Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam Perkhidmatan Agensi Kerajaan berasaskan untuk rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah

Sebelum ini, tetapan perkhidmatan rawatan dan pemulihan di Malaysia adalah berdasarkan kepada jenis undang-undang dan paksaan. Tetapi sekarang, Agensi telah melaksanakan satu transformasi dengan penubuhan C & C 1Malaysia dengan konsep kesukarelaan, tiada undang-undang yang mengikat, dan tiada pra-syarat bagi sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan klinik dengan ketagihan penyalahgunaan dadah. Atas dasar untuk memberi rawatan dan pemulihan yang terbaik, Model C & C telah dibangunkan oleh sekumpulan pegawai dari Agensi dengan matlamat utama adalah untuk mengekalkan pemulihan dari pergantungan penyalahgunaan dadah.

-------------------------------------------------------------------

Previously, treatment and rehabilitation service settings in Malaysia is based on the legal and coercive nature. But now, the agency has been implementing a transformation with the establishment of the C & C 1Malaysia clinic with the concept of voluntariness, no binding legislation, and no prerequisite for anyone who has problems related to drug abuse addiction. On the basis to provide treatment and rehabilitation at best, C & C Model has been developed by a group of officer from the Agency with the primary objective is to maintain recovery from dependence of drugs abuse.

🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA🇲🇾Hari ini, 16 September, kita bukan sahaja meraikan sebuah tarikh sejarah, tetapi kita meraikan ...
16/09/2026

🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA🇲🇾

Hari ini, 16 September, kita bukan sahaja meraikan sebuah tarikh sejarah, tetapi kita meraikan perpaduan dan kepelbagaian yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

'Keprihatinan Dihatiku' bukan sekadar kata-kata, ia adalah panggilan untuk:
✅ Prihatin terhadap sesama manusia.
✅ Prihatin terhadap masa depan generasi kita.
✅ Prihatin dalam membanteras gejala yang merosakkan masyarakat, terutama dadah.

Mari kita bina sebuah komuniti yang menyokong, penyayang, dan bebas dari ancaman najis dadah.Perpaduan kita adalah kekuatan kita. Marilah kita terus melangkah ke hadapan sebagai satu bangsa yang kuat.

Ikhlas daripada
Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh
Pengarah
PUSPEN Bukit Mertajam








PROGRAM HARI MALAYSIA &PERTANDINGAN KULINER KREATIF CITARASA MAGGI MALAYSIA Unit Hal Ehwal Penghuni (HEP)telah menganjur...
16/09/2026

PROGRAM HARI MALAYSIA &
PERTANDINGAN KULINER KREATIF CITARASA MAGGI MALAYSIA

Unit Hal Ehwal Penghuni (HEP)telah menganjurkan Pertandingan Kuliner Kreatif Citarasa Maggi Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada 5 buah asrama serta penglibatan Pegawai Asrama yang turut memberikan sokongan dan bimbingan kepada para peserta.

Program dimulakan dengan penyerahan apron dan topi chef kepada wakil peserta serta gimik perasmian yang telah disempurnakan oleh Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh, Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam.

Dua kategori menu dipertandingkan iaitu Kerabu Maggi dan Menu Kreatif Bebas berasaskan Maggi, yang memberi ruang kepada setiap asrama mengetengahkan kreativiti, kemahiran, kerjasama dan inovasi dalam menghasilkan hidangan.

Turut menarik perhatian, Tuan Wan Madihi berkesempatan merasai hidangan yang disediakan oleh setiap asrama, sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap usaha serta kreativiti para peserta.

Di akhir program, Ketua Juri, En. Rozaidi bin Ismail, telah menyampaikan ulasan dan rumusan berhubung pertandingan, termasuk hasil penilaian terhadap hidangan yang telah disediakan oleh para peserta.

Pertandingan berlangsung dalam suasana yang meriah, santai dan penuh semangat kekitaan, sekali gus menjadi platform untuk memupuk kerjasama, kreativiti, disiplin dan keyakinan diri dalam kalangan penghuni PUSPEN Bukit Mertajam.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta , Pegawai Asrama, barisan juri serta urus setia atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
🍜 Kreatif Di Dapur, Erat Di Hati!




