19/08/2026
๐ฑ PELUANG BELAJAR & PRAKTIKAL PERTANIAN ๐ฑ
KOPERASI AGRO KAMPUNG BARU PENDANG BERHAD
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Koperasi Agro Kampung Baru Pendang Berhad akan memulakan projek pertanian koperasi yang dijangka bermula pada bulan September 2026.
Antara projek yang akan dijalankan ialah:
๐ถ๏ธ Kebun fertigasi โ 1,000 polibeg
๐ฑ Kebun bendi & terung โ 4 relung
๐ Kebun pisang nangka โ 1,000 pokok
๐ฟ Rumah penyemaian anak-anak benih
Sehubungan itu, pihak koperasi ingin membuka peluang kepada orang luar yang berminat dalam bidang pertanian untuk menyertai program belajar dan praktikal secara terus di kebun koperasi.
Peserta akan berpeluang menimba pengalaman dalam penyemaian anak benih, penyediaan kawasan, penanaman, pembajaan, sistem pengairan dan fertigasi, penjagaan tanaman, kawalan penyakit serta perosak, penuaian dan pengurusan hasil.
๐ค Untuk makluman, buat masa ini koperasi mempunyai peruntukan dalam bentuk peralatan projek tetapi belum mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja sebelum hasil kebun diperoleh.
Oleh itu, penyertaan pada peringkat awal ini adalah atas konsep pembelajaran, praktikal dan kerjasama bersama, bukannya pekerjaan bergaji tetap.
Pihak koperasi akan menyediakan cikguยฒ yang berpengalaman dalam bidang fertigasi, kebun pisang, bendi terung atas tanah dan rumah semaian anak benih.
Kami amat mengalu-alukan individu yang benar-benar berminat untuk belajar, membantu dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam menguruskan kebun pertanian secara berkumpulan.
๐พ Ilmu yang dipelajari hari ini boleh menjadi sumber rezeki pada masa akan datang.
๐
Projek bermula: September 2026
๐ฒ Sesiapa yang berminat untuk belajar atau menjalani praktikal di kebun koperasi, boleh hubungi pihak Koperasi Agro Kampung Baru Pendang Berhad untuk maklumat lanjut.
www.wasap.my/601135253929/KOPERASIAGRO
Jom belajar. Jom berkebun. Jom bina masa depan bersama. ๐ฑ๐ค