Adilah Salleh & Associates - Caw. Bandar Baharu

Adilah Salleh & Associates - Caw. Bandar Baharu Ilmu

09/06/2025

Pagi ni dapat khabar tentang kemalangan bas. 15 orang meninggal - 13 orang di tempat kejadian dan 2 orang di hospital. Takziah kepada keluarga, kenalan dan semua warga UPSI.

07/06/2025

Dalam kemeriahan Aidiladha, kita raikan, kita eratkan silaturrahim.

Namun, ada satu amanah penting yang sering terlepas pandang dalam kalangan kita iaitu urusan pembahagian harta pusaka.

Bila ahli keluarga telah kembali ke rahmatullah, maka harta yang ditinggalkan bukan lagi milik sesiapa secara mutlak, ia menjadi hak semua waris yang sah dan wajib diselesaikan mengikut hukum faraid.

Menangguhkan atau mengabaikannya boleh membawa kepada pergaduhan, waris teraniaya, dan keberkatan yang hilang.

Semoga Raya ini menjadi titik mula untuk kita semua, sama ada sebagai waris, anak, atau ahli keluarga mengambil langkah berbincang secara terbuka, beradab dan mengikut syariat.

Laksanakan amanah ini dengan tenang, dengan niat menjaga keharmonian dan mencari redha Allah.

Jangan tunggu sehingga hubungan rosak kerana perkara yang boleh diselesaikan dengan hikmah.

Sebutan pertama kes Fasakh | Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap1. Bila seorang isteri memfailkan permohonan fasakh, it...
26/05/2025

Sebutan pertama kes Fasakh | Mahkamah Rendah Syariah Padang Terap

1. Bila seorang isteri memfailkan permohonan fasakh, itu bukan keputusan yang dibuat secara terburu-buru.

2. Ia petanda bahawa si isteri telah hilang harapan terhadap rumah tangga yang dibina.

3. Permohonan fasakh bukan mudah. Prosedur di mahkamah mengambil masa dan memerlukan komitmen yang tinggi.

4. Bila seorang isteri sanggup naik turun mahkamah, ia menunjukkan bahawa dia benar-benar mahu melepaskan diri dari perkahwinan tersebut.

5. Kalau dia masih sayang, dia tak akan pilih jalan yang menyakitkan ini.

6. Kes fasakh bukan sekadar soal cerai - ia soal hak isteri yang terabai, dan usaha terakhir untuk mencari keadilan dalam perkahwinan yang telah lama retak.

16/05/2025

Fahami Ilmu Faraid adalah ‘Ubat sebelum luka, bukan selepas parah’.

Hari ni, ada seorang balu minta buat pengiraan faraid. Suami baru saja meninggal, duit tunai dalam tangan lebih kurang R...
11/05/2025

Hari ni, ada seorang balu minta buat pengiraan faraid.

Suami baru saja meninggal, duit tunai dalam tangan lebih kurang RM6,160.

Saya ada advise dia beberapa perkara sebelum beliau buat apa-apa keputusan lain.

Waris yang ditinggalkan :-
- Isteri
- Ibu
- 1 anak lelaki
- 1 anak perempuan

Pengiraan faraid seperti dibawah.

02/05/2025

Cukai Tanah - Urusan pejabat tanah dan Cukai Pintu - Ini urusan pejabat daerah/majlis daerah.

Terbaik JAKESS, satu pembaharuan. Perbicaraan faraid dilakukan di rumah waris.
29/04/2025

Terbaik JAKESS, satu pembaharuan. Perbicaraan faraid dilakukan di rumah waris.

29/04/2025

📙Selasa
Hari ini 3 temujanji :
1. Pusaka berlapis 2. Pindahmilik (MOT 14A) 3. Hibah rumah

Masih berada di ofis lagi jam 8 malam. Memikirkan beberapa perkara yang harus di buat untuk bulan-bulan mendatang.
28/04/2025

Masih berada di ofis lagi jam 8 malam. Memikirkan beberapa perkara yang harus di buat untuk bulan-bulan mendatang.

InshaAllah, esok Sabtu Ustaz Azhar Idrus akan datang ke Masjid Al-Halimi, Bandar Baharu, Kedah. Sesiapa yang hadir awal ...
25/04/2025

InshaAllah, esok Sabtu Ustaz Azhar Idrus akan datang ke Masjid Al-Halimi, Bandar Baharu, Kedah.

Sesiapa yang hadir awal atau berhajat boleh singgah pejabat saya di dalam perkarangan Masjid.

Mula buka pejabat jam 11 pagi hingga 11 malam.

Boleh tanya sebarang persoalan berkaitan harta pusaka, hibah atau wasiat dan berkaitan mahkamah syariah seperti sijil faraid, nikah cerai rujuk.

Jadi bersempena kehadiran UAI, sesi khidmat nasihat adalah percuma bagi semua pengunjung.

Jangan segan untuk hadir di pejabat ya.

24/04/2025

Kalau anda beli kereta, ambik sekali autolife takaful. Sekali bayar dan kereta itu jadi FREE untuk waris jika pemilik meninggal atau hilang upaya kekal. Waris dah tak perlu bayar baki loan kereta.

🗓️ Rabu“Saya takut orang kata, tanah masih merah tapi dah kalut urus harta arwah suami…”Bunyi macam gopoh, tapi sebenarn...
23/04/2025

🗓️ Rabu

“Saya takut orang kata, tanah masih merah tapi dah kalut urus harta arwah suami…”

Bunyi macam gopoh, tapi sebenarnya itulah tindakan paling bijak.

Baru-baru ni, seorang klien dari Penang hubungi kami. Jauh nak ke pejabat, jadi kami terus setkan sesi konsultasi pusaka berdekatan tempat tinggal beliau.

Arwah suami baru meninggal dunia. Tinggal sebuah rumah yang atas dua nama — nama arwah dan nama isteri. Beliau minta bantuan kami untuk percepatkan urusan faraid & pusaka, walaupun baru habis tempoh iddah.

Kenapa cepat sangat?

Sebab dia tak nak perkara jadi rumit. Tak nak berlaku kematian berlapis, tak nak harta beku, dan tak nak waris pening kepala di kemudian hari.

Ramai takut orang mengata, tapi hakikatnya — urus pusaka awal adalah tanggungjawab, bukan tamak.

Ia adalah langkah bijak demi menjaga hak waris, mengelakkan pertikaian, dan memudahkan urusan harta pusaka.

Address

P4, Masjid Al-Halimi, Jalan Masjid
Bandar Baharu
34950

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105508410

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adilah Salleh & Associates - Caw. Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Adilah Salleh & Associates - Caw. Bandar Baharu:

Share