Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM KLBG menyediakan perkhidmatan konsultasi guaman dan undang-undang secara percuma kepada masyarakat

PROGRAM KOMUNiTI CLE“Bridging to Law: Safe Spaces, Strong Voices”Program yang berlangsung pada 27 Jun 2026 di Fakulti Un...
17/09/2026

PROGRAM KOMUNiTI CLE
“Bridging to Law: Safe Spaces, Strong Voices”

Program yang berlangsung pada 27 Jun 2026 di Fakulti Undang-Undang UKM ini telah menghimpunkan hampir 90 orang pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak mereka di sisi undang-undang serta membentuk generasi muda yang lebih berani, berpengetahuan dan bertanggungjawab.

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai isu perundangan yang amat relevan dengan kehidupan remaja masa kini, antaranya:

* Gangguan seksual (Sexual Harassment)
* Buli siber dan gangguan dalam talian (Cyberbullying & Online Harassment)
* Persetujuan (Consent) dan kesedaran mengenai kesalahan seksual

Bagi memastikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan, pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan seperti:
⚖️ Mock Trial (Perbicaraan Olok-olok)
🎯 Aktiviti berkumpulan
🔍 Legal Scavenger Hunt
🎓 Sesi perkongsian laluan kerjaya dalam bidang undang-undang selepas SPM

Saya amat berbangga melihat komitmen, kreativiti, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam merancang serta melaksanakan program ini. Mereka bukan sahaja berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kuliah, malah turut menyumbang kepada masyarakat melalui penyampaian literasi undang-undang secara praktikal.

Inilah matlamat sebenar Clinical Legal Education (CLE) iaitu melahirkan graduan undang-undang yang bukan sahaja menguasai teori, tetapi juga mempunyai nilai profesionalisme, empati, kemahiran komunikasi serta komitmen terhadap akses kepada keadilan dan khidmat masyarakat.

Semoga usaha murni ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasakan pendidikan undang-undang dalam kalangan masyarakat serta melahirkan generasi muda yang lebih celik undang-undang, berani bersuara dan bertanggungjawab.

Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar Kumpulan 3 UUUP3903. Anda telah membuktikan bahawa ilmu undang-undang mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Teruskan kecemerlangan dan semoga segala usaha ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Pada 17 Jun 2025 bersamaan 1 Muharram 1448H satu  Forum bertajuk “Keganasan Rumah Tangga: Memperkasa Wanita, Melindungi ...
18/06/2026

Pada 17 Jun 2025 bersamaan 1 Muharram 1448H satu Forum bertajuk “Keganasan Rumah Tangga: Memperkasa Wanita, Melindungi Hak” telah dilaksanakan di Surau Darul Mahabbah, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Rakan KLBG juga telah membuka booth KLBG di program ini.

Program ini adalah penganjuran pelajar-pelajar Kursus CLE, FUU UKM dengan kerjasama KLBG dan komuniti Persatuan Penduduk Seksyen 7/3 dan Surau Darul Mahabbah.

Semoga program ini memberi manfaat kepada masyarat setempat.

14 Jun 2026, pelajar-pelajar kursus CLE-Clinical Legal Education (Pendidikan Undang-undang Klinikal) dengan kerjasama Kl...
18/06/2026

14 Jun 2026, pelajar-pelajar kursus CLE-Clinical Legal Education (Pendidikan Undang-undang Klinikal) dengan kerjasama Klinik Literasi dan Bantuan Guaman telah mengadakan program komuniti bersama pelajar-pelajar di Bait Hasanah, Klang Pusat Zakat Selangor.

Program ini bertemakan“Jaga diri, Jaga semua: Membanteras Jenayah Seksual di Kalangan Kanak-kanak”. Program ini memberikan kesedaran kepada kanak-kanak berkaitan hak kanak-kanak, jenayah seksual kanak-kanak dan apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi gangguan seksual.

Kursus Pendidikan Undang-undang Klinikal Berasaskan Komuniti baru diperkenalkan di fakulti ini.

Selain membantu perkhidmatan Klinik Literasi dan Bantuan Guaman(KLBG) FUU UKM, pelajar juga perlu mengadakan program komuniti kepada masyarakat sebagai salah satu penilaian kursus.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai hak mereka serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mencegah dan membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

03/06/2026
RERUAI KLBG DI WISMA UNIKEBKlinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG) Fakulti Undang-Undang UKM kini membuka reruai di Wi...
21/04/2026

RERUAI KLBG DI WISMA UNIKEB

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG) Fakulti Undang-Undang UKM kini membuka reruai di Wisma Unikeb!

Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai persoalan berkaitan perundangan, jemput hadir ke reruai kami bagi mendapatkan maklumat lanjut. Kami sedia mendengar dan membantu.

📌 Butiran Reruai:
Tarikh: 20 - 24 April 2026
Lokasi: Aras 1, Wisma Unikeb
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Jumpa anda di sana!

