YASMEEN HAJAR & HAIRUDIN

YASMEEN HAJAR & HAIRUDIN Memberi Khidmat dan Nasihat Guaman | Providing Legal Advice and Services

Tetuan Yasmeen Hajar & Hairudin berbesar hati dapat turut hadir dalam satu mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Perlis se...
13/05/2026

Tetuan Yasmeen Hajar & Hairudin berbesar hati dapat turut hadir dalam satu mesyuarat bersama YAB Menteri Besar Perlis serta pihak-pihak berkepentingan berkaitan pembangunan industri agro makanan, sekuriti makanan dan potensi pengukuhan kapasiti pengeluaran makanan tempatan di Negeri Perlis.

Perbincangan melibatkan kepentingan pembangunan industri tempatan secara lebih tersusun, praktikal dan mampan bagi membantu memperkukuh rantaian bekalan makanan, pembangunan ekonomi Negeri serta kebajikan rakyat untuk jangka masa panjang.

Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar dari sudut ekonomi dan bekalan makanan, pembangunan kapasiti pengeluaran tempatan merupakan antara agenda strategik yang semakin penting bagi memastikan keterjaminan bekalan makanan dan pembangunan Negeri dapat terus diperkukuhkan.

Tetuan Yasmeen Hajar & Hairudin sentiasa percaya bahawa pembangunan industri dan ekonomi yang mampan memerlukan gabungan aspek tadbir urus, pematuhan, perancangan strategik dan pelaksanaan yang tersusun demi manfaat Negeri dan rakyat secara keseluruhannya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas ruang dan kepercayaan yang diberikan.

https://www.yhhkangar-lawyer.com






Tajuk: Iklan Tersembunyi: Bila Logo Judi Menjadi ‘Normal’ di Ruang AwamPenafian Ringkas: Perkongsian ini untuk tujuan pe...
16/04/2026

Tajuk: Iklan Tersembunyi: Bila Logo Judi Menjadi ‘Normal’ di Ruang Awam

Penafian Ringkas: Perkongsian ini untuk tujuan pendidikan undang-undang dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak, individu, atau insiden spesifik.

Isu :

Dalam beberapa hari ini, ruang digital kita disajikan dengan imej-imej yang dari perspektif undang-undang telah menimbulkan beberapa persoalan serius tentang tahap literasi undang-undang dalam kalangan rakyat terutamanya penganjur acara, peserta, dan pihak yang memakai pakaian berlogo judi di khalayak ramai.

Bukan soal siapa.
Bukan soal parti.
Tapi soal prinsip undang-undang dan tanggungjawab kolektif.

1. Apa Kata Undang-Undang Malaysia?

Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 (Akta 289), Seksyen 4(1)(g) dengan tegas melarang:

“Sesiapa yang… mengiklankan atau menerbitkan apa-apa iklan atau penerbitan yang berupa promosi untuk judi…”

“Maksud ‘Judi’ di bawah ARJT yang di interpritasikan menurut undang-undang dan keputusan kes adalah aktiviti perjudian yang tidak berlesan dan/atau haram di sisi undang-undang Malaysia”

Perkara penting yang sering disalahfahamkan:

Niat jahat (mens rea) TIDAK diperlukan untuk kesalahan ini.
Maksudnya: walaupun seseorang itu “tak tau”, “tak sengaja”, atau “terkhilaf” – jika secara objektifnya tindakannya mempromosikan judi, ia boleh menjadi kesalahan jenayah.

“Iklan” ditafsir secara luas – termasuk memakai jersi berlogo syarikat judi di khalayak ramai, berkongsi gambar di media sosial, atau membenarkan logo tersebut dipamerkan dalam acara yang dianjurkan.

Ini bukan tafsiran baharu. Ini undang-undang yang telah wujud lebih 70 tahun.

2. (Precedent) – Bukan Teori, Tapi Realiti

Pada Julai 2024, laporan media bertauliah (Sinar Harian) mengesahkan bahawa lima pempengaruh media sosial telah didakwa di mahkamah atas kesalahan mempromosi judi dalam talian.

Apa pengajarannya?

"Undang-undang tidak membezakan antara pempengaruh, penjawat awam, wakil rakyat, atau orang perseorangan. Yang membezakan adalah bukti dan fakta."

Jika pempengaruh biasa boleh didakwa, maka prinsip keadilan menuntut agar standard yang sama dikenakan kepada semua lapisan masyarakat.

