31/10/2020
BERPISAH JANGAN SAMPAI ANAK TERPISAH.
Perkongsian yang sangat-sangat menarik daripada Noor Nabila dan Sharnaz Ahmad bagaimana mereka menguruskan diri, perasaan, dan emosi mereka dalam masa yang sama anak tetap menjadi keutamaan. Cuba dengar perkongsian mereka sepenuhnya di YouTube. Bagus perkongsian ni sebabnya kalau ikutkan pengalaman saya, tak ramai pasangan yang dah berpisah boleh duduk sama-sama (seat together) untuk jaga anak dan bagi kasih sayang sepenuhnya pada anak tu sehingga membuatkan anak tu tak rasa pun kehilangan sesiapa samada ibu atau bapa dia. Saya s**a bila nabila kongsikan bahawa sekarang bukan pasal “kita” dah. “Kita” tu dah habis. Sekarang adalah pasal anak. Apa yang kita nak feed anak tersebut samada toxic dan negative vibes ataupun persekitaran yang positive. Ianya ditentukan oleh ibu dan bapa.
“DIORANG LAIN KAMI LAIN, DIORANG BOLEH LA, PASANGAN KAMI TAK BOLEH BAWA BINCANG”
Nabila dan Sharnaz juga pada awalnya sama je seperti pasangan lain yang mempunyai emosi dan Nabila akui sendiri pada permulaannya mereka sangat beremosi dan Nabila tak nafikan wujud perasaan marah dan dendam tu. Tapi apa dia buat? Makin lama dia muhasabah diri balik dan dia fikir2, perlahan-lahan dia “let go” perasaan tu demi anak. Masa ni dia menjadikan anak tu keutamaan dia. Dia cuba letakkan diri dia di tempat J***t. Apa yang J***t nak.
Kisah mereka ni boleh dijadikan contoh untuk semua pasangan yang mahu, akan, atau sudah bercerai sekalipun dalam mendidik hati untuk sentiasa berlapang dada dan redha. Sentiasa beringat, meskipun berpisah itu adalah adalah jalan yang dipilih oleh suami dan isteri, ianya hendaklah tidak mendatangkan mudharat ke atas anak-anak khususnya anak yang masih kecil baru nak membesar. Didik mereka untuk melihat ibu dan bapa mereka sebagai “role model” dalam kehidupan mereka. Kasih sayang yang diberikan hendaklah ditonjolkan dengan tidak berbelah bahagi agar anak-anak tidak tersiksa emosinya dek kerana permasalahan atau perselisihan atau perceraian ibu dan bapa mereka. Biar kasih sayang yang mereka terima tu sama seperti sebelum berlaku pergaduhan/perceraian.
Di sinilah peranan ibu dan bapa, jika kita gagal menjadi suami/isteri yang terbaik untuk pasangan, usahakan untuk berjaya menjadi ibu/bapa yang terbaik untuk anak-anak. Hatta, di Mahkamah Syariah sekalipun, di dalam kes Hak Jagaan Anak, Mahkamah hanya menitikberatkan kebajikan anak yang utama sebelum mengeluarkan Perintah Hak Jagaan Anak. Segala pergaduhan antara suami dan isteri tidak akan dilihat oleh Mahkamah dalam membuat keputusan terhadap Tuntutan Hak Jagaan Anak.
Full Video boleh tekan link di ruangan komen.