10–11 April 2026KLBG telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Perancangan Strategik KLBG 2026.Bengkel dimulakan dengan ...
14/04/2026

10–11 April 2026

KLBG telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Perancangan Strategik KLBG 2026.

Bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid, Dekan Fakulti Undang-Undang, diikuti dengan pembentangan aktiviti serta rekod kes yang diterima oleh KLBG sepanjang tahun 2025.

Seterusnya, Dr. Fatimah Yusro selaku Ketua KLBG yang baharu telah membentangkan perancangan aktiviti KLBG bagi tahun 2026, yang kemudiannya diteruskan dengan sesi perbincangan mengenai halatuju KLBG.

Selain itu, sesi perbincangan pemurnian gerak kerja sedia ada KLBG turut diadakan bagi memperkemas pelaksanaan program serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti.

Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat yang berterusan.

5 Februari 2026 - Fakulti Undang-Undang (FUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah Seminar Penu...
10/02/2026

5 Februari 2026 - Fakulti Undang-Undang (FUU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi tuan rumah Seminar Penuaan Sejahtera anjuran Pertubuhan SALWA dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM (KLBG) di bawah Program Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas PAWE@3A JKM sebagai inisiatif memperkasa warga emas agar terus menjalani kehidupan yang berkualiti dan bermakna.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Hajah Nordiran Idris, Pengerusi SALWA Malaysia.
Seterusnya, majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aishah Bidin, Profesor Emeritus, Fakulti Undang-Undang UKM.

Seminar ini bertujuan untuk:
Memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, anggun dan sejahtera.
Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental di usia emas.
Memberi panduan secara praktikal tentang langkah penjagaan keselamatan serta pencegahan isu-isu yang dihadapi warga emas.

Seminar ini bukan sekadar wacana, tetapi satu usaha kolektif untuk memastikan warga emas terus dihargai, dilindungi dan diraikan dalam masyarakat.



SEMINAR PENUAAN SEJAHTERAAyuh sertai seminar bermanfaat ini yang memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, ...
30/01/2026

SEMINAR PENUAAN SEJAHTERA

Ayuh sertai seminar bermanfaat ini yang memberi pendedahan tentang realiti penuaan yang ideal, anggun dan sejahtera di samping mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan di usia emas dalam semua aspek.

📆: 05 Februari 2026 (Khamis)
⏰: 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
🏢: Auditorium Bangunan Mahkamah MUT, Fakulti Undang-Undang UKM

Topik:
💡 Penjagaan Kesihatan Ideal & Realistik Menuju Penuaan Anggun Dan Sejahtera
💡 Strategi Membantu Warga Emas Di Peringkat Awal Demensia
💡 Merancang Kewangan Di Usia Emas
💡 Cukupkah Undang-Undang Sedia Ada Melindungi Warga Emas Di Malaysia?

📮Masuk adalah PERCUMA!
📮Penyertaan terbuka kepada LELAKI DAN WANITA

📍Daftar segera: https://forms.gle/RS2PoUQr72b2ZBsj9
📱 WhatsApp: www.wasap.my/601154188425/SPS

Terima kasih.
Sekretariat Seminar Penuaan Sejahtera 2026

13 Januari 2026Hari ini, Sesi Perbincangan Pusat Integriti & Ombudsman UKM bersama KLBG telah dilaksanakan bertempat di ...
13/01/2026

13 Januari 2026

Hari ini, Sesi Perbincangan Pusat Integriti & Ombudsman UKM bersama KLBG telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat KLBG FUU. Perbincangan ini merupakan langkah awal ke arah kerjasama strategik, melibatkan perbincangan mengenai tatacara pengurusan kes serta potensi kerjasama program yang boleh dilaksanakan bersama.

KLBG telah diwakili oleh Dr. Fatimah Yusro Hashim, Ketua KLBG, Dr. Suhaizad, Dr. Asma Hakimah selaku ahli KLBG.

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Dr. Nadhilah A. Kadir selaku wakil Timb. Dekan HEJIM FUU dan En Ikhwan 'Azim Ishak selaku pegawai tadbir HEJIM.

Semoga usaha awal ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang berterusan, berkesan dan memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

9 Januari 2026Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat ...
12/01/2026

9 Januari 2026

Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan Tatakelola KMUKM Sesi 2025/2026.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi menjalinkan hubungan kerjasama strategik antara KLBG UKM dan Jawatankuasa Perundangan dan Tatakelola KMUKM serta penyerahan Kertas Kerja Sentuhan Prihatin Mahasiswa, sebuah inisiatif bagi menyantuni mahasiswa yang berhadapan dengan isu perundangan serta membantu mereka mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya.

KLBG diwakili oleh Dr. Fatimah Yusro Hashim, Ketua KLBG yang baharu, serta Dr. Suhaizad Saifuddin, Ahli KLBG.

Address

Fakulti Undang-undang, UKM & Aras 3, Wisma UNIKEB
Kajang
43600

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60389118193

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Literasi dan Bantuan Guaman UKM:

Shortcuts

Share

Category