Kesatuan Air Selangor

Kesatuan Air Selangor Tujuan utama penubuhan kesatuan adalah untuk menjadi gabungan yang memperjuangkan kepentingan dan kebajikan pekerja.

Ini bermakna ia menjadi satu medium yang menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi oleh pekerja atau majikan.

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga KESAiS. Alhamdulillah pagi ini saya dan barisan AMT Kesatuan Ai...
23/09/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga KESAiS. Alhamdulillah pagi ini saya dan barisan AMT Kesatuan Air Selangor telah hadir untuk sesi kunjung hormat kepada HOD Customer Experience Department Tuan Hj Mohd Yunus Othman . Terima kasih Pihak CXD menyambut kehadiran kami. Banyak perkongsian dan pendapat telah dibincangkan bersama pada sesi ini untuk kredit tambah nilai kepada kebajikan wargakerja Air Selangor dan nama baek syarikat. Semoga perkara2 yg telah dan bakal dirancang ini akan direalisasikan bersama diantara jabatan CXD dan KESAiS. Semoga perjumpaan ini akan berterusan di masa akan datang untuk sama2 memberikan peranan dalam memastikan visi dan misi syarikat dalam menjadi pengurusan perkhidmatan air terulung dirantau ini dapat dicapai.

Presiden KESAiS
Syed Alias




Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga Kesatuan Air Selangor . Alhamdulillah pagi ini saya dan barisan...
21/09/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga Kesatuan Air Selangor . Alhamdulillah pagi ini saya dan barisan AMT telah hadir ke HQ wisma pantai untuk perjumpaan dan perbincangan diantara kesatuan, wakil wakil dari pengurusan Air Selangor , wakil broker dan vendor insurance mengenai perkara² berbangkit yg telah kita kumpulkan. Perbincangan berjalan dgn harmoni dimana beberapa perkara telah dikenal pasti sebagai perkara yg perlu tindakan segera disamping memberi cadangan² penambahbaikan untuk servis insurance wargakerja dimasa hadapan. Semoga perjumpaan sebegini dpt dilakukan secara berkala untuk memastikan servis vendor berada di tahap memuaskan dan memudahkan pencarum. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat

Presiden KESAiS
Syed Alias

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga KESAiS. Alhamdulillah pagi ini saya selaku presiden KESAiS, tim...
17/09/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada seluruh warga KESAiS. Alhamdulillah pagi ini saya selaku presiden KESAiS, timb presiden dan bendahari telah hadir untuk perjumpaan berkala bersama tuan CEO Pengurusan Air Selangor tuan Adam Saffian Ghazali beserta wakil pengurusan HR. Banyak perkara dan perkongsian maklumat telah dibincangkan khususnya perkara2 yg boleh menjadi nilai penambahbaikan kepada seluruh wargakerja dan pihakn pengurusan dalam suasana perbincangan harmoni dua hala diantara pihak pengurusan dan Kesatuan Air Selangor . Semoga hubungan harmoni ini akan terus memberi manfaat kepada seluruh wargakerja Pengurusan Air Selangor khususnya warga KESAiS selaras untuk bersama kita mencapai visi dan misi syarikat utk menjadi pengurusan perkhidmatan air terulung dirantau ini.

Presiden KESAiS
Syed Alias



🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 SEPTEMBER 2026🌺 Bersatu Teguh, Malaysia Sejahtera 🌺Keluarga besar Kesatuan Pekerja-Pe...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
16 SEPTEMBER 2026

🌺 Bersatu Teguh, Malaysia Sejahtera 🌺

Keluarga besar Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAiS) mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh ahli KESAiS, warga Air Selangor serta seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia bukan sekadar memperingati pembentukan Malaysia, tetapi menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan kekuatan kita sebagai sebuah bangsa yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Sebagai warga KESAiS, marilah kita terus memperkukuhkan semangat setiakawan, solidariti dan kesatuan, saling menghormati serta bersama-sama memperjuangkan kebajikan dan masa depan warga pekerja.

