Nabilah Sham Rin

Nabilah Sham Rin Nabilah Sham Rin was established in 2015 by three Partners namely Cik Fatimah Nabilah, En Nor Sham a

Salah satu tanggungjawab pentadbir pusaka atau wasi adalah menyediakan inventori. Secara ringkasnya, waris-waris berhak ...
05/01/2026

Salah satu tanggungjawab pentadbir pusaka atau wasi adalah menyediakan inventori.
Secara ringkasnya, waris-waris berhak untuk mendapatkan maklumat mengenai harta pusaka si mati daripada pentadbir/wasi ini.
Jadi apa itu inventori? Dikongsikan di sini beberapa maklumat mengenainya.
NSRJB

, , , , ,

Pusaka: Ringkasan Kes-kes Berkaitan Pentadbiran Pusaka 2025Ringkasan 5 kes terpilih tahun 2025 berkaitan pentadbiran pus...
31/12/2025

Pusaka: Ringkasan Kes-kes Berkaitan Pentadbiran Pusaka 2025

Ringkasan 5 kes terpilih tahun 2025 berkaitan pentadbiran pusaka di Malaysia.

Selamat membaca!

Ringkasan 5 kes terpilih tahun 2025 berkaitan pentadbiran pusaka di Malaysia.

Rumusan Kes: Waris Juga Berhak Mengetahui Urusan Pusaka
06/12/2025

Rumusan Kes: Waris Juga Berhak Mengetahui Urusan Pusaka

Rumusan kes berkenaan hak waris untuk mendapatkan maklumat daripada wasi dan pentadbir. Maklumat termasuklah akaun dan inventori pusaka si mati.

"Ke mana Duit Pusaka Kami?" - Hak Waris Menuntut Akaun dari Pentadbir
03/12/2025

"Ke mana Duit Pusaka Kami?" - Hak Waris Menuntut Akaun dari Pentadbir

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan buat semua yang menyambutnya.Gunakan kesempatan hari raya ini untuk bermaafan ...
21/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan buat semua yang menyambutnya.
Gunakan kesempatan hari raya ini untuk bermaafan di antara kita. Semoga terlerai semua sengketa.
Jalinkan lembaran baharu dalam cahaya kemenangan ini.
Ikhlas dari kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Selamat Hari Malaysia 2022 buat semua. Semoga negara kita kekal harmoni dan sejahte...
16/09/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Malaysia 2022 buat semua.
Semoga negara kita kekal harmoni dan sejahtera sentiasa.
Daripada kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

Assalammualaikum dan salam sejahtera.  Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan meraikan hari kemerdekaan Malaysia y...
29/08/2022

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja kita akan meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 65.
Daripada seluruh warga kerja Nabilah Sham Rin, Johor Bahru, Johor kami mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan 2022.
"Keluarga Malaysia Teguh Bersama"
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

Kesan Kelewatan di dalam Pengurusan Pusaka: Peranan Khas Amanah Raya Berhad“Tanah kubur itu masih merah. Kau dah sibuk n...
16/08/2022

