07/10/2024
Soalan:
Saya ingin membuat pindah milik hartanah areah ibu kepada nama saya dan dalam S&P masih ada 2 nama iaitu nama adik lelaki dan arwah ibu saya.
2. Rumah itu sudah dilepaskan gadaian dari bank dan tetapi belum buat perfection dan masih atas nama pemaju. Saya juga telah mengambil kuasa mentadbir( borang F)untuk bahagian arwah ayah saya dan adik saya juga bersetuju untuk beri bahagiannya dan lepaskan haknya kepada saya. Bolehkeh pindah milik ni dilaksanakan secara "direct transfer" ke nama saya? Atau perlu lakukan perfection mngikut nama didalam S&p dahulu?
Jawapan:
1) Ini adalah jawapan kepada yang membuat bicara pusaka di pejabat tanah dan bukan Mahkamah tinggi.
2) Sebelum proses perfection, kita perlu selesaikan isu pusaka dahulu. Borang F yang diambil hanya utk tujuan masukkan nama sebagai Pentadbir sahaja.
3) Lantik peguam dan minta siapkan Deed of Receipt and Reassignment serta lampirkan borang F, hantar kepada Pemaju utk proces Perfection of Transfer dahulu. Apabila Geran sudah keluar akan tunjuk 1/2 share nama Encik sbg Pentadbir dan 1/2 share atas nama adik.
4) Kemudian, boleh buat permohonan seterusnya guna Borang P di pejabat pusaka utk batalkn Pentadbir di dalam Geran dan turunmilik kepada Encik sebagai benefisiari( penerima) dan minta abang tolak hak dia untuk harta pusaka itu.
5) Bila perintah pusaka yang baru sudah keluar, Encik boleh minta peguam sediakan Borang pindahmilik (14A) untuk abang pindahmilik 1/2 bahagian dia kepada Encik dan kepilkan sekali Perintah Pusaka terbaru agar harga keseluruhan dipindahmilik.
Faridah Begum Abdul Rahman
*** gambar sekadar hiasan