Ammar & Co.

Ammar & Co. Syarie Legal Counsel | Peguam Syarie | Legal Consultant Syarie Counsel, Case Counsel for Arbitration and Adjudication, Legal Consultant

12/10/2022

Hujan turun merata-rata,
Paras air makin menaik,
Bahang mengundi sudah terasa,
Bersama menuju ke arah yang lebih baik.

Kami dari Ammar .Co ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua rakyat Malaysia..Semoga dengan tahun baru ini...
31/12/2021

Kami dari Ammar .Co ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua rakyat Malaysia..

Semoga dengan tahun baru ini semua cita-cita dan azam kita akan dapat ditunaikan dan sama-sama kita berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan yang mendatang..

"Semua masalah akan selesai jika ummat tidak main-main dengan Tuhan"..

AMMAR & CO.
SENTIASA BERADA DI SAMPING ANDA

πŸ˜ƒ

17/12/2021

INI ADALAH CARA UNTUK MENGETAHUI PENGESAHAN ANAK TIDAK SAH TARAF DI MAHKAMAH SYARIAH.
_._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._._

Anak adalah anugerah dan amanah yang diciptakan Allah kepada manusia yang bergelar ibu dan bapa..

"Cahaya mata" gelaran yang diberikan kepada anak-anak kerana merekalah cahaya kepada kegembiraan sesebuah keluarga.

Tapi sayangnya...disebalik pelbagai kisah kelahiran anak dan cerita pembesarannya, terselit dua tentang kisah anak tidak sah taraf yang dilahirkan.

Ketentuan Qada dan Qadar Allah kepada mereka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyayangi mereka tanpa prejudis kerana mereka tidak berdosa.

Kami kongsikan sedikit nota tatacara mahkamah syariah mengenai pengesahan di mahkamah.

*panjang sikit nota ni*

Undang-undang memperuntukkan, jika berlaku kelahiran anak selepas enam bulan atau lebih dari tarikh perkahwinan antara lelaki dan perempuan, maka lelaki itu dianggap sebagai bapa anak tersebut.

Manakala dari perspektif Hukum Syarak p**a, terdapat penambahan syarat bagi menentukan status anak, yang mana kelahiran anak tersebut mestilah dalam tempoh enam bulan dua saat (lahzoh) dari tarikh akad nikah perkahwinan dengan dua (2) syarat seperti berikut:-

-SYARAT PERTAMA-

Syarat pertama ialah dalam tempoh perkahwinan berkenaan, suami berkeupayaan tinggal bersama isterinya itu sebagai suami isteri.

-SYARAT KEDUA-

Syarat kedua suami berkenaan berkeupayaan melakukan persetubuhan dengan isterinya itu

Namun, antara perkara yang akan menjadi pertimbangan Mahkamah adalah samada anak berkenaan berada dalam kandungan isteri hingga dia dilahirkan oleh isteri dari waktu akad nikah perkahwinan pihak-pihak.

Namun sekiranya, anak tersebut dilahirkan kurang daripada enam bulan dari tarikh akad nikah, adakah boleh kita menasabkan anak tersebut kepada bapanya?

Jawapannya adalah dengan membuat Permohonan Deklarasi di Mahkamah Syariah, bagi mensabitkan anak pihak-pihak yang dilahirkan kurang dari tempoh enam bulan setelah waktu akad nikah.

Sekiranya dibenarkan oleh Mahkamah, status anak berkenaan adalah sekadar anak yang sah taraf mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan keduniaan sahaja.

Sebagai penjelasan, anak berkenaan adalah anak sah taraf kepada Pemohon (Bapa/Ibu) dalam kesemua perkara melainkan dalam kuasa kewalian dan hak harta pesaka.

Ini bermakna anak berkenaan itu hendaklah dinasabkan kepada bapa anak tersebut namun bapa tersebut tidak boleh menjadi wali kepadanya dan anak itu dan pemohon tidak boleh saling mempusakai.

Sekian..

13/11/2021
09/11/2021

*JUNIOR LAWYER SYARIE DIPERLUKAN SEGERA*

*Pejabat di Ukay Perdana*

Kelayakan : Peguam Syarie Negeri Selangor

Sila drop resume anda di [email protected]
Tel: 0196618091

Send a message to learn more

14/09/2021

Galakan untuk bangun tahajuud di malam hari.

Semoga bermanfaat untuk semua ,πŸ˜·πŸ™

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dari kamiAmmar & Co.πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
31/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dari kami
Ammar & Co.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga kita beroleh keberkatan , ketakwaan dan kebaikan. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
20/07/2021

Semoga kita beroleh keberkatan , ketakwaan dan kebaikan. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Walaupun Harta Sepencarian tidak pernah dinyatakan di dalam Nas-Nas Perundangan Islam, namun ianya adalah merupakan adat...
04/07/2021

Walaupun Harta Sepencarian tidak pernah dinyatakan di dalam Nas-Nas Perundangan Islam, namun ianya adalah merupakan adat yang kemudiannya menjadi peraturan dan undang-undang yang diamalkan sehingga kini.

Kami telah membuat kupasan ringkasan berhubung dengan Harta Sepencarian di Malaysia untuk rujukan dan tatapan pembaca

Definisi Secara ringkasnya, harta sepencarian adalah apa-apa harta alih atau tidak alih yang diperoleh suami dan isteri melalui usaha mereka bersama samada langsung ataupun tidak langsung dalam tempoh perkahwinan. Harta yang dikumpul sebelum perkahwinan ataupun selepas perceraian ataupun selepas kem...

Address

Jalan Bandar 3, Taman Melawati
Kuala Lumpur
59100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60196618091

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ammar & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ammar & Co.:

Share