Kesan Kelewatan di dalam Pengurusan Pusaka: Peranan Khas Amanah Raya Berhad
“Tanah kubur itu masih merah. Kau dah sibuk nak bincang pasal harta?”
Ini adalah dialog yang biasa kita dengar di dalam mana-mana cerekarama Melayu berkenaan pengurusan harta pusaka. Terlalu kerap dialog ini digunakan sehingga sebati menjadi sebahagian daripada budaya kita.
Harta pusaka adalah satu perkara taboo dan sensitif untuk dibincangkan di dalam sebahagian komuniti. Pengaruh budaya memberi pemberat yang berbeza terhadap sudut pandang masyarakat kita mengenai pengurusan harta pusaka. Ini belum lagi kita bincangkan soal pembahagian, baru pengurusan sahaja sudah cukup memeningkan.
Kepentingan mengenai pengurusan harta pusaka ini sering diketengahkan di dalam pelbagai media dan makalah. Tetapi bukanlah mudah untuk mengubah persepsi masyarakat yang telah lama terbentuk.
Kerana terlalu taksub dengan budaya ini akhirnya pelbagai masalah timbul dikemudian hari. Sebagaimana urusan-urusan lazim yang lain, masa adalah intipati penting di dalam pengurusan harta pusaka. Berikut disertaka perbincangan berkaitan masa di dalam pengurusan pentadbiran harta pusaka.
Waktu yang sesuai untuk memulakan pengurusan harta pusaka
Secara ringkasnya, tiga badan utama dalam pengurusan harta pusaka adalah Unit Pusaka Kecil, Mahkamah dan Amanah Raya Berhad dengan setiap satunya mempunyai bidangkuasa tersendiri. Untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir di Mahkamah nilaian pusaka perlulah melebihi RM2 juta dan merangkumi harta alih dan tidak alih. Sekiranya kurang daripada RM2 juta maka ini adalah di bawah bidangkuasa Unit Pusaka Kecil.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat p**a, tanpa mengambilkira nilaian pusakanya hanya mahkamah tinggi sahaja yang berbidangkuasa untuk mengeluarkan geran probet iaitu dokumen yang mengesahkan wasiat tersebut dan melantik wasi sebagaimana terkandung di dalam wasiat tersebut untuk menguruskan pusaka si mati.
Menguruskan harta pusaka si mati di sini termasuklah mengumpul maklumat mengenai harta-harta si mati serta mengecualikan harta yang tidak layak diwarisi, mengenalpasti hutang piutang si mati serta waris-waris si mati, melantik pentadbir harta pusaka atau membuktikan wasiat dan macam-macam lagi. Dalam konteks perbicangan kali ini, maksud pengurusan harta pusaka ini adalah dengan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet atau melantik pentadbir atau wasi bagi menguruskan harta pusaka si mati.
Tiada peruntukan khas mahupun mandatori yang menetapkan masa yang sesuai untuk menguruskan harta pusaka si mati.
Walaubagaimanapaun, bagi permohonan di mahkamah tinggi terdapat larangan khusus kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan Geran Probet dalam tempoh 7 hari dan Surat Kuasa Mentadbir dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kematian. Ini dinyatakan secara khusus di dalam A.71, K.4(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Jadi, boleh difahami bahawa permohonan paling awal yang boleh dilakukan di Mahkamah adalah selepas 7 atau 14 hari bergantung kepada jenis surat kuasa yang mahu diperoleh daripada mahkamah. Tiada peruntukan serupa di dalam Akta Pusaka Kecil 1955 atau Akta Amanah Raya Berhad 1995.
Bilakah permohonan di Mahkamah telah dianggap lewat?
Di dalam A.71, K5(6), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan mana-mana permohonan yang melebihi 3 tahun selepas tarikh kematian perlulah dinyatakan sebab-sebab kelewatan tersebut. Tetapi, tiada sebarang kesan dinyatakan sekiranya permohonan tersebut dibuat lewat. Ini berbeza di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Sekiranya anda membaca Seksyen 81 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 p**a menunjukkan permohonan ini perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan atau pihak Amanah Raya Berhad (ARB) boleh dilantik sebagai pentadbir atau menggantikan wasi yang sepatutnya bertindak di bawah wasiat.
Bagaimana p**a untuk pusaka kecil?
Bagi pusaka kecil, (takrifan sekarang di bawah RM2 juta bagi kombinasi harta alih dan tidak alih) p**a, di bawah Seksyen 18(1) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 memberikan kuasa kepada Penghulu atau Pegawai Penempatan di mana hartanah si mati itu berada, boleh di atas arahan Pentadbir Tanah boleh diarahkan untuk memfailkan permohonan di bawah Akta tersebut sekiranya tiada sebarang permohonan di buat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.
Peruntukan ini menunjukkan, walaupun tiada sebarang permohonan dibuat oleh ahli-ahli waris dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian tersebut sekiranya si mati mempunyai sebarang harta tidak alih, Pentadbir Tanah di mana lokasi harta tidak alih itu berada boleh mengarahkan penghulu atau pegawai penempatan untuk memfailkan permohonan pentadbiran dan pembahagian di pusaka kecil.
Kemudian, di dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2022 p**a, kuasa ini telah dipinda menjadi budibicara khas Pegawai Pembahagi Pusaka (Estate Distribution Officer) melalui permohonan daripada Amanah Raya Berhad atau Majlis Agama Islam sahaja. Walaupun akta ini telah diwartakan pada 22.1.2022, kita masih lagi menunggu ‘green light’ daripada Menteri berkaitan terhadap tarikh sebenar penguatkuasaan akta ini.
Peranan Amanah Raya Berhad sekiranya berlaku kelewatan
Antara kesan kelewatan membuat permohonan adalah seperti melewatkan proses pembahagian harta pusaka, merumitkan proses pentadbiran (terutamanya apabila berlaku kematian berlapis), pemiutang (sekiranya ada) memulakan tindakan terhadap pusaka dan pelbagai lagi.
Sebagaimana yang dibincangkan di atas juga, di dalam keadaan-keadaan kelewatan permohonan untuk pentadbiran berlaku Amanah Raya Berhad (ARB) boleh dilantik sebagai pentadbir bagi harta pusaka si mati.
Perlantikan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan:
(1) Melalui permohonan Penghulu atau Pegawai Penempatan di bawah Akta Pusaka Kecil 1955 (dibincangkan di atas);
(2) Lantikan oleh Mahkamah Tinggi apabila berlaku kelewatan di dalam keadaan-keadaan berikut:
a. 6 bulan selepas kematian dan tiada sebarang tindakan diambil oleh ahli waris, s.81(a) Akta Probet dan Pentadbiran 1959;
b. 6 bulan selepas kematian pentadbir atau wasi dan tiada permohonan untuk pentadbiran telah dibuat, s.81(d) Akta Probet dan Pentadbiran 1959
c. Kegagalan pentadbir untuk mengekstrak Surat Kuasa Mentadbir dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh pemberian kuasa oleh Mahkamah untuk menyediakan sekuriti , s.15(a) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995;
d. Apabila pentadbir gagal untuk mengekstrak dalam tempoh yang munasabah apabila perintah untuk mengisukan geran kuasa mentadbir telah diberikan, s.15(a) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
Maka, jelas daripada di atas ARB boleh dilantik untuk menjadi pentadbir oleh Mahkamah sekiranya berlaku kelewatan dalam pengurusan pusaka tersebut oleh ahli-ahli waris. Ini akan membataskan peluang untuk ahli-ahli waris menguruskan sendiri hal berkaitan pentadbiran pusaka termasuklah berkenaan kawalan terhadap kos yang terlibat di dalam pengurusan pentadbiran pusaka itu sendiri memandangkan caj dan fi perkhidmatan ARB telahpun ditetapkan oleh statut sebagaimana yang diperuntukkan oleh s.33 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Walaubagaimanapun, ini bukanlah masalah sekiranya waris-waris mengetahui mengenai kos-kos tersebut dan bersetuju mengenainya.
Kesimp**an
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini walaupun tidak dinyatakan secara jelas seawal manakah permohonan untuk melantik pentadbir itu perlu dilakukan peruntukan undang-undang menunjukkan seolah-olah permohonan ini haruslah disegerakan dalam tempoh 6 bulan atau surat kuasa mentadbir dan geran probet tersebut boleh diberikan kepada pihak ARB.
Tempoh 6 bulan ini bolehlah dianggap munasabah bagi waris-waris dengan memberi peluang untuk waris-waris berkabung di atas pemergian orang yang tersayang di samping berbincang mengenai hal-hal berkaitan pusaka si mati itu sendiri.
Jika terlalu lama, dikhuatiri pentadbiran telah dimulakan oleh pihak ARB dan ini pastinya akan merumitkan lagi urusan ahli-ahli waris untuk menikmati harta pusaka si mati. Harus tidak dilupakan juga, sebagaimana entiti perniagaan yang lain ARB turut mengenakan caj-caj tertentu sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang kerana antara objektif penubuhan badan ini adalah untuk menjadi syarikat amanah yang menguntungkan juga (seksyen 10(b) Akta Amanah Raya Berhad 1995).
Oleh itu, berbincanglah sesama ahli waris supaya hal berkaitan pengurusan harta pusaka ini dapat disegerakan bagi mengelakkan kesan-kesan yang tidak diingini.
Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

