Peguam Syarie Luqman Hakam

Peguam Syarie Luqman Hakam • Peguam Syarie | Kami Mengendalikan Kes Mal Mahkamah Syariah Negeri Kelantan

• RAKAN PEGUAM ANDA

Lafaz cerai luar/tanpa kbnaran Mahkamah adalah kesalahan jenayah syariah didenda sebanyak RM1000.00 atau dipenjara selam...
04/11/2024

Lafaz cerai luar/tanpa kbnaran Mahkamah adalah kesalahan jenayah syariah didenda sebanyak RM1000.00 atau dipenjara selama 6 bulan.

Luqman Hakam | Peguam Syarie.
Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu

Menghadiri majlis penerimaan masuk dan didaftarai sebgai Peguam Syarie Negeri Kelantan Alhamdulillah tahniah sahabat Tua...
20/10/2024

Menghadiri majlis penerimaan masuk dan didaftarai sebgai Peguam Syarie Negeri Kelantan Alhamdulillah tahniah sahabat Tuan Peguam Ahmad Rusydan Rosihan , Tuan Adib Imran dan Tuan Adib Fikri. Saya terima tauliah Peguam tahun lepas. Besar tanggungjawab dn amanah seorang Peguam Syarie.

Luqman Al Hakam
Peguam Syarie Negeri Kelantan.

LAFAZ CERAI DI LUAR MAHKAMAH? JANGAN DIPANDANG RINGAN YA!*LAFAZ TALAK MESTI DILAKUKAN DI DALAM PROSIDING MAHKAMAH*✅Benar...
05/09/2024

LAFAZ CERAI DI LUAR MAHKAMAH? JANGAN DIPANDANG RINGAN YA!

*LAFAZ TALAK MESTI DILAKUKAN DI DALAM PROSIDING MAHKAMAH*

✅Benar, lafaz talak boleh dilakukan dimana-mana tempat dan ianya boleh gugur dan sah. Tetapi ingat boleh jadi tak sah jika tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat.

✅Mengikut Akta Undang-undang Keluarga Islam, lafaz talak perlulah di lakukan di dalam mahkamah sebagaimana yang dinyatakan di dalam seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

✅Sekiranya lafaz talak tersebut dibuat diluar mahkamah, pihak suami atau isteri hendaklah segera membuat pengesahan di Mahkamah Syariah dalam tempoh 7 hari sebagaimana yang dinyatakan pada seksyen 55 A akta tersebut.

✅Sek 55A memperuntukan proses perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai:
(1) seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafaz itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 124—
(a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
(b)merekodkan perceraian itu; dan
(c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang sewajarnya dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.


*PENALTI*

⛔Seksyen 124 Akta Undang-undang Keluarga Islam ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 menetapkan HUKUMAN seperti berikut:

⛔denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
SEKIRANYA BERLAKU LAFAZ TALAK TERSEBUT, APA TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN

⛔sekiranya berlaku apa-apa lafaz talak sama ada lafaz sarih ( jelas) atau kinayah ( sindiran), suami atau isteri perlulah membuat pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah di mana mereka bermaustatin.

⚠️Wajib semua tahu ya ! Sekiranya suami telah melafazkan apa-apa lafaz talak dan isteri merasa ragu-ragu dengan lafaz tersebut sama ada jatuh atau tidak, maka pihak isteri boleh membat permohonan PENGESAHAN LAFAZ CERAI di Mahkamah Syariah.

*MAHKAMAH SEBAGAI PIHAK YANG KOMPETEN*

⚠️Mahkamah merupakan satu-satunya pihak yang layak untuk memutuskan bahawa sesuatu lafaz itu mengugurkan talak ataupun tidak. Dalam Islam mahupun undang-undang, hanya hakim sahaja yang diberikan kuasa memutuskan dan berijtihad atas segala masalah perceraian yang berlaku.