SALAM PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN KAKITANGANPerpisahan dalam dunia pekerjaan, walaupun cuba dielakkan, pasti akan tiba ju...
14/09/2026

SALAM PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN KAKITANGAN

Perpisahan dalam dunia pekerjaan, walaupun cuba dielakkan, pasti akan tiba jua saatnya. Sama ada kerana pertukaran tempat kerja, kenaikan pangkat mahupun tuntutan perkhidmatan, detik ini tetap hadir dengan pelbagai rasa – sedih, terharu dan penuh kenangan.

Tuan Wan Madihi,Pegarah bersama warga PUSPEN Bukit Mertajam merakamkan salam perpisahan kepada seorang kakitangan yang dihargai iaitu
En.Nur Azwan Bin Abd Rahman yang akan bertukar ke AADK Daerah Bandar Baharu,Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang berkhidmat di sini. Semoga terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu, serta ikatan ukhuwah yang terjalin kekal utuh walau di mana jua berada.

Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan-lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.

Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam d**a,
Budi yang baik jadi kenangan,
Jasa puan dan tuan kami tak lupa.

Menyusun pantun memakai rima,
Rima dibuat menjadi kisah,
Bertahun-tahun kerja bersama,
Tibalah masa untuk berpisah.


AMANAH JABATAN: URUS HAK MYSARA PENGHUNI SECARA TELUS Berada di PUSPEN bukan bermakna hak kebajikan penghuni terhenti. P...
11/09/2026

AMANAH JABATAN: URUS HAK MYSARA PENGHUNI SECARA TELUS

Berada di PUSPEN bukan bermakna hak kebajikan penghuni terhenti. PUSPEN Bukit Mertajam sentiasa memastikan setiap penghuni yang layak menerima bantuan MYSARA tetap mendapat hak mereka sepenuhnya melalui pengurusan kebajikan yang telus.

Melalui kerjasama pintar bersama MYDIN Bukit Jambul, Pulau Pinang sejak November 2025, pada 3 September yang lalu, dana bantuan MYSARA milik penghuni dialirkan secara efektif untuk pembelian barang keperluan harian mereka.

Hari ini, Tuan Wan Madihi ,Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam menyempurnakan gimik penyampaian barang-barang keperluan tersebut terus kepada wakil penghuni. PUSPEN Bukit Mertajam akan terus komited menggalas amanah ini demi memastikan kesejahteraan dan kebajikan penghuni sentiasa terjaga sepanjang fasa kepulihan mereka.

KURSUS ASAS SEMAIAN  Tarikh: 10 September 2026 Tempat: PUSPEN Bukit MertajamUnit Latihan ,Kemahiran & Vokasional telah m...
11/09/2026

KURSUS ASAS SEMAIAN

Tarikh: 10 September 2026
Tempat: PUSPEN Bukit Mertajam

Unit Latihan ,Kemahiran & Vokasional telah menganjurkan Kursus Asas Semaian yang melibatkan seramai 40 orang penghuni, sebagai usaha memberikan pendedahan serta kemahiran praktikal dalam bidang pertanian.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan teknik keratan batang bagi tanaman hiasan serta kaedah penanaman menggunakan konsep fertigasi.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah.

Turut hadir ialah Encik Mohd. Hafiz bin Jaafar, Pegawai Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah, manakala sesi ceramah dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Encik Amiruddin bin Johari daripada Pejabat Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebagai bekalan untuk membina kehid**an yang lebih positif, berdikari dan produktif apabila kembali ke dalam komuniti.

“Kemahiran Dipupuk, Masa Depan Dibentuk.”



🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾​Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tapi tentang hidup se...
31/08/2026

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

​Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tapi tentang hidup sejahtera, bersatu padu, dan bebas daripada ancaman najis dadah.

