Messrs. Azhier Arisin & Jaafar

Messrs. Azhier Arisin & Jaafar Azhier Arisin & Jaafar is a boutique law firm based in Sabah, Malaysia. AZHIER ARISIN & CO. is a law firm based in Sabah, Malaysia.

Strategically located in the heart of Kota Kinabalu City, the firm advises and litigates on specific white-collar crimes (i.e on corruption, breach of trusts and etc.), environmental laws, contract & commercial laws, civil laws, succession & inheritance laws, trust laws, constitutional & administrative laws, conveyance of property, divorce & matrimonial disputes as well as in debt recovery.

KOTA KINABALU: Seorang pegawai pertanian dibebaskan daripada enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM22,300 tanpa di...
01/05/2026

KOTA KINABALU: Seorang pegawai pertanian dibebaskan daripada enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM22,300 tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga membuat keputusan melepas dan membebaskan Zainal Aliasan, 36, yang bertugas dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Keningau selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Zainal didakwa menerima wang tunai daripada seorang pemilik syarikat dengan mengetahui bahawa individu tersebut mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Wang berkenaan didakwa sebagai dorongan untuk membantu mempercepatkan bayaran tuntutan kepada syarikat terbabit.

Menurut pertuduhan, wang antara RM2,050 hingga RM4,950 itu telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun berbeza milik rakan-rakan tertuduh antara Mei hingga Julai 2020.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula Februari 2024, pihak pendakwaan memanggil seramai 16 saksi selepas tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pada 20 September 2022.

Zainal sebelum ini digantung tugas susulan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkarnain Rousan manakala tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin. - Daily Express (01.05.2026)

30/04/2026

PEGAWAI RISDA DILEPAS DAN DIBEBASKAN DARIPADA ENAM PERTUDUHAN RASUAH

KOTA KINABALU, 30 April 2026 — Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini melepas dan membebaskan Pegawai Pertanian RISDA Zainal bin Aliasan, daripada kesemua enam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Jason Juga pada peringkat akhir kes pendakwaan, tanpa memanggil tertuduh untuk membela diri.

Menurut alasan ringkas penghakiman, mahkamah mendapati elemen pertama pertuduhan, iaitu bahawa tertuduh merupakan seorang penjawat awam, adalah tidak dipertikaikan. Bagaimanapun, mahkamah mendapati wujud keraguan terhadap elemen kedua, ketiga dan keempat pertuduhan, khususnya sama ada tertuduh memperoleh wang berkenaan untuk dirinya, sama ada wang itu diterima tanpa balasan atau balasan yang tidak mencukupi, dan sama ada pemberi wang mempunyai hubungan rasmi dengan fungsi tertuduh.

Perbicaraan kes tersebut bermula pada 26 Februari 2024 dengan pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi memanggil seramai 16 orang saksi.

Terdahulu, Zainal dilaporkan didakwa pada September 2022 atas enam pertuduhan menerima suapan berjumlah RM22,300 ketika bertugas di Pejabat RISDA Daerah Keningau. Pertuduhan-pertuduhan itu dikatakan berkaitan dakwaan menerima wang bagi mempercepatkan urusan tuntutan pembayaran sebuah syarikat antara Mei hingga Julai 2020.

Mengikut laporan terdahulu, Zainal mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat dan pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Peguam bela tertuduh, Azhier Farhan Arisin, dalam hujahannya membangkitkan bahawa wang yang dipertikaikan tidak dimasukkan ke akaun peribadi tertuduh, sebaliknya ke dalam akaun pihak ketiga. Pihak pembelaan juga berhujah bahawa saksi-saksi pendakwaan sendiri memberi keterangan bahawa wang tersebut adalah bayaran sah bagi kerja-kerja subkontrak kepada pihak ketiga dan bukannya wang yang diperoleh oleh tertuduh untuk dirinya.

Pihak pembelaan turut menegaskan bahawa terdapat percanggahan material dalam kes pendakwaan, termasuk mengenai tujuan sebenar pembayaran tersebut, sama ada untuk mempercepatkan tuntutan bayaran, mendapatkan projek masa hadapan, atau akibat dakwaan ugutan kelewatan pembayaran.

