Rafique Rashid Fan Club

Rafique Rashid Fan Club PERLEMBAGAAN NEGARA

22/09/2026

BUBAR.

22/09/2026

Kita harapkan pada 30 Sept 2026 tiada tangguhan lagi setelah semalam ditangguhkan.

BERANI KERANA BENAR.

Nota tarikh baru....

*PEMAKLUMAN MEDIA*

Kes Sivil

MUHAMMED YUSOFF RAWTHER v DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

Permohonan di bawah Lampiran 186 yang ditetapkan esok 21.09.2026 pada jam 4.30petang di Mahkamah Tinggi NCVC 12 Kuala Lumpur *DIJADUALKAN SEMULA* ke tarikh 30.09.2026 jam 9pagi.

Pihak-pihak telah diarah untuk hadir pada tarikh berikutnya.

Sekian.

20.09.2026
Law Practice of Rafique
Peguambela & Peguamcara

Perpatah Melayu ada menyebut..."CARILAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CHINA".
21/09/2026

Perpatah Melayu ada menyebut...

"CARILAH ILMU SAMPAI KE NEGERI CHINA".

TANGGUH LAGI.*PEMAKLUMAN MEDIA*Kes Sivil MUHAMMED YUSOFF RAWTHER v DATO SERI ANWAR IBRAHIM.Permohonan di bawah Lampiran ...
20/09/2026

TANGGUH LAGI.

*PEMAKLUMAN MEDIA*

Kes Sivil

MUHAMMED YUSOFF RAWTHER v DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

Permohonan di bawah Lampiran 186 yang ditetapkan esok 21.09.2026 pada jam 4.30petang di Mahkamah Tinggi NCVC 12 Kuala Lumpur *DIJADUALKAN SEMULA* ke tarikh 30.09.2026 jam 9pagi.

Pihak-pihak telah diarah untuk hadir pada tarikh berikutnya.

Sekian.

20.09.2026
Law Practice of Rafique
Peguambela & Peguamcara

19/09/2026

BIADAP YANG SULIT DITEGUR.

Macam tu saja mempersendakan Agama.. Rukun Negara . Admin tak pasti dari Negara mana. Mungkin dalam Malaysia. Kemungkinan juga dari Singapore. Jika benar.. Tak heranlah kerana kerap kita melihat dipentas ramai pelawak mereka menjadikan Malaysia sebagai CONTOH bahan lawak mereka.

Hinggakan sesuatu yang amat sensitif juga boleh di buat LAWAK BODOH.

APA TINDAKAN KERAjaan MALAYSIA.??? BUAT BODOH PADA PELAWAK BODOH.??

ARSENIK KRONIK DAN HIV.Pada potcast pertama ANOA menceritakan kononnya dipukul setengah mati. Namun tidak menceritakan k...
19/09/2026

ARSENIK KRONIK DAN HIV.

Pada potcast pertama ANOA menceritakan kononnya dipukul setengah mati. Namun tidak menceritakan kejadian menimpanya yang lebih ngeri.

Moga ada sorotan potcast kedua ANOA menceritakan kejadian itu. Mungkin Kali kedua nanti ramai rakyat Malaysia yang mendengar akan berjurai airmata kerana ANOA mampu melawan racun Arsenik kronik dan HIV hingga boleh hidup sampai hari ini. Anak anak muda zaman sekarang juga mungkin nak sangat tahu.

TAHANAN RUMAH BERSYARAT1.Budibicara dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah terkandung dalam Perlembaga...
19/09/2026

TAHANAN RUMAH BERSYARAT

1.Budibicara dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormatii semua pihak.

2. Institusi Raja-Raja Melayu memegang kuasa prerogatif yang mutlak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai Lembaga Pengampunan.

3.Kuasa ini adalah non-justiciable—tidak boleh dicabar, dipertikai, atau diheret ke mana-mana mahkamah. Ini adalah paksi kedaulatan undang-undang kita yang mesti diterima semua pihak dengan berlapang dada.

4.Namun, rakyat perlu faham bahawa isu "tahanan rumah" adalah perkara berbeza daripada pengampunan mutlak.

5.Sehingga hari ini, tiada satu pun peruntukan khusus atau akta nyata di dalam sistem perundangan negara yang memperuntukkan hukuman berbentuk tahanan rumah untuk mana-mana pesalah.

