Dari Dalam Kamar Peguam -DDKP

Dari Dalam Kamar Peguam -DDKP Perkahwinan | Perceraian | Mutaah | Hadhanah | Nafkah | Harta Sepencarian | Harta Pusaka | Hibah

Harta.Yang tak pernah peduli boleh jadi peduli.Yang bersatu boleh jadi berpecah.Yang tiada hak boleh muncul tiba-tiba.Ti...
31/01/2023

Harta.

Yang tak pernah peduli boleh jadi peduli.
Yang bersatu boleh jadi berpecah.
Yang tiada hak boleh muncul tiba-tiba.

Tiada yang pelik bila masuk bab harta.
Boleh jadi kita tak kenal orang yang selama ini kita kenal. Berubah sekelip mata demi harta dunia.

Sementara.

19/12/2022

Sebelah kaki di syurga, sebelah kaki di neraka?

18/12/2022

Isteri Nusyuz, boleh ke tuntut harta?

Bila terjadinya perceraian, selalunya kita akan cepat menunding jari kepada si suami dulu. Namun, ada juga kes di mana suami isteri berpisah kerana isteri nusyuz.

Apa itu nusyuz?

Nusyuz adalah bila isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak (tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak), antaranya:

-Menjauhkan dirinya dari suaminya.
-Meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
-Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.

Oh ya, suami tak boleh suka-suka nak tuduh atau gelar isteri nusyuz tau!

Isteri hanya boleh didakwa sebagai nusyuz oleh Mahkamah. Kalau ada suami yang rasa isterinya nusyuz, kena dakwa dulu isteri di mahkamah dengan bukti-bukti yang kukuh. Hakim akan membuat keputusan atas keadaan tersebut.

Adakah isteri nusyuz hilang hak harta sepencarian?
Jawapan mudahnya, TIDAK! Isteri nusyuz yang diceraikan hanya terlucut hak nafkah dirinya saja!

Bermakna isteri itu masih boleh menuntut harta sepencarian dan juga hak-hak lain seperti mutaah, nafkah anak dan penjagaan anak.

Bercakap tentang isu cerai ni banyak lagi selok beloknya. Tak boleh nak main tangkap muat ikut apa yang anda baca saja.

Bila ada apa-apa masalah atau persoalan di dalam perkahwinan, perlu rujuk kepada orang pakar di dalam bidang ini terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat.

26/11/2021

Antara usaha yang wajar diketengahkan.

Nafkah anak adalah WAJIB bagi pihak bapa sehingga anak boleh berdikari.

Tidak kira hak penjagaan kekal diberikan kepada siapa sekalipun, nafkah anak tetap tanggungjawab bapa. Culas dengan alasan-alasan yang tak munasabah sehingga membebankan bekas isteri.

Yang culas ni kebanyakan bukan disebabkan tak mampu, tapi nak hidup bersenang lenang tanpa tanggungjawab🀬

12/11/2021
03/11/2021

Soalan : kenapa pelajar upnm yg membunuh kawannya tanpa sengaja dipenjara 18 tahun.. sedangkan pandu lawan arus pun membunuh tanpa sengaja juga dan dipenjara 5 tahun.

Jawapan:

Pemandu gadis muda Ng Pei Ven menyebabkan kematian, 6 pelajar UPNM menyebabkan kematian, kenapa pelajar dipenjarakan 18 tahun, manakala sdri Ng baru 5 tahun?

Pertama sekali, dalam posting saya 3 hari lalu, saya telah mengatakan pendirian peribadi saya bahawa 5 tahun itu kurang sangat, namun saya menghormati keputusan Mahkamah.

Dalam perundangan jenayah secara am, Pendakwaraya haruslah membuktikan dua intipati utama :

1.) Mens Rea / Niat untuk melakukan kesalahan

2.) Actus Reus / kelakuan kesalahan

Sdri Ng disabit hukuman bawah S41 Akta JPJ manakala 6 Pelajar UPNM disabit hukuman bawah S 304 Kanun Keseksaan.

Dua-dua Seksyen ini melibatkan β€œ Cuai β€œ, tetapi gunakan bahasa senang faham, niat mereka lain.

Sdri Ng tidak berniat untuk mencederakan siapa-siapa, tetapi memandu lawan arus secara cuai dan lalai yang menyebabkan kematian.

6 Pelajar UPNM mempunyai niat untuk mencederakan mangsa, tetapi tanpa niat untuk membunuh. Mereka melakukan kesalahan terhadap mangsa tersebut dan menyebabkan kematian.

Kalau terbukti ada niat membunuh, maka mereka akan disabit bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Formula mudah :-

1.) Tiada niat untuk mencederakan dan tiada kesalahan lain tetapi menyebabkan kematian = tidak bersalah ( Kes Sam Ke Ting / kes basikal lanjak )

2.) Tiada niat untuk mencederakan tetapi menyebabkan kematian atas kesalahan yang lain ( contoh -memandu lawan arus ) = cuai = hukuman lebih ringan ( Kes Ng Pei Ven )

3.) Ada niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian = hukuman lebih berat ( Kes Pelajar UPNM)

4.) Ada niat untuk membunuh dan menyebabkan kematian = hukuman gantung sampai mati ( Kes Sosilawati)

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-
Ulasan Apek Cina
Telegram : https://t.me/ulasanapekcina
YouTube : https://youtube.com/c/ApekCina
Facebook : https://Facebook.com/sergeant_roy
Twitter : www.twitter.com/apekcina9
Instagram : www.Instagram.com/apekcina_official

Address

Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dari Dalam Kamar Peguam -DDKP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dari Dalam Kamar Peguam -DDKP:

Share