Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu-

  • Home
  • Malaysia
  • Kuala
  • Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu-

Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu- Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu-, Divorce & Family Lawyer, Lot 5153, 1st Floor, Blok A, Dataran Emas, Jalan Sultan Ismail, Kuala.

Membantu orang awam yang memerlukan nasihat guaman bagi kes-kes syariah, antaranya isu perkahwinan, pertunangan, cerai, rujuk, harta pusaka/faraid, harta sepencarian, hibah, wasiat dan lain-lain kes di Mahkamah Syariah

Majlis Pembukaan Perundangan Syariah & Penyampaian Siiil Amalan Guaman Syarie Terengganu 2026Terima kasih buat MAIDAM & ...
15/02/2026

Majlis Pembukaan Perundangan Syariah & Penyampaian Siiil Amalan Guaman Syarie Terengganu 2026

Terima kasih buat MAIDAM & Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu atas majlis khas yang julung kalinya diadakan bagi meraikan kami para pengamal undang-undang syariah di Terengganu


14/07/2025

โœจ Alhamdulillah, 20 Tahun Firma SKM โœจ

Hari ini genap 20 tahun Firma SKM berkhidmat untuk anda semua.

Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur kami atas sokongan dan kepercayaan anda selama ini. Dari awal penubuhan sehingga hari ini, setiap langkah perjalanan kami tidak akan berlaku tanpa doa, kepercayaan, dan sokongan anda semua.

Terima kasih kerana memilih kami sebagai firma guaman syarie anda dalam menguruskan urusan dan cabaran hidup yang penuh ujian. Terima kasih kerana memberi ruang untuk kami membantu anda mendapatkan keadilan, menyelesaikan masalah, dan memberi ketenangan dalam urusan anda.

Doakan kami terus istiqamah memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk semua. Semoga hubungan ini terus berkekalan dan diberkati oleh Allah SWT.

๐Ÿ’š Dengan penuh penghargaan

Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates (Terengganu)

ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑู„ุง ุฅู„ูŽู‡ูŽ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‘ู‡ุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑ ูˆู„ูู„ู‘ู‡ ุงู„ุญู…ุฏูŽSelamat menyambut Aidil Fit...
30/03/2025

ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑ
ู„ุง ุฅู„ูŽู‡ูŽ ุงู„ุง ุงู„ู„ู‘ู‡ุŒ ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑ
ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูƒุจุฑ ูˆู„ูู„ู‘ู‡ ุงู„ุญู…ุฏูŽ

Selamat menyambut Aidil Fitri daripada kami, partner Messrs. Shazril Khairy Mustafa & Associates Cawangan Terengganu.

Maaf Zahir & Batin

ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ









MARHABAN YA RAMADHANSELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2025 Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan, dan kekuatan ...
01/03/2025

MARHABAN YA RAMADHAN

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN 2025

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keberkatan, dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada agama dan masyarakat.

Selamat Berpuasa . Tingkatkan Amal Ibadat !

3.10.2024 MENGHADIRI BENGKEL GUAMAN SYARIE TERENGGANU (BEGS-T)Program di sampaikan oleh Tuan Haji Mukhtar Bin Abdullah.A...
04/10/2024

3.10.2024

MENGHADIRI BENGKEL GUAMAN SYARIE TERENGGANU (BEGS-T)

Program di sampaikan oleh Tuan Haji Mukhtar Bin Abdullah.

Anjuran : Persatuan Peguam Syarie Terengganu

Jika isteri memohon cerai, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami dari sudut undang-undang syariah di Malaysia...
25/09/2024

Jika isteri memohon cerai, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami dari sudut undang-undang syariah di Malaysia:

1. Jenis-jenis Cerai:-

Cerai Talak: Suami melafazkan cerai kepada isteri. Isteri boleh meminta suami untuk menceraikannya dengan talak.

Tebus Talak (Khuluโ€™): Isteri boleh memohon cerai dengan membayar sejumlah pampasan kepada suami, dengan persetujuan suami.

Fasakh: Isteri boleh memohon cerai melalui mahkamah jika terdapat sebab-sebab yang sah seperti keganasan, kezaliman, tidak mampu memberi nafkah, atau suami hilang tanpa berita.

2. Proses di Mahkamah Syariah:-

Isteri perlu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah.

Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk kedua-dua pihak hadir bagi proses pendengaran.

Sekiranya terdapat persetujuan antara suami dan isteri, proses boleh menjadi lebih cepat. Jika tidak, mahkamah akan mendengar keterangan kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan.

3. Hak-hak Selepas Cerai:-

Nafkah Iddah: Suami perlu memberikan nafkah kepada isteri sepanjang tempoh iddah.

Hak Penjagaan Anak (Hadhanah): Mahkamah akan menentukan siapa yang layak menjaga anak mengikut kepentingan terbaik anak.

Nafkah Anak: Suami masih bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak walaupun selepas bercerai.

Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam syarie

27/06/2024

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ท๐‘จ ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘จ๐‘ต

๐‘ด๐‘จ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ด๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ, ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต-๐‘น๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ด ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฌ๐‘ต

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐’€๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฌ & ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฏ๐‘จ๐’๐‘น๐‘ฐ๐‘ณ ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฐ๐‘น๐’€ ๐‘ด๐‘ผ๐‘บ๐‘ป๐‘จ๐‘ญ๐‘จ & ๐‘จ๐‘บ๐‘บ๐‘ถ๐‘ช๐‘ฐ๐‘จ๐‘ป๐‘ฌ๐‘บ ๐‘บ๐‘ฒ๐‘ด ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ช๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ช๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต๐‘ผ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป 27 ๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต 2024 ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฏ

Assalamualaikum wbt. Untuk makluman semua, kebelakangan ini kami mendapat aduan daripada beberapa rakan Peguam Syarie Terengganu yang mana terdapat individu yang mengaku beliau merupakan partner SKM sedangkan beliau bukan Peguam Syarie atau pelatih dalam kamar di firma SKM.