Menurut pembelaan, percanggahan tersebut menyebabkan mahkamah tidak mempunyai asas yang selamat untuk memanggil tertuduh membela diri.

Susulan keputusan itu, wang jaminan tertuduh turut diperintahkan untuk dikembalikan.

30/04/2026

PEGAWAI RISDA DILEPAS DAN DIBEBASKAN DARIPADA ENAM PERTUDUHAN RASUAH

KOTA KINABALU, 30 April 2026 — Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini melepas dan membebaskan Pegawai Pertanian RISDA Zainal bin Aliasan, daripada kesemua enam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Jason Juga pada peringkat akhir kes pendakwaan, tanpa memanggil tertuduh untuk membela diri.

04/04/2026

Bagaimana boleh TERLEPAS???!! Ikuti kupasan perbicaraan kes dadah bernilai RM 3.2 juta yang membawa kepada pembebasan kedua-dua tertuduh.

03/04/2026

KOTA KINABALU, 3 April 2026 – Mahkamah Sesyen di sini telah melepaskan dan membebaskan (DAA) dua orang lelaki daripada pertuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat lebih 41.9 kilogram, susulan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan pemilikan eksklusif serta ketiadaan saksi-saksi utama.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Bin Fishir @ Fisal membuat keputusan tersebut ke atas tertuduh pertama, Mohd Sifihi Bin Yusof dan tertuduh kedua, Sydzreel Fahmy Bin Shamsury. Kedua-dua tertuduh pada asalnya dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sebelum dipinda ke Seksyen 39A(2) Akta yang sama, serta berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Hakim dalam penghakimannya menegaskan bahawa rakaman CCTV dan laporan DNA telah membangkitkan keraguan dan persoalan yang serius berhubung isu pemilikan, jagaan, dan kawalan kenderaan Land Cruiser yang mengandungi dadah tersebut.

Peguam bela tertuduh, Mohd Azhier Farhan Arisin berjaya mematahkan kes pendakwaan melalui pemeriksaan balas yang mendedahkan pelbagai kelemahan ketara melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan.

Ahli Kimia (PW1), Rita Tie Ung Ha, mengesahkan bahawa beliau hanya menerima dan menganalisis satu kotak berlabel "SR". Namun, gambar barang kes polis jelas menunjukkan terdapat empat kotak dirampas di tempat kejadian, bermakna tiga lagi kotak tidak pernah dianalisis.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat bagi kes perlucuthakan harta, mengakui beliau tidak merujuk laporan kimia DNA yang membuktikan bahawa tiada padanan DNA milik kedua-dua tertuduh pada stereng kenderaan Land Cruiser tersebut selain wujud 3 profil DNA individu tidak dikenali pada kenderaan tersebut untuk membawa kesimpulan bahawa tertuduh menggunakan kenderaan tersebut untuk tujuan pengedaran dadah.

Seorang saksi pendakwaan yang juga anggota serbuan kes itu juga memberitahu mahkamah paparan rakaman CCTV di kompleks beli-belah ITCC Penampang memaparkan kereta Land Cruiser itu telah dihampiri dan diakses oleh seorang lelaki misteri berbaju putih yang membawa kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya.
Saksi tersebut juga mengakui bahawa rakaman CCTV membuktikan kedua-dua tertuduh sebenarnya berada di dalam tandas pusat beli-belah pada waktu penggera kenderaan tersebut berbunyi dan ketika lelaki berbaju putih itu mengendalikan kotak di bahagian but kenderaan. Tertuduh ditahan sebelum mereka sempat menghampiri kenderaan tersebut dan tidak dilihat memegang apa-apa barang yang mencurigakan.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memohon penangguhan kes berikutan Pegawai Penyiasat kes telah meletak jawatan. Peguam bela membantah keras permohonan penangguhan tersebut atas alasan kes telah ditangguhkan beberapa kali dan ia menindas kebebasan tertuduh yang telah direman sejak Februari 2025 tanpa sebarang jaminan.