Join group Telegram kami:

BERAPA LAMA 'IDDAH WANITA BERCERAI?'Iddah tu apa sebenarnya? Kenapa nak kena ber'iddah selepas berlaku perceraian? Dari ...
20/08/2024

BERAPA LAMA 'IDDAH WANITA BERCERAI?
'Iddah tu apa sebenarnya? Kenapa nak kena ber'iddah selepas berlaku perceraian? Dari segi istilahnya 'iddah ni adalah satu tempoh tertentu bagi seseorang perempuan menunggunya, semata-mata mematuhi perintah Allah (ta’abbudi) atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.
Ok jadi kenapa disyariatkan 'iddah ni? Ada beberapa hikmah antaranya:

✅Memastikan rahim wanita bersih daripada sebarang benih bagi memastikan pertalian nasab atau keturunan dapat dijaga dengan baik.

✅Memberi ruang kepada suami dan isteri yang telah melalui fasa perceraian untuk berfikir dan menilai semula tindakan yang telah dilakukan termasuklah kesan kepada perceraian serta memberi peluang kepada suami untuk rujuk kembali kepada isterinya.

✅Untuk yang bercerai sebab kematian, 'iddah memberikan tempoh bertenang kepada seorang isteri yang kehilangan suami dalam menghadapi kehidupan yang baru.
Kiraan tempoh 'iddah ni macam mana pulak? Tempoh 'iddah ni tak sama ya dalam setiap keadaan. Sebagai contoh:

🕐Tempoh 'iddah untuk perempuan yang dicerai dengan talaq raj'ie dan telah ada hubungan kelamin tempohnya adalah 3 kali suci. Yang tidak pernah ada hubungan kelamin tiada tempoh 'iddah.

🕐Tapi dalam kes perempuan yang ada penyakit tidak berhaid atau dah putus haid, maka tempoh 'iddahnya adalah 3 bulan.

🕐Untuk wanita yang diceraikan ketika mengandung, tempoh 'iddahnya adalah sehingga anak dilahirkan atau sehingga kandungan gugur.

🕐Untuk wanita yang kematian suaminya, tempoh 'iddahnya adalah 4 bulan 10 hari tapi jika dia mengandung, 'iddahnya adalah sehingga anak dilahirkan atau kandungan gugur.
Ini secara ringkasnya sahaja. Namun ada kiraan lain melibatkan kes-kes spesifik seperti kes datang istihadhah (darah yang keluar di luar tempoh kebiasaan haid atau nifas).
Dalam isu tempoh 'iddah ni juga banyak yang tidak cakna tentang kiraan tempoh 3 kali suci. Untuk kiraan 3 kali suci ni nanti saya cerita di posting yang lain supaya lebih mudah faham.
Apapun i'ddah ni tak boleh ambil ringan kerana ianya perkara WAJIB. 'Iddah ni akan melibatkan persoalan hukum syarak seperti hal keturunan, nafkah dan perwarisan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Oleh: Luqman Al Hakam
Peguam Syarie Kelantan




NAFKAH ISTERI SELEPAS  PERCERAIAN. Hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan idah da...
10/08/2024

NAFKAH ISTERI SELEPAS PERCERAIAN.

Hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan idah dalam sesuatu talak itu sendiri, iaitu sama ada idah talak raj’i, idah talak ba’in atau idah kematian suami.

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:

Menyediakan makanan yang sepatutnya.
Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

Perkara Yang Boleh Dituntut Oleh Isteri Selepas Bercerai:

1. Nafkah Edah
Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Edah Raj’ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum.

2. Mut’ah
iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.

3. Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

4. Tunggakan Nafkah
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.

5. Tunggakan Nafkah Anak
Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.

6. Hak Jagaan Anak Hadhanah
Bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri. Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

7. Nafkah anak
Ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.

8. Hak Tempat Tinggal
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edahh.

゚viral

Bila berlaku kes mcam ni, Mahkmah minta suami bt Lafaz sumpah laknat, if betul suami ada lafaz cerai kat isteri dn suami...
06/07/2024

Bila berlaku kes mcam ni, Mahkmah minta suami bt Lafaz sumpah laknat, if betul suami ada lafaz cerai kat isteri dn suami tk mngaku yg dia ada lafaz, suami ready lh dgn laknat dri allah SWT. Sumpah laknat tk boleh buat main2.

27/06/2024

Address

PT 1070, Block B, Tingkat 2, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che
Kota Bharu
15050

Telephone

+60183991443

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie Luqman Hakam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie Luqman Hakam:

Share