6.Cuma yang wujud sedia ada hanyalah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 berkaitan kuasa Menteri Dalam Negeri untuk isytihar mana-mana kawasan atau premis sebagai "penjara", tetapi ia tidak pernah direka untuk memberi layanan istimewa secara terpilih.

7.Kuasa memberi lesen pelepasan dibawah Seksyen 43 Akta yang sama pada mana-mana banduan samada oleh Menteri atau Komisioner Jeneral Penjara p**a mestilah juga adil dan dilaksana dengan konsep keadilan.

8.Kerajaan tidak boleh sesekali menghalang rasa musykil serta hak bersuara rakyat. Di bawah prinsip demokrasi, rakyat berhak mendapat penjelasan apabila melihat wujudnya kelonggaran yang meragukan.

9.Menutup mulut rakyat daripada mempersoalkan pelaksanaan undang-undang adalah satu bentuk kezaliman pentadbiran. Hak bersuara dan keluh-kesah masyarakat wajib didengar.

10.Peguam Negara selaku penasihat undang-undang tertinggi Kerajaan, bersama Menteri Dalam Negeri selaku peneraju keselamatan, wajib tampil menjelaskan perkara ini secara telus.

11.Jabatan Penjara Malaysia berada di bawah kelolaan dan menurut arahan dari Kementerian Dalam Negeri. Seorang Menteri Dalam Negeri mempunyai kewajipan untuk tahu dan faham tentang peranan dan tugasnya bagi memastikan tiada batas undang-undang dilanggar mahupun memastikan tidak ada sebarang ketidakpastian dari segi undang-undang.

12.Pada waktu dan ketika ini apabila wujud kekaburan tentang isu tahanan rumah bersyarat, Menteri Dalam Negeri hendaklah melaksanakan tindakan sewajarnya agar tidak timbul persoalan -persoalan lain kelak.

13..Apakah syarat-syarat ketat yang melayakkan seseorang mendapat tahanan rumah? Apakah syarat-syarat yang dikhususkan? Bagaimanakah proses tapisan dan mekanismenya dilakukan?

14.Rakyat tidak mahu melihat tahanan rumah bersyarat ini dikenakan atau diguna pakai semata-mata demi memuaskan hati kelompok elit politik tertentu.

15.Kerisauan paling utama masyarakat hari ini adalah keruntuhan moral undang-undang. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin hak sama rata iaitu semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan dan layanan undang-undang yang sama rata.

16.Jika tahanan rumah dilaksanakan tanpa garis panduan yang telus, ia akan mewujudkan persepsi dwi-standard yang parah, undang-undang tegas untuk rakyat marhaen, tetapi pengenaan undang-undang yang lunak dan selesa untuk golongan kayangan.

17.Tugas Peguam Negara dan Menteri Dalam Negeri juga adalah untuk menerangkan bahawa sistem Kehakiman negara ini tidak wajar dipersalahkan. Tugas kehakiman telah selesai sebaik sahaja mahkamah samada pada tahap perbicaraan mahupun rayuan melupuskan mana-mana kes.Sistem kehakiman kita juga perlu dihormati.

18.Keadilan bukan sahaja perlu dijalankan, tetapi ia mesti dilihat telah dijalankan.

Rafique Rashid
Ketua Penerangan Pejuang
19.09.2026

PENYULAP1. Wah, bukan main hebat sungguh lakonan PMX kali ini yang menyayat hati untuk tatapan kita semua.2. Sekali lagi...
17/09/2026

PENYULAP

1. Wah, bukan main hebat sungguh lakonan PMX kali ini yang menyayat hati untuk tatapan kita semua.

2. Sekali lagi tirai dibuka. Kita lihat Perdana Menteri seolah-olah turut bersedih bersama rakyat kerana bil elektrik yang makin membebankan. Katanya dia terkejut. Katanya dia sangat prihatin.

3. Terus dipanggil “mesyuarat khas tergempar” dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Tenaga. Arahan dikeluarkan. Tindakan segera diminta. Kononnya rakyat mesti diberi kelegaan.

4. Dia salahkan cuaca panas dan jerebu p**a asbab bil elektrik anda mencanak naik. Menarik sungguh persembahannya. Sampai rasa macam nak hulurkan tisu.

5. Tapi jangan keluarkan sapu tangan dulu. Kalau kita tengok betul-betul bagaimana sistem pentadbiran negara ini berfungsi, kita akan sedar bahawa kita sebenarnya sedang dipermainkan satu ilusi oleh seorang penyulap yang cukup handal. Pelakon.