3. Wakil Rakyat : Standard Yang Lebih Tinggi

Amanah yang dipikul oleh Wakil Rakyat bukan sekadar gelaran atau jawatan. Ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berkhidmat kepada rakyat dalam lunas undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

Apabila seseorang diberi mandat oleh rakyat – sama ada melalui pilihan raya atau lantikan perkhidmatan awam – maka standard kelakuan yang diharapkan adalah lebih tinggi, bukan sama seperti orang awam biasa.

Walaupun secara teknikalnya Wakil Rakyat tidak terikat sepenuhnya dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993, mereka tetap terikat dengan:

Prinsip amanah di bawah konsep fiduciary duty – iaitu kewajipan untuk bertindak demi kepentingan rakyak, bukan kepentingan peribadi atau pihak ketiga.

Undang-undang jenayah umum – termasuk Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289), yang terpakai kepada semua warganegara tanpa mengira status.

Tanggungjawab moral dan etika sebagai pemimpin yang dipilih – termasuk menjadi role model kepada masyarakat.

Seorang Wakil Rakyat yang memakai logo syarikat judi di khalayak ramai – sama ada disedari atau tidak – secara objektifnya sedang mempromosikan aktiviti yang haram di sisi undang-undang Malaysia. Ini bukan soal "terlepas pandang". Ini soal kelalaian yang sukar dipertahankan apabila amanah yang diemban adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat, bukan menjadi papan iklan kepada industri haram.

Satu Peringatan:
Kami tidak berada di sini untuk menghakimi mana-mana individu secara peribadi.

Kami berada di sini untuk mengingatkan bahawa undang-undang dan peraturan sedia ada telah jelas – dan amanah yang diemban oleh Wakil Rakyat menuntut standard kelakuan yang lebih tinggi, bukan standard minimum yang sama dengan orang awam.

“Apabila anda menerima amanah, anda menerima tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang – bukan sekadar apabila selesa, tetapi pada setiap masa, di setiap ruang, termasuk di padang bola.”

4. Prinsip “Ignorantia Juris Non Excusat”

Dalam undang-undang Malaysia, kejahilan undang-undang bukanlah alasan.

Seseorang yang memakai logo syarikat judi di khalayak ramai tidak boleh berlindung di sebalik kenyataan seperti:

“Saya tak tahu logo tu syarikat judi.”

“Orang lain pun pakai.”

“Saya tak dapat bayaran.”

“Jersi Siam, murah, tak perasan.”

Semua hujah ini – walau ikhlas sekalipun – tidak menafikan elemen promosi yang berlaku secara objektif di hadapan ribuan mata, termasuk di platform media sosial yang boleh diakses secara global.

5. Satu Peringatan Kepada Penganjur & Peserta Acara

Dari perspektif pengurusan risiko undang-undang, kami mencadangkan:

Kepada Penganjur Acara:

Lakukan semakan teliti (due diligence) terhadap semua logo penaja sebelum mencetak pada pakaian atau banner rasmi.

Dapatkan pengesahan bertulis daripada penaja bahawa perniagaan mereka adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.

Sediakan klausa indemniti dalam kontrak penajaan – penaja menanggung kos sekiranya timbul isu undang-undang.

Kepada Peserta :

Jangan terima pakaian seragam tanpa meneliti semua logo yang tertera padanya.

Jika ragu – tanya, semak, atau tolak.

Simpan rekod bertulis tentang sebarang arahan atau pemberitahuan daripada pihak atasan berkaitan pakaian seragam.

Kepada Pihak Berkuasa:

Kekalkan konsistensi penguatkuasaan – jangan ada perbezaan layanan antara individu biasa dengan individu bergelar.

Terbitkan garis panduan jelas tentang logo dan penajaan yang dibenarkan dalam acara sukan dan program komuniti.

6. Penutup: Bukan Menghakimi, Tapi Mendidik

Kami di Yasmeen Hajar & Hairudin, Kangar tidak berada di sini untuk menghakimi mana-mana pihak secara peribadi.

Kami berada di sini kerana profesion guaman mewajibkan kami bercakap apabila undang-undang dicabar atau disalahfahamkan secara terbuka.

Isu ini – walau kelihatan kecil – sebenarnya membuka pintu kepada satu persoalan besar:

Adakah kita, sebagai masyarakat, membenarkan simbol perjudian dinormalisasikan di ruang awam, sedikit demi sedikit, sehingga satu hari nanti ia dianggap “biasa”?

Industri judi global menghabiskan berbilion dolar untuk menjadikan jenama mereka kelihatan biasa – melalui penajaan sukan, jersi, acara komuniti, dan media sosial.