💪 Kita mungkin berbeza latar, tetapi kita satu perjuangan.
🤝 Kita mungkin berbeza pandangan, tetapi kita tetap satu keluarga.
🇲🇾 Kita bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyemarakkan tekad kita untuk membina Malaysia yang lebih aman, makmur, adil dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Selamat Hari Malaysia!
Malaysia Milik Kita Bersama.
KESAiS. 🇲🇾✊









🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙12 Rabiulawal 1448H | 2026Mبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAlhamdulillah, mar...
25/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ﷺ 🌙
12 Rabiulawal 1448H | 2026M

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan nikmat-Nya.

Sempena Maulidur Rasul ﷺ, marilah kita menghayati kembali perjuangan, pengorbanan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dicintai, diteladani dan diamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu…”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ diterjemahkan melalui selawat yang tidak putus, akhlak yang mulia, ukhuwah yang erat, serta kesungguhan mengamalkan ajaran dan sunnah Baginda.

🤲 Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, teguhkanlah hati kami di atas jalan-Mu, dan himpunkanlah kami bersama Baginda di syurga-Mu.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Daripada KESAiS – Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., kami mengucapkan:

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 1448H / 2026M ✨

Semoga kita terus menjadi insan yang beriman, berakhlak mulia dan sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah ﷺ.

“Kebersamaan Hari Ini, Kecemerlangan Hari Esok.”

Salam Maal Hijrah 1448HAssalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat seluruh warga KESAiS.Sempena kedatangan Awal Muharam...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera buat seluruh warga KESAiS.

Sempena kedatangan Awal Muharam, marilah kita bersama-sama menghayati makna hijrah sebagai satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar kejayaan, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta memperkukuhkan semangat perpaduan, kebersamaan dan keikhlasan dalam setiap amanah yang dipikul.

Marilah kita menjadikan semangat hijrah sebagai inspirasi untuk terus melangkah maju, memperbaiki diri, meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga kerja demi kesejahteraan bersama.

Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat, perlindungan dan keberkatan kepada seluruh warga KESAiS serta keluarga tercinta.

Salam Maal Hijrah 1448H
“Hijrah Membawa Perubahan, Kesatuan Mengukuhkan Kekuatan.”

Ikhlas daripada,
Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (KESAiS)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana program Korban Perdana anjuran bersama KESAiS, Pengurusan Air Selangor ...
30/05/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana program Korban Perdana anjuran bersama KESAiS, Pengurusan Air Selangor dan Persatuan Bolasepak Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan, ukhuwah dan gotong-royong. 🤝✨

Program ini bukan sahaja menjadi ibadah dan tanda pengorbanan, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja, rakan strategik serta komuniti. Semoga segala usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT. ❤️

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang terus memperkukuhkan KESAiS demi kebajikan dan perpaduan seluruh ahli. 💪

“Bersatu Hati, Kukuh Sehati”








26/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh ahli KESAiS.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua ahli KESAiS serta keluarga yang diraikan. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuhkan nilai keikhlasan, pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam kehidupan kita.

Aidiladha mengingatkan kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan pasti mempunyai nilai yang besar. Semoga semangat ini terus menjadi kekuatan kepada seluruh warga KESAiS dalam mengharungi cabaran, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan perpaduan sesama ahli.

Semoga Hari Raya Korban kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, ketenangan dan keberkatan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026
“Pengorbanan Mengukuhkan Ukhwah, Kebersamaan Mengukir Kekuatan KESAiS.”




https://www.linkedin.com/posts/azman-ahmad-6b341b103_good-engagement-session-last-week-with-tuan-activity-74597809542833...
13/05/2026

https://www.linkedin.com/posts/azman-ahmad-6b341b103_good-engagement-session-last-week-with-tuan-activity-7459780954283347968-5wO-?utm_source=social_share_send&utm_medium=android_app&rcm=ACoAAFSm6t0BXPUdLvnLXSZ944R6lD2vNN4bYkY&utm_campaign=whatsapp

Good engagement session last week with Tuan Syed Alias Bin Syed Noh (Presiden KESAiS), Noor Hairulnizam Bin Nasir (Setiausaha KESAiS), Masrudy Asfar Bin Mastor (Bendahari KESAiS), and the team from KESAiS, Kesatuan Pekerja-Pekerja Air Selangor ( Air Selangor Employees Union), on the OEx Transformati...

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Air Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kesatuan Air Selangor:

Shortcuts

Share