepas kematian.

Bila semuanya sudah ditentukan lebih awal, ahli keluarga yang ditinggalkan pun tak perlu berhadapan dengan konflik yang boleh merosakkan hubungan antara mereka.

Jika ada berlaku perbalahan, yang paling terkesan adalah mereka yang masih hidup, sebab mereka terpaksa melalui proses yang panjang, manakala yang sudah meninggal dunia tak ada lagi apa-apa urusan duniawi.

Penting untuk kita selesaikan hal-hal macam ni semasa masih ada waktu, supaya waris-waris kita yang akan datang tak terbeban dengan masalah yang sebenarnya boleh dielakkan.

Nak mula merancang dengan hibah dan wasiat❓️

Nak saya bantu untuk merancang hibah dan wasiat❓️

Mari kita mulakan segera.




Address

Melaka
Malacca City
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Estate Of Babah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share