Dr Nik Rahim & Associates

Dr Nik Rahim & Associates DR NIK RAHIM NIK WAJIS

13/05/2026

Jom ikuti Program Khas berkaitan Masjid al Aqsa yang akan disampaikan oleh Syeikh Samir yang berasal dari Palestine

13/05/2026

Daurah Kefahaman: Isu Masjid Al-Aqsa
Disampaikan khas daripada warga Palestin sendiri. Sheikh Sameer Saeed.

Jumpa anda malam ini ✨
Terbuka untum semua!

KENYATAAN MEDIAYB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447HMerujuk kepada kontroversi berkaitan ...
13/05/2026

KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH

13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H

Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.

YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh

Kisah Malang Se orang Pesara yang baru jadi mangsa SCAMUsai solat zohor di surau tadi sempat sembang dengan seorang saha...
13/05/2026

Kisah Malang Se orang Pesara yang baru jadi mangsa SCAM

Usai solat zohor di surau tadi sempat sembang dengan seorang sahabat. Minggu lepas dia ajak saya melabur. Katanya pelaburan ni di Bursa Saham tapi diuruskan oleh satu syarikat.

Setiap kali jual, dia dapat untung hingga RM2,000. Modal dia dah keluar RM10,000. Saya rasa dah tak sedap hati. Saya cakap kepada beliau, dengan ciri-ciri yang beliau sebutkan, saya yakin ini adalah SCAM. Tapi saya tak buat apa-apa sebab dia dah pun membuat pembayaran.

Hari ini lepas sembang-sembang tentang kesihatan beliau yang agak merosot akhir-akhir ini, saya tanya beliau macamana dengan pelaburan yang beliau buat minggu lepas? Dengan nada yang agak sedih beliau menjawab “Tak jadi Ustaz. Scam. Betullah apa yang Ustaz cakap minggu lepas”.

Saya tarik nafar panjang. RM10,000 melayang begitu sahaja. Saya menasihati beliau agar berhati-hati di masa akan datang. Ini pesanan saya kepada beliau dan semua sahabat di luar sana:
“JIKA MAHU MELABUR, CARI ILMU DAN LABURLAH SENDIRI. JANGAN SEKALI-KALI SERAHKAN WANG ANDA KEPADA SESIAPA”

Ikhlas dari
Dr Nik Rahim & Associates

24 Zul Qaeddah 1447H- 14 Mei 2026
Nilai Negeri Sembilan
============================
Minat jadi Ejen Hartanah dan menjana pendapatan lumayan?
Klik Link ini >> https://www.facebook.com/share/p/1CqENmceWv/

Nak belajar makna al Quran? Klik ke link di bawah:
https://app.thinkquran.com/?r=DRNIK

13/05/2026

Hikayat Tenggang si anak Derhaka

Hikayat si Tenggang Derhaka. Slide untuk baca keseluruhan komik. Moga bermanfaat. AMEEN…        Drnikrahim NikwajisAl Ra...
13/05/2026

Hikayat si Tenggang Derhaka. Slide untuk baca keseluruhan komik. Moga bermanfaat. AMEEN…

Drnikrahim NikwajisAl Rayyan El Rayyan

Alhamdulillah atas nasihat dan teguran saya semalam, adinda saya (sepupu) telah meminta maaf dan menarik balik tohmahan ...
13/05/2026

Alhamdulillah atas nasihat dan teguran saya semalam, adinda saya (sepupu) telah meminta maaf dan menarik balik tohmahan terhadap para sahabat dan berjanji tidak mengulanginya.

Awi! Dengar nasihat Abe Syihab. Hati2 bila keluarkan apa2 kenyataan. Jauhi kegelojohan demi mendapat perhatian dan sokongan. Moga ini menjadi pengajaran berguna buat Awi dan juga yang lain-lain.

Drnikrahim Nikwajis

Tahniah İkram kerana bertindak tegas demi menjaga maruah Para Sahabat Nabi SAW. Moga Nik Zawawi serta lain2 belajar dari...
13/05/2026

Tahniah İkram kerana bertindak tegas demi menjaga maruah Para Sahabat Nabi SAW. Moga Nik Zawawi serta lain2 belajar dari kesilapan. Jauhi dari kegelojohan bila berbicara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Tan Sri Azam Baki atas khidmat cemerlang beliau sepanjang 42 ta...
13/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Tan Sri Azam Baki atas khidmat cemerlang beliau sepanjang 42 tahun dalam dunia penguatkuasaan dan pencegahan rasuah negara.

Sepanjang kepimpinan beliau di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pelbagai kes berprofil tinggi berjaya disiasat dan didakwa, termasuk melibatkan salah guna kuasa, penyelewengan dana awam, rasuah berprofil tinggi serta sindiket antarabangsa. Ketegasan, keberanian dan kesungguhan beliau dalam menjalankan amanah negara wajar dihormati dan dikenang.

Beliau telah memperlihatkan ketegasan tanpa gentar dalam menghadapi tekanan, kritikan dan cabaran besar demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang terus dipertahankan.

Ucapan selamat menjalankan tugas juga diucapkan kepada Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Pesuruhjaya SPRM yang baharu. Semoga beliau mampu meneruskan legasi kepimpinan yang berani, telus, tegas dan cekal dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa di negara ini.

Amanah yang dipikul amat besar dan mencabar, namun dengan keikhlasan, integriti dan sokongan seluruh warga SPRM serta rakyat Malaysia, insya-Allah tugas berat ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau serta mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keteguhan dalam memimpin SPRM ke arah yang lebih dihormati dan diyakini masyarakat.

Ikhlas dari

Dr Nik Rahim & Associates

24 Zul Qaeddah 1447H- 14 Mei 2026
Nilai Negeri Sembilan
============================
Minat jadi Ejen Hartanah dan menjana pendapatan lumayan?
Klik Link ini >> https://www.facebook.com/share/p/1CqENmceWv/

Nak belajar makna al Quran? Klik ke link di bawah:
https://app.thinkquran.com/?r=DRNIK

Al Rayyan El RayyanDrnikrahim Nikwajis@top fans

12/05/2026

Si Tenggang anak derhaka. Akhirnya dapat balasan dari Allah Al Rayyan El Rayyan Drnikrahim Nikwajis

12/05/2026

Perkahwinan jarak jauh memang amat perit. Namun kami terpaksa bersabar. Al Rayyan El Rayyan Drnikrahim Nikwajis

Address

Kampong Baharu Nilai

Website

https://baitijannati.info/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Nik Rahim & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category