02/02/2026
ππ»
Dr Murad, dari banduan akhir ke pentas PhD
Korang rasa korang dah diuji paling teruk? Ingatlah Malik atau dikenali sebagai Dr Murad ni bermula dengan ujian yang sangat perit tapi dia berusaha untuk mengubah kehidupan yang gelap dengan cahaya bergemerlapan.
Korang rasa Dr Murad teruk diuji sebab dipenjara? Tapi kisah lebih sadis dari sebelum itu. Pada usia 14 tahun jauh di negeri Sabah. Hanya percaya mahu mengubah nasib hidup, beliau nekad mengikuti seorang lelaki yang baru dikenali sebagai ejen mencari pekerjaan.
Masa tu Murad dijanjikan gaji RM800 sebulan. Dia meminta izin kepada kedua orang tuanya untuk bekerja di Semenanjung. Namun hasrat itu ditolak, pertama dia masih muda dan bawah umur, kedua tiada orang yang dikenali di sana dan ketiga mereka risau Murad ditipu.
Sampai di Kuala Lumpur pada tahun 2001, Murad dan 8 orang rakannya berbunga-bunga hati melihat ibu kota metropolitan yang kononnya akan mengubah hidup mereka.
Pekerjaan pembuat kek hanya rekaan. Mereka ditipu. Murad dan rakan-rakannya dipaksa menjadi pekerja tanpa gaji. Semua dokumen p**a telah dipegang majikan. Mereka dipukul jika tidak menurut perintah, kerja lebih masa sehingga pukul 12 malam. Murad yang pada ketika itu masih mentah tidak mengetahui sandiwara dunia, mula menyesali keputusannya.
Setelah bekerja selama 5 bulan. Pada satu malam, selepas p**ang dari bekerja hampir pukul 12 malam. Dia berdiri di ruang tamu, Murad terlihat pintu grill terbuka. Peluang terbuka luas untuk lari dari 'neraka' itu, detik hatinya.
Akhirnya dia nekad hendak melarikan diri. Tapi malangnya, muncul majikannya dan memukulnya berulang kali kerana tahu niatnya mahu melarikan diri. Dia dengan tak sengaja mengambil pis@u dan menik@m majikannya berulang kali di perut.
Beliau sempat mengambil dokumen dan duit dari majikannya sebelum lari menuju ke lapangan terbang. Murad membeli tiket flight ke Sabah. Jadual penerbangan paling awal pada pada pukul 6 pagi. Murad menunggu dengan rasa bersalah dan takut. Ketika hendak masuk ke dalam flight. Murad ditahan dan ditangkap polis.
Beliau sepatutnya dijatuhi hukvm g@ntung sampai m@ti atas kesalahan membvnvh. Majikannya telah m@ti akibat tikam@n berulangkali. Tapi dengan kisah yang terjadi kepadanya akibat tekanan dan penderaan dari mangsa, Murad menjadi banduan Tahanan Limpahan Sultan yang bermaksud tiada hukuman g@ntung tetapi tiada tarikh pasti untuk Murad keluar dari penjara. Seperti gantung tanpa tali.
Tapi episod malang ini menjadikan Murad menemui jalan hidupnya. Sebelum ke penjara, dia merupakan seorang non-muslim tetapi telah masuk Islam ketika dipenjara. Beliau juga belajar hanya sampai darjah 6 itu pun katanya masih tak pandai membaca. Murad sedar belajar boleh dilakukan dimana2 walaupun diri terpenjara, bukan halangan untuk dia mendapatkan sijil SPM, STPM, Degree, Master dan PhD.
Belajar dalam penjara kena tanggung sendiri ye. Tapi nasib Murad cukup baik.
SPM dan STPM bayaran yuran menggunakan bantuan Mualaf.
Degree menggunakan duit dermasiswa daripada OUM.
Master p**a di taja oleh seorang yang tidak dikenalinya. Menurutnya, orang tersebut memberinya RM34,000 untuk bayaran yuran pembelajaran dan dia menghilang tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
PhD p**a di sponsor sepenuhnya oleh OUM.
Selepas 24 tahun dalam penjara, Murad telah mendapat pengampunan Sultan. Siapa sangka kini beliau bebas dan p**ang ke pangkuan keluarga di Sabah.
Detik hitam dalam hidup Murad merubah dirinya dengan tekad dan taubat dia menjadi ilmuwan yang mengenal Tuhanya.
Tahniah Dr Murad! Pasti ada peluang kedua dalam hidup. Bukan orang lain, kita sendiri yang kena ciptakan!