Hakim Zaini dalam keputusan akhirnya menegaskan bahawa kebebasan tidak sepatutnya dibiarkan tergantung dengan ancaman pertuduhan akibat masalah dalaman pihak pendakwaan untuk menghadirkan saksi utama. Memandangkan ketiadaan jawapan terhadap kepincangan bukti CCTV dan DNA yang dibangkitkan, mahkamah tidak mempunyai pilihan undang-undang lain melainkan melepaskan dan membebaskan kedua-dua tertuduh secara serta-merta. Semua barang yang dirampas diarahkan untuk dipulangkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

24/01/2026

Dituduh oleh “bomoh”, diseksa oleh “kawan”. Punca sebenar tragedi UPNM terbongkar. Ikuti kupasan penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Magistrate A Akhiruddin Acho ruled that the defence was not required to be called as the drugs were not found on the acc...
21/01/2026

Magistrate A Akhiruddin Acho ruled that the defence was not required to be called as the drugs were not found on the accused’s body and the evidence did not, at its highest, demonstrate exclusive possession, knowledge, or dominion over the substances.

Tsen had been charged with possession of 26.78gm of syabu and 12.50gm of ketamine at about 2pm on May 23, 2024 at a parking lot in front of Kedai Serambi here, with four prosecution witnesses called during the hearing, after which the court ordered the bail to be refunded and noted counsel Azhier Farhan Arisin represented him.

KOTA BELUD: A 30-year-old Maxim driver, Christopher Junior Tsen, was discharged and acquitted of two charges involving syabu and ketamine by the Magistrate’s Court here after the prosecution failed to establish a prima facie case.

13/01/2026

Pernah terbayang rasa sakit disimbah air panas setiap hari? Inilah realiti pahit yang dilalui Bella.

Video ini merangkumkan perjalanan panjang Bella menuntut keadilan dari saat dia diselamatkan sehingga Siti Bainun dijatuhkan hukuman. Kisah ini adalah pengajaran besar buat kita semua.

12/01/2026

Kantoi bawa dadah 3.5kg, tapi terlepas sebab...

Rupanya, ada "lubang" besar dalam bukti pendakwaan! Dari isu kunci bagasi sampailah saksi penting yang "ghaib". Ini pendedahan kenapa bukti teknikal sangat penting dalam undang-undang.

Merry Christmas and Happy Holidays!
26/12/2025

Merry Christmas and Happy Holidays!

Ramai bertanya satu soalan yang sama.Jika titah itu datang daripada Yang di-Pertuan Agong, mengapa ia boleh dianggap tid...
22/12/2025

Ramai bertanya satu soalan yang sama.
Jika titah itu datang daripada Yang di-Pertuan Agong, mengapa ia boleh dianggap tidak sah?

Bukankah Agong adalah Raja negara ini?

Jawapannya terletak pada satu perkara yang sering disalahfaham. Malaysia bukan negara Raja Mutlak.
Kita adalah negara Raja Berperlembagaan.

Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong memang mempunyai kuasa pengampunan, tetapi kuasa itu tidak boleh digunakan secara bersendirian. Ia mesti dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah Perkara 42, sebarang pengampunan, pengurangan hukuman atau perubahan cara hukuman dijalankan mesti melalui Lembaga Pengampunan.

Dalam kes ini, mahkamah mendapati perkara yang terkandung dalam adendum tersebut tidak pernah dibincangkan, dipertimbangkan atau diputuskan oleh Lembaga Pengampunan.

Apabila proses perlembagaan tidak dipatuhi, dokumen itu tidak boleh diberi kesan undang-undang walaupun ia dikaitkan dengan institusi diraja.

Inilah asas keputusan mahkamah. Bukan soal siapa yang mengeluarkan titah, tetapi bagaimana titah itu dikeluarkan.

Dalam negara berperlembagaan, kuasa mesti bergerak melalui saluran yang sah. Di situlah letaknya kedaulatan undang-undang.

Address

Lot A3-2, 2nd Floor, Block A, Plaza Utama (Grand Millennium), Jalan Pintas Penampang
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+6088727787

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Messrs. Azhier Arisin & Jaafar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Messrs. Azhier Arisin & Jaafar:

Share