Aimee Zulkefli AZA - Lawyer & Managing Partner Messrs. Aimee & Zaim Arif

  • Home
  • Malaysia
  • Bangi
  • Aimee Zulkefli AZA - Lawyer & Managing Partner Messrs. Aimee & Zaim Arif

Aimee Zulkefli AZA - Lawyer & Managing Partner Messrs. Aimee & Zaim Arif Family Law | Corporate | Civil Litigation | Personal Injury | Tort | Employment Law | OSH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pihak Tetuan Aimee & Zaim Arif amat berbesar hati dapat hadir sebagai tetamu VVIP...
10/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Pihak Tetuan Aimee & Zaim Arif amat berbesar hati dapat hadir sebagai tetamu VVIP dalam Majlis Berbuka Puasa yang penuh bermakna di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley semalam.

Majlis ini bertambah seri dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail bersama isteri, Yang Mulia Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohamat Din.

Kehadiran kira-kira 70 orang anak yatim dan penerima bantuan JKM, yang disantuni oleh Pengerusi Family of Charity (FOC), Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Haji Syed Noor Osman, benar-benar menyentuh hati kami.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini membawa keceriaan kepada anak-anak syurga ini dan mengeratkan kita semua di bulan yang mulia.

09/03/2026

04/03/2026

Alhamdulillah, hari ini selesai urusan perolehan barangan sumbangan buat para pelajar UKM yang bakal diserahkan pada 11 Mac nanti. Biarpun sedang menempuh cabaran berpuasa, semangat pasukan tidak luntur demi memastikan amanah ini terlaksana dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Team Tetuan Aimee & Zaim Arif. Terima kasih atas komitmen luar biasa dan keringat yang dicurahkan dalam menjayakan misi murni ini. Kerjasama profesional kalian adalah nadi kekuatan program ini.

Semoga usaha kecil ini memberi impak besar buat para pelajar. 🤲

24/02/2026

CADANGAN PENGASINGAN PERANAN PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWA RAYA

Kerajaan MADANI telah menetapkan Reformasi Institusi dan Perundangan sebagai keutamaan strategik bagi memperkukuh prinsip negara dan meningkatkan akauntabiliti awam serta mempertingkat tadbir urus yang berintegriti. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Februari 2026 telah meluluskan cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi negara. Melalui pengasingan peranan ini, fungsi pendakwaan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Pendakwa Raya. Cadangan ini turut memperincikan beberapa kriteria utama seperti pelantikan, tempoh lantikan, terma perkhidmatan, saraan, kedudukan jawatan serta mekanisme penamatan seseorang Pendakwa Raya melalui tribunal khas.

Cadangan ini melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan pengasingan kuasa yang jelas antara fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 telah dibentangkan untuk bacaan pertama hari ini oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Dewan Rakyat sebagai langkah awal ke arah pelaksanaan reformasi ini.





23/02/2026

Scammer sentiasa menukar taktik untuk mengelak dikesan dan memperdaya mangsa. ⚠️🎯

Jangan mudah percaya — sentiasa semak dan berfikir sebelum membuat keputusan. 🔍💡




21/02/2026

Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Mulai tarikh tersebut, anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara adalah layak memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara kuat kuasa undang-undang, tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari semasa ke semasa.



Safekeeping not Gatekeeping ☺️
20/02/2026

Safekeeping not Gatekeeping ☺️

18/02/2026
16/02/2026

It’s a wrap! 🎬

Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bangganya saya mempunyai pasukan yang begitu berdedikasi. Dari persediaan awal hingga ke set Bernama TV, setiap langkah adalah bukti komitmen kami terhadap inisiatif "Sekolah Selamat".

Terima kasih kepada our frontliners dan team di sebalik tabir yang memastikan segalanya sempurna. We win as a team! 💪🔥

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang buat kami di Tetuan Aimee & Zaim Arif untuk turut serta menyantuni an...
16/02/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang buat kami di Tetuan Aimee & Zaim Arif untuk turut serta menyantuni anak-anak yatim dan menghulurkan sumbangan kepada Rumah Jagaan Syukur Hati. Program ini lebih bermakna kerana diadakan sempena sambutan hari keputeraan YB Amira Aisya Abdul Aziz, ADUN Puteri Wangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak YB atas jemputan untuk kami sama-sama meraikan anak-anak ini pada 14 Februari lalu. Kami mendoakan agar YB sentiasa diberkati, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan terus diberi kekuatan dalam memimpin. Semoga usaha murni ini membawa keberkatan buat semua yang terlibat.

Tonight on Bernama TV! 🎬 Join our team at 8:30 PM as we discuss our legal initiatives for safe schools and support for t...
16/02/2026

Tonight on Bernama TV! 🎬 Join our team at 8:30 PM as we discuss our legal initiatives for safe schools and support for teachers and students on the Darah Muda segment. See you there! ⚖️✨

Parent company can sack employee in subsidiary firm, appeals court rules
12/02/2026

Parent company can sack employee in subsidiary firm, appeals court rules

Court says Seacera Group Bhd had the locus to issue a show-cause letter and terminate the employment of an executive in Seacera Properties Sdn Bhd.

Address

A-1-6, 1st Floor, Lobby 2, Block A, Ostia Bangi Business Avenue
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aimee Zulkefli AZA - Lawyer & Managing Partner Messrs. Aimee & Zaim Arif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share