Suphian Ismail

Suphian Ismail Jangan lupa bahagia.

03/06/2026
31/05/2026

“Angkol, sempat lagi kah?”

Beberapa minggu lalu, Angkol menerima satu panggilan daripada seorang wanita.

Suaranya perlahan. Kedengaran cemas.

“Angkol... suami saya sekarang di ICU. Doktor sudah tidurkan dia. Keadaan dia kritikal. Kami tiada anak. Dia ada rumah, ada tanah, ada simpanan. Sempat lagi kah kami urus harta dia?”

Angkol terdiam seketika.

Bukan kerana tidak tahu hendak menjawab.

Tetapi kerana soalan seperti ini terlalu kerap Angkol dengar.

Ramai orang bekerja keras sepanjang hidup. Mereka beli rumah, kumpul tanah, buat simpanan dan pelaburan. Niat mereka baik. Mereka mahu pasangan, anak-anak dan keturunan hidup lebih selesa pada masa hadapan.

Malangnya, urusan harta sering ditangguhkan.

"Kemudianlah."

"Nanti dulu."

"Tunggu lapang."

"Tunggu pencen."

Akhirnya, bila keadaan menjadi kritikal, baru timbul persoalan tentang hibah, pusaka dan pembahagian harta.

Inilah yang selalu Angkol jumpa.

Ramai waris datang berjumpa selepas berlaku kematian. Ada yang satu kematian. Ada yang dua kematian. Ada yang tiga atau empat kematian bertindih dalam satu keluarga.

Semakin banyak kematian berlaku sebelum harta diselesaikan, semakin rumit urusannya.

Ada tanah yang tidak dapat dipindah milik.

Ada rumah yang bertahun-tahun kosong.

Ada simpanan yang tidak dapat disentuh.

Ada waris yang bergaduh sesama sendiri.

Lebih menyedihkan, ada keluarga yang tidak mampu meneruskan proses kerana kos pengurusan menjadi terlalu tinggi.

Kadang-kadang harta itu ada.

Tetapi untuk mendapatkan manfaat daripada harta tersebut, waris terpaksa mengeluarkan kos yang besar, mengumpul dokumen yang banyak dan melalui proses yang panjang.

Sedangkan tujuan asal ibu bapa membeli harta itu adalah untuk memudahkan kehidupan keluarga.

Sebab itu nasihat Angkol mudah sahaja.

Uruslah harta ketika masih sihat.

Jangan tunggu masuk hospital.

Jangan tunggu ICU.

Jangan tunggu keadaan menjadi kritikal.

Apa yang boleh diurus hari ini, uruslah hari ini.

Apa yang boleh dirancang sekarang, rancanglah sekarang.

Lakukan secara profesional dan mengikut saluran yang betul.

Kerana apabila berlaku kematian, pilihan semakin sedikit, tetapi masalah semakin banyak.

Hakikatnya, bukan harta yang menyebabkan pergaduhan.

Harta yang tidak diurus dengan baik itulah yang sering menyebabkan pergaduhan.

Kadang-kadang, hadiah paling besar yang boleh ditinggalkan kepada keluarga bukanlah rumah yang besar atau tanah yang luas.

Tetapi urusan harta yang telah disusun dengan baik sebelum kita pergi.

Suphian Ismail
Jangan Lupa Bahagia

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2026
30/05/2026

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2026

4
29/05/2026

4

3
29/05/2026

3

Address

Jalan Sembulan, Wisma Muis
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suphian Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suphian Ismail:

Share