29/03/2024
Assalamualaikum & salam ramadhan.
Hari ini setelah selesai bersahur, saya rasa terbuka untuk berkongsi pengalaman saya setelah menceburi tahun ke 4 dalam bidang hartanah.
Tidak di nafikan rata-rata sabahan bila memilih untuk membeli rumah pertama memang akan terus mengambil keputusan "saya mahu rumah landed" & mesti di kawasan yang berdekatan dengan bandar.
Sebab utama ialah kita ni sabahan tidak lari dari s**a kepada keramaian. Budaya sanak saudara datang kunjung-mengunjung pada hari minggu ini perkara biasa.
Rata-rata mahu ada rumah yang luas supaya senang buka khemah, boleh bbq di halaman dan tiada had kereta untuk masuk ke taman perumahan.
Hal ini berbeza kalau tinggal di kondo mahupun apartment.
Masuk kena menghadap pengawal keselamatan, kena maklumkan pihak managment sebelum keluarga sampai serta ada had tertentu kenderaan yang boleh masuk.
Persoalan saya sekarang, berapa ramai anak muda kita tahu berapa harga pasaran untuk rumah ampai atau "landed" di sekitar Kota Kinabalu?
Dalam radius 10KM-15KM harga pasaran rumah subsale (sudah ada owner/rumah sudah siap) rata-rata RM500,000 & ke atas.
Ini belum termasuk kos-kos guaman & booking fee yang perlu di tanggung pembeli semasa proses pembelian.
Kalau RM500k ni anggaran bulanan dalam RM2.2k/sebulan.
Belum masuk repairing cost sebab rumah kan pernah di duduki, mestilah ada yang perlu di baiki semula.
Untuk anak muda yang berumur 20-35 tahun, kalau kamu rasa RM2.2k sebulan ini berat maka saya sarankan kalau kamu masih juga mau "pajal" rumah ampai, maka kamu perlu bekorban masa kamu setiap hari spend extra 1 jam pergi & 1 jam balik dari tempat kerja.
Kamu dapat rumah ampai seperti yang kamu idamkan, tapi lokasi jauh dari bandar. Tuaran atau Papar, mana pilihan kamu?
Kamu bayangkan daripada RM2,200 sebulan, kamu masih boleh ada rumah ampai dengan bulanan serendah RM1,500-RM1,700 sebulan. Jimat RM500-RM700. Banyak bah tu!
Ada lah bah extra untuk kamu pergi healing-healing.
Boleh renovate ikut cita rasa, dapur boleh extend kasi luas, ada halaman kamu boleh bbq & boleh muat 2 buah kereta dlm garage.
Tapi kalau kamu memang jenis kerja yang perlu "MESTI SAMPAI IKUT JAM". Lewat 1 minit pun tidak boleh. Maka lupakan lah landed, belilah Kondo.
Kondo ni selalunya berdekatan dengan bandar.
Senang pergi kerja, cepat pulang & lebih banyak masa kamu berehat.
Dari segi harga, kondo kalau 15KM dari pusat bandar ada yang harga dalam RM365k, anggaran bayaran sebulan dalam RM1.6k.
"Tapi Mar kondo leceh lah mau bayar managment fee lagi."
Jadi kolam mandi tu hujung minggu kamu mau turun bawah gotong-royong pigi cuci?
Pengawal keselamatan tu nda payah di bayar gaji?
Gardener tu kerja percuma?
Gym kamu tu ndapayah panggil maintenance untuk di selenggara?
Lift turun naik tu ndapayah di monitor?
Mana ada benda percuma kawan-kawan.
Banyak aspek perlu di selenggara secara harian.
Mestilah ada bayaran. Untuk kamu juga, pulang rumah kawasan rumah selesa.
Saya cakap pasal kondo ya, bukan apartment.
Kondominium managment fee ada tinggi sedikit berbanding apartment. Kira high end type.
Jadi mana pilihan hati kamu?
Mahu keluasan atau lokasi?
Keputusan di tangan kamu k.
Tolong semak kelayakan sebelum kamu excited bayar booking fee.
Barulah senang hati membeli.
Alaaaa, macam kamu pergi Imago.
Mesti check bank balance dulu baru bawa barang yang kamu s**a untuk bayar di kaunter kn?
Manada kamu main rambang seja angkat barang nda tengok harga.
At the end of the day, its all about budget and what you could afford to pay.
Ingat, rumah ni ialah syurga dunia kamu.
Tempat kamu berteduh, berehat setelah penat bekerja seharian & ruang untuk kamu spend masa sama ada untuk diri sendiri atau keluarga.
Tepuk dada, tanya selera.
Sekian,
Yang Ikhlas,
Mar Afira