14/05/2026
Sepagi di Mahkamah Kuala Lumpur.
Hari ni hadir bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir bagi salah seorang jiran yang meninggal dunia awal tahun ini.
Apa itu Surat Kuasa Mentadbir?
Apabila seseorang meninggal dunia, harta2 dan hutang piutang SiMati mesti diuruskan. Oleh demikian, seorang Pentadbir perlu dilantik bagi tujuan tersebut.
Bagi siMati yg hartanya tidak banyak, permohonan ini boleh dibuat di Pejabat Tanah di bawah unit Pusaka Kecil. Apabila nilaian harta siMati banyak, lebih spesifik melebihi nilai RM2 juta, permohonan Surat Kuasa Mentadbir hendaklah dipohon di Mahkamah Tinggi.
Satu pemahaman orang awam yg perlu diperbetulkan, tidak semua urusan pusaka siMati perlu melalui Amanah Raya. Waris2 ada kebebasan memilih cara perlantikan Pentadbir masing2.
Alhamdulillah. Mahkamah membenarkan permohonan anakguam hari ni.
Sekiranya ada urusan pusaka yang perlukan khidmat guaman, boleh hubungi kami di nombor tertera di bio.