03/08/2022

Ignorance of law is not an excuse ataupun kejahilan undang-undang bukanlah satu alasan.
Ini merupakan prinsip perundangan yang kerap digunakan dan sering di nyatakan oleh hakim-hakim yang bijaksana di dalam penghakiman mereka.
Prinsip common law ini telah diterima oleh mahkamah-mahkamah tempatan di Malaysia juga. Secara ringkasnya prinsip ini meletakkan liabiliti kepada pihak-pihak yang telah melanggar undang-undang.
Di mata undang-undang kenaifan anda bukanlah satu alasan yang kukuh untuk mengabaikan tanggungjawab anda di bawah undang-undang.
Oleh itu, pastikan anda mendapatkan nasihat perundangan terlebih dahulu di dalam apa sahaja tindakan anda.
Barisan peguam kami memberikan konsultasi undang-undang dan perkhidmatan perundangan daripada khidmat nasihat urusniaga hartanah, pentadbiran pusaka dan kes-kes sivil umum.


Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.Jadikan Hari Raya ini penuh bermakna di samping...
10/07/2022

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Jadikan Hari Raya ini penuh bermakna di samping ahli keluarga anda.
Ikhlas dari kami

Nabilah Sham Rin
Johor Bahru, Johor

Address

No. 30A, Jalan Camar 1, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 12:00
13:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:00
14:00 - 17:30

Telephone

+60198822036

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nabilah Sham Rin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nabilah Sham Rin:

Share