Oleh itu, selain daripada nama-nama di bawah, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas segala urusan melibatkan kes dan apa-apa transaksi. Harap maklum.

Peguam Syarie
1. Abdul Kahar Bin Hamzah
2. Muhammad Sufian Bin Awang
3. โ Nik Syahrul Nazreen Bin Abdul Rahman
4. โ Wan Nur Dayini Izzati Bt Wan Mohd Izani

Pelatih Dalam Kamar
1. Muhammad Noor Amin Bin Razak
2. Muhamad Nur Syafiq Aiman Bin Mohd Fauzi
3. Nurul Syazwani Bt Yusuf@ Chua Chun Chai
4. Tengku Nur Aida Hana Bt Tengku Abdul Halim
5. Muhammad Rizuan bin Makhetar

Pihak kami tidak bertanggungjawab kepada individu-individu yang menggunakan nama SKM tanpa kebenaran pihak kami.

๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’๐’‚๐’“,
๐‘จ๐’ƒ๐’…๐’–๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“ ๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’›๐’‚๐’‰
๐‘ฒ๐’†๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ช๐’‚๐’˜๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘บ๐‘ฒ๐‘ด ๐‘ป๐’†๐’“๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’๐’–

29/04/2024

PERKAHWINAN LUAR NEGARA YANG TIDAK DIDAFTARKAN DI DALAM NEGARA MEMBERI KESAN UNTUK DAFTARKAN NAMA ANAK-ANAK

Pendaftaran perkahwinan di pejabat agama amat penting bagi mereka yang telah melangsungkan akad nikah di luar negara, lazimnya kebanyakan rakyat Malaysia melangsungkan pernikahan di Thailand.

Sebab utama perlu didaftarkan adalah untuk memastikan pernikahan luar negara tersebut adalah sah mengikut hukum syarak kerana tidak semua pernikahan di luar negara tersebut sah terutama mereka yang menggunakan khidmat sindiket.

Maka, wajib selepas untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat agama yang berdekatan dengan alamat tempat tinggal pemohon. Pejabat agama akan siasat terlebih dahulu, kemudian pejabat agama akan keluarkan satu surat iringan untuk pemohon failkan pengesahan perkahwinan di luar negara di Mahkamah Syariah dan Bahagian Penguatkuasaan bagi tujuan denda.

Pemohon akan menghadapi pelbagai prosedur-prosedur untuk memberikan keterangan dan mengemukakan pembuktian di hadapan Mahkamah Syariah. Sekiranya mahkamah berpuashati mengenai sahnya perkahwinan itu mengikut hukum syarak maka mahkamah akan keluarkan satu perintah dan pasangan perlu mendaftarkan nikah di pejabat agama untuk dapatkan surat nikah Malaysia. Sekiranya tidak sah, maka perkahwinan tersebut mesti di faraqkan.

Isu di dalam video : anak tidak dapat di โ€œbin atau bintiโ€ kan kepada bapa disebabkan perkahwinan ibu bapa di Thailand yang tidak di daftarkan di pejabat agama.

AMBIL PERHATIAN, penting buat mereka yang sudah melangsungkan perkahwinan di Thailand atau merancang untuk berkahwin di luar negara AMBIL BERAT untuk daftarkan perkahwinan selepas balik ke Malaysia. Jangan di sebabkan kesilapan kita anak jadi mangsa.

Bukan itu sahaja, antara KESAN LAIN sekiranya perkahwinan di luar negara tidak di daftarkan di Malaysia adalah :-

i. Tiada sebarang rekod pernikahan di mana-mana pejabat agama Islam di Malaysia.

ii. Menyukarkan membuat sijil kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.

iii. Menyukarkan proses pendaftaran persekolahan anak kerana setiap pendaftaran tahun 1 perlu kepada sijil nikah ibu bapa.

iv. Menyukarkan proses sebarang tuntutan di mahkamah bersabit dengan urusan pernikahan, penceraian atau tuntutan harta kerana tidak mempunyai sijil nikah Malaysia.

v. Isteri digantung tidak bertali tetapi tidak boleh menuntut haknya di Mahkamah Syariah.

vi. Anak-anak tidak mempunyai Sijil Lahir, akibatnya anak-anak tersebut terjebak dengan masalah sosial kerana tidak boleh bersekolah di sekolah aliran perdana.

Kesimpulannya, bagi pasangan-pasangan yang sudah melangsungkan perkahwinan luar negara, anda perlu bertindak segera untuk mendaftarkan pernikahan di Malaysia. Jangan tangguh-tangguh, mohon fikir untuk masa akan datang, jangan SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH. Bagi mereka yang sedang hadapi masalah ini mohon dapatkan nasihat undang-undang daripada Pakar Undang-undang yang bertauliah.





Address

Lot 5153, 1st Floor, Blok A, Dataran Emas, Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134853258

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu- posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie: Shazril Khairy Mustafa & Associates - CawanganTerengganu-:

Share