25/02/2022
5 "K" YANG ANDA WAJIB TAHU PUNCA ANAK MUDA ORANG KITA SUKAR BELI HARTANAH
Setuju atau tidak terlalu banyak punca yang boleh menjadi faktor menyukarkan anak muda miliki hartanah;
Sis mudahkan u guys dengan kefahaman 5K ini, jom kita ketahui apakah faktor K yang harus mereka tahu....
"K" PERTAMA - KERETA
==================
"K" yang pertama, jenis KERETA yang mereka beli.... Jika kita beli ala ala kadar cukup untuk keperluan, mungkin masih ada ruang untuk miliki seawal muda, paling kita bimbang dan risau bila pembelian kereta sudah mencapai 30% DSR anda.. DSR ni ibarat semakin banyak kita sudah belanja makin sikit ruang untuk kita miliki hartanah
Maksudnya katakan gaji Rm 3000 dan Mr X beli Vios baru bulanan Rm 1000, jadi sedangkan jumlah layak pembiayaan mereka hanya Rm 3000 x 60% = 1800 sahaja. Maka, baki layak pinjaman rumah hanya Rm 800.. ini nda lagi termasuk kalau ada pinjaman pelik pelik...
Jelas? ๐
"K" KEDUA - KAHWIN
================
"K" yang kedua adalah KAHWIN ini juga penting... Secara jujur... Sis memang memgalakkan semua anak muda yang sudah bersedia melangsungkan perkahwinan mereka...
Mudah2an , dengan berkahwin rezeki lebih murah lebih mudah dan lebih baik..
Namun jika u alls memilih majlis keramaian keterlaluan, hingga capai lebih ratusan ribu..
Siaplah!! Lagi teruk kalau u alls buat personal loan... Grand kaw kaw dan hebat untuk satu malam, tapi last2 memilih untuk merana 7-8 tahun meringkuk bayar "personal loan"...
Jangan kata nda berlaku ya... hari ni banyak, ia sudah jadi trend dan ibu bapa juga sanggup "jamu mata" kononnya malulah ndak kan tidak mau buat dekat dewan siap ada kereta kuda macam cinderrella...
"K" KETIGA - KAD KREDIT
===================
"K" yang ke tiga, ini bahaya lagi banyak K yang ni ada dalam poket lagi bahaya.... KAD KREDIT ini Pada mulanya di ambil atas sebab alasan takut emergency tiada cash... jadi mau kasi standby ja .. Namun kad kredit juga selalu buatkan emosi kita rasa eh macam selalu ja emergency ni ๐
๐
Cthnya ... mahu belanja awek Tapi gaji belum dapat... bah duit belum dapat, itu la kononya d kategorikan sebagai emergency juga...๐
Perbelanjaan begini bahaya kerana kita sebenarnya menggunakan wang yang belum kita dapat, kita pinjam dari masa depan kita... sedihkan๐ฅฒ
"K" KEEMPAT - KELUARGA DAN KAWAN
"K" yang ini juga sama, memang ada ahli keluarga dan kawan kawan sepejabat yang kurang mengalak kita membeli rumah.... Katanya jangan buat hutang.... hutang tu komitmen.... walaupun sewa juga sis tetap kira sebagai komitmen kena bayar dekat tuan rumah... kan? Rugi oh d Stu jumlah bulanan hampir sama mcm miliki Aset atas nama sendiri
Biasanya kalau muda muda ni, hobi hobi asal nampak Hebat menjadi pilihan.... sebab seronok...
Ada jg sbb kawan kawan yang sangat negatif tentang Hartanah , mereka berfikir susah mahu beli rumah, mereka berfikir berhutang beli rumah rugi .. ada juga yang katakan berdosa berhutang, sedangkan kereta mereka juga berhutang.... personal loan juga berhutang โฆ sdh la x kalis inflasi kan.. Ada juga yang fikir sewa lebih baik, mudah pindah randah... nda perlu komitmen bulanan.... Tapi nda terfikir bayar komitmen yang sama Tapi org bilang ujung2 xda keuntungan.. hehe
Jadi, baik awal awal ni cari kawan yang ada minda kewangan dan hartanah ya โฆ
"K" KELIMA - PALING PENTING
==========================
Sis Amy mahu tanya "K" yang terakhir... Siapa tahu ya apakah "K" yang terakhir selalu buat kita s**ar atau gagal beli hartanah..
"K" terakhir ini lah paling penting, KITA SENDIRI
Kerana KITA lah sebenarnya punca kita gagal beli hartanah, kenapa agaknya ya?
โ๏ธ Kerana KITA yang jadi gurantor kereta kakak, dia la yang belikan TV besar hutang
โ๏ธ Kerana KITA yang buat hutang, kita juga yang nda mampu tahan nafsu... Kita juga yang gatal tangan mahu beli Iphone 13 pro max sebab pakai android gatal telinga ..
โ๏ธ Kerana KITA yang s**a bercuti luar negara tapi buat "instalment" 24 bulan hutang pakai kad kredit
โ๏ธ Kerana KITA yang nda jaga "DSR" banyak personal loan tah belikan anak ipad belikan sport rim .. travel overseas.. beli Tanah Lot .. no no to Tanah Lot ya..
โ๏ธ Kerana KITA yang nda jaga CCRIS payment ..bulanan ikut hati nda ikut jadual.....
โ๏ธ Kerana kita nda berkawan dengan sahabat yang "celik hartanah" s**a buat kawan yang hobi mahal saja...
Nampak kan "K" ke-5 ni punya lah penting, tanpanya tiada jalan jalan punca untuk miliki hartanah seawal muda.... kerana ilmu itu s**ar datang.... tidak tahu apa yang mereka tidak tahu dan apa perlu tahu....
Ini based on experience sis amy sepanjang sis amy uruskan jual beli Hartanah ya ... Semoga bermanafaat dan silakan kongsikan pada orang lain ya ....
Semoga Urusan Pemilikan Rumah Pertama Seawal USIA Di Permudahkan ๐๐