​Sama-sama kita pertahankan keharmonian ini demi generasi masa depan. Negara Bersih, Rakyat Sejahtera! ❤️✨
​Selamat Hari Kebangsaan 2026 daripada kami di PUSPEN Bukit Mertajam.

"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati"

​



SALAM MAULIDUR RASUL 1448H PUSPEN Bukit Mertajam mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam....
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

PUSPEN Bukit Mertajam mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan menghayati sirah dan mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehid**an seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW menjadi sumber inspirasi untuk membina insan yang berakhlak, keluarga yang harmoni dan masyarakat yang saling menghormati.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga kita terus melangkah bersama menuju kehid**an yang lebih baik, sejahtera dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.




PROGRAM PRA PENAMATAN SIRI 3/2026Program Pra Penamatan Siri 3/2026 telah dilaksanakan dengan pengisian yang merangkumi a...
21/08/2026

PROGRAM PRA PENAMATAN SIRI 3/2026

Program Pra Penamatan Siri 3/2026 telah dilaksanakan dengan pengisian yang merangkumi aspek pemulihan, kerohanian serta khidmat masyarakat.

Antara pengisian program ialah Taklimat RPDK oleh AADK Negeri Pulau Pinang yang telah disampaikan oleh Puan Roswati Apin, Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang.

Program turut disusuli dengan aktiviti khidmat masyarakat di Masjid Bukit Bendera, sebagai usaha memupuk nilai tanggungjawab, kerjasama dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Selain itu, para penghuni turut mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh ustaz dari IPD Timur Laut bertempat di Masjid Bukit Bendera, sebagai pengisian kerohanian dan pengukuhan jati diri.

Turut hadir menjayakan program ialah Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh, Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam, dan Tuan Devan Anak Arup, Penolong Pengarah Pemulihan.

Semoga pelaksanaan Program Pra Penamatan Siri 3/2026 ini dapat memberikan manfaat serta menjadi persediaan kepada penghuni dalam menghadapi fasa kembali ke komuniti dengan lebih positif, bertanggungjawab dan berdaya tahan.





PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA ASRAMA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026Pertandingan Kawad Kaki antara asrama telah ...
21/08/2026

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA ASRAMA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026

Pertandingan Kawad Kaki antara asrama telah berlangsung dengan penuh semangat dan disiplin, melibatkan penyertaan penghuni daripada asrama yang bertanding.

Pertandingan dimulakan dengan pelaporan oleh wakil penghuni kepada Tuan Devan Anak Arup, Penolong Pengarah Pemulihan, diikuti dengan Pemeriksaan Baris oleh Inspektor Rosidi bin Osman.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua-Ketua Unit PUSPEN Bukit Mertajam yang memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta.

Pertandingan ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan disiplin penghuni, malah turut memupuk semangat kerjasama, kekitaan serta kecintaan terhadap negara.

Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan dan tanda sokongan terhadap semangat patriotisme warga PUSPEN Bukit Mertajam.




PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA SUKARELAWAN AADKSatu sesi perjumpaan telah diadakan antara Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Sall...
21/08/2026

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA SUKARELAWAN AADK

Satu sesi perjumpaan telah diadakan antara Tuan Wan Madihi bin Haji Wan Salleh, Pengarah PUSPEN Bukit Mertajam bersama Encik Sheikh Sulaiman bin Sheikh Harun, yang telah dilantik sebagai Sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan jawatan Pembimbing Kerohanian bagi tempoh 5 Ogos 2026 hingga 4 Ogos 2029.

Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan peranan, tanggungjawab serta kerjasama dalam usaha memperkukuh aspek bimbingan kerohanian dan pemulihan penghuni di PUSPEN Bukit Mertajam.

Semoga pelantikan ini dapat memberi nilai tambah kepada usaha pemulihan serta membantu membentuk penghuni yang lebih positif, berdaya tahan dan bersedia kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat.

“Bersama Membina Kepulihan, Membentuk Masa Hadapan.”






Address

Jalan Kampung Baru
Bukit Mertajam
14000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share