20/04/2020
Hadith 129
Maksudnya : Aku telah melihat empat malaikat. Mereka berjumpa antara satu sama lain di udara yang mana Tuhanku mengutuskan kesemua mereka. Kata salah satu daripada mereka, " Tuhan kami mengutuskan kami semua maka di mana kamu diutuskan daripada Tuhan kamu?" Lalu dijawab, "Dari atas Arasy." Malaikat yang menjawab itu bertanya balik, "Di mana kamu diutuskan bersama aku?" Di jawab, "Diutuskan aku dari bawah bumi yang paling bawah."
Kemudian malaikat ketiga bertanya kawannya, "Di mana kamu diutuskan bersama aku?" Lalu menjawab, "Dari timur." Malaikat keempat p**a bertanya kepada kawannya, ""Di mana kamu diutuskan?" Dijawab, "Dari barat."
Kemudian Nabi pun membaca ayat Al Quran
هُوَ الْأَّوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ
Dia yang pertama dan tiada suatu yang sebelumnya,Dia yang terakhir dan tiada suatu yang selepasnya,Dia zahir dan tiada suatu di atasNya,Dia batin dan tiada suatu kecualiNya.
Kata Rasululllah lagi, "Jika diutuskan salah seorang daripada kamu dari paling bawah bumi maka akan jumpa dengan Allah kerana Dia tiada sunyi daripada tempat(Allah itu bertempat)."
Hukum : Bathil
Sumber : Al Abathil Wal Manakir - Al Jawraqaniy