Ruang awam kita bukan medan promosi untuk aktiviti yang tidak berlesan dan/atau haram.

Dan undang-undang Malaysia – khususnya Akta 289 – adalah perisai kita terhadap normalisasi ini.

Masyarakat tidak buta. Masyarakat juga tidak berdendam.
Tapi masyarakat berhak mengharapkan standard yang lebih tinggi daripada mereka yang memikul amanah memimpin.

Kepada pihak berkuasa:
Masyarakat memerhati. Dan mereka tahu bahawa keadilan tanpa penguatkuasaan yang telus dan konsisten hanyalah ilusi birokrasi.

Kami komited untuk:

✅ Memberikan pandangan undang-undang yang profesional, neutral, dan berasaskan fakta.
✅ Meningkatkan literasi undang-undang dalam kalangan masyarakat.
✅ Membantu klien – sama ada individu, penganjur acara, penjawat awam atau wakil rakyat – yang memerlukan nasihat undang-undang berkaitan isu ini.

📞 Hubungi Kami Sekiranya Anda Memerlukan:

-Nasihat undang-undang tentang liabiliti di bawah Akta Rumah Judi Terbuka;

-Perwakilan jika anda menerima saman atau panggilan siasatan atau akan dituduh dibawah Akta Rumah Judi Terbuka;

-Semakan dokumen (kontrak penajaan, pekeliling dalaman, surat penjelasan);

-Sesi kesedaran undang-undang untuk jabatan atau organisasi anda;

Yasmeen Hajar & Hairudin, Kangar
📍https://maps.app.goo.gl/hMXFd3BnvbTvqNMT7
📞 049766004 / https://wa.link/tnp8j3
📧 [email protected]
Website : http://www.yhhkangar-lawyer.com/

Penafian:
Perkongsian ini adalah untuk tujuan pendidikan undang-undang dan peningkatan kesedaran awam. Ia tidak merujuk secara spesifik kepada mana-mana pihak, individu, acara, atau insiden tertentu. Ia juga bukan nasihat undang-undang khusus. Sekiranya anda memerlukan nasihat undang-undang yang mengikat, sila buat temujanji dengan peguam kami.














05/04/2026

Pasangan Suami Isteri Antara Tiga Individu Didakwa Edar 510 Kg Methamphetamine Di Perlis

KANGAR, 3 April - Tiga individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 510 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di Wang Kelian, Mac lepas.

Tertuduh, Mohd Rizuan Ramli, 37, serta pasangan suami isteri, Muhammad Amir Aswad Ismail, 27, dan Nur Atiqa Anis Ramadha Abdullah, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh kerana kes pengedaran dadah adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga individu itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 510,000 gram di jalan utama berhampiran persimpangan mini tar pencawang TNB Wang Kelian, Jalan Wang Kelian, Kaki Bukit dekat Padang Besar kira-kira 9.30 pagi, 24 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 2 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




One of the most famous cases in law began with a bottle of ginger beer.In Donoghue v Stevenson, the court introduced the...
08/03/2026

One of the most famous cases in law began with a bottle of ginger beer.

In Donoghue v Stevenson, the court introduced the neighbour principle — the idea that we must take reasonable care to avoid harming those who may be affected by our actions.

Nearly a century later, that principle still guides the law in areas such as product liability, medical negligence, road accidents, and professional responsibility.

Sometimes, the smallest incidents create the most enduring legal principles.

— Yasmeen Hajar & Hairudin, Advocates & Solicitors

We are looking for potential candidates!
21/11/2023

We are looking for potential candidates!


12/01/2022

IKLAN : JAWATAN KOSONG

TUKANG KEBUN

SILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINAT

TERIMA KASIH

IKLAN : JAWATAN KOSONGCLEANER/TUKANG CUCISILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINATTERIMA KASIH
12/01/2022

IKLAN : JAWATAN KOSONG

CLEANER/TUKANG CUCI

SILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINAT

TERIMA KASIH

IKLAN : JAWATAN KOSONGGARDENER / TUKANG KEBUNSILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINATTERIMA KASIH
12/01/2022

IKLAN : JAWATAN KOSONG

GARDENER / TUKANG KEBUN

SILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINAT

TERIMA KASIH

12/01/2022

IKLAN : JAWATAN KOSONG

SILA HUBUNGI SEKIRANYA BERMINAT

TERIMA KASIH

Address

Jalan Satu, Medan Batu Hampar
Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YASMEEN HAJAR & HAIRUDIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to YASMEEN HAJAR & HAIRUDIN:

Share