6. Naratif yang kerajaan Madani mahu rakyat percaya sebenarnya mudah.

7. TNB digambarkan sebagai gergasi korporat yang tamak. Suruhanjaya Tenaga p**a pengawal selia yang tidak berhati perut. Kemudian muncul PMX sebagai “adiwira” yang datang pada saat akhir untuk menyelamatkan poket rakyat. Itulah ilusinya.

8. Tapi mari kita tengok realiti sebenar.

9. Pertama, TNB bukanlah sebuah syarikat yang bergerak sendiri dengan sesuka hati. Ia sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Jadi persoalannya, sejauh mana kerajaan sendiri mempunyai pengaruh dalam struktur itu?

10. Kedua, Suruhanjaya Tenaga juga tidak boleh sesuka hati menaikkan tarif. Di bawah Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990, perubahan tarif memerlukan kelulusan kerajaan melalui menteri yang berkaitan.

11. Ketiga, Anwar Ibrahim bukan sekadar Perdana Menteri. Beliau juga Menteri Kewangan.

12. Jadi janganlah digambarkan seolah-olah kerajaan langsung tidak ada kaitan dengan sistem yang sedang membebankan rakyat ini.

13. Caj pelarasan bahan api yang mula terasa apabila penggunaan elektrik meningkat sedikit, contohnya bila penghawa dingin terpaksa digunakan lebih lama ketika cuaca panas, bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba. Ia sebahagian daripada struktur dasar yang diluluskan oleh pentadbiran kerajaan sendiri.

14. Bahasa mudahnya begini: kerajaan meluluskan sistem yang membolehkan bil anda meningkat, kemudian kerajaan yang sama mahu dipuji kerana kononnya sedang menyiasat kenapa bil anda menjadi tinggi.

15. Kalau skrip ini terasa macam pernah kita tengok, memang betul. Cerita yang hampir sama berlaku dalam isu subsidi petrol.

16. Ingat lagi ucapan penuh simpati? Ingat lagi bagaimana kita diberitahu bahawa langkah sukar perlu dibuat demi tanggungjawab fiskal? Ingat lagi cerita Selat Hormuz?

17. Dia tampil sebagai pemimpin yang kononnya berat hati, terpaksa membuat keputusan yang menyusahkan rakyat kerana keadaan pasaran dunia. Rakyat diminta faham, bersabar dan bersimpati. Tetapi apabila kemarahan rakyat semakin kuat, pendekatan terus berubah.

18. Tiba-tiba watak “reformist yang bertanggungjawab” bertukar semula menjadi “pelindung rakyat”. Kemudian dikatakan sistem subsidi bersasar telah melindungi sebahagian besar pengguna domestik daripada kesan kenaikan.

19. Sampai bila kita mahu menerima corak seperti ini? Pemimpin sebenar bertanggungjawab terhadap dasar yang dilaksanakan. Kalau sistem utiliti negara distruktur semula, kesannya juga perlu dipikul dan dijelaskan.

20. Tetapi yang kita lihat sekarang ialah seorang Perdana Menteri yang mengkehendaki kuasa besar dalam menentukan hala tuju kewangan negara, tetapi apabila kesan dasar mula menekan isi rumah biasa akibat keputusan dia, batu kesalahan itu cuba dikalih.

21. Dia bukan orang luar yang sedang melawan kebobrokan sistem bagi pihak anda. Dia adalah sistem itu.

22. Jadi selepas ini, apabila anda membaca kenyataan media bahawa PMX sangat risau tentang kos sara hidup rakyat, jangan terus terpedaya dengan persembahan itu. Dia bukan semestinya penyelamat anda. Dasar kerajaannya sendiri mungkin sebahagian daripada sebab anda berada dalam keadaan tersebut.

23. Pendek kata, dia ibarat orang yang meluluskan harga itu, dialah yang memegang mancis sambil berpura-pura cuba memadam api.

Rafique Rashid
17.09.2026

16/09/2026

Alumni tersohor Universiti Malaya YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan graduan Ijazah Perubatan dan Pembedahan (MBBS) Kolej Perubatan King Edward VII (1953).

Bersempena dengan sambutan ulang tahun Universiti Malaya ke-121, beliau sempat meluangkan masa menitipkan ucapan dan harapan beliau terhadap institusi keramat negara ini.

PERJUANGAN BELUM SELESAI.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rafique Rashid Fan Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share