Peguam Syarie - Nurul Mohamed

Peguam Syarie  - Nurul Mohamed page ini berkongsi tentang kekeluargaan islam dan guaman syarie. Dikendalikan oleh Nurul Mohamed Peguam Syarie dan Pengamal Undang-Undang

ada masalah??

boleh tanya disini
call,SMS, Whatsapps saya - 0148376432

23/01/2022

IBU BERKAHWIN LAIN PUNCA HILANG KELAYAKAN HADHANAH?

Isu ini sering kali menjadi keluh kesah kepada para ibu. Hendak memulakan hidup baru dengan suami baru khuatir hilang hak jagaan.

Namun ada juga yang mempersoalkan keadilan dengan mengatakan:

" Habis tu si ayah kahwin lain tak p**ak hilang hak hadhanah? Sikit-sikit ibu je kena. Undang-undang tidak adil"

Inilah luahan amarah yang sering diluahkan. Namun sebelum para ibu melontarkan kata-kata, maka selidik dulu hukum hakam. Kenapa hak ibu boleh hilang?

✍️ Berdasarkan kepada hadis Rasulullah maksudnya:

Amr bin Shuib dari ayahnya berkata bahawa seorang perempuan pernah mengadu, Ya Rasulullah S.A.W, sesungguhnya anakku ini adalah perutku ini yang mengandungkannya dan susuku yang menjadi minumannya dan meribanya, sedang bapanya telah menceraikan aku dan bapanya itu mahu mengambilnya
daripadaku. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya, Engkau lebih berhak dengan anak itu, selama mana engkau belum berkahwin lagi.
(Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

- Syarat "engkau lebih berhak dengan anak, selama mana engkau belum berkahwin" ini disepakati oleh jumhur ulama mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali.

APA RASIONALNYA SYARAT SEBEGINI ❓❓

- Rasionalnya adalah, tanggungjawab seorang isteri adalah patuh terhadap setiap perintah suaminya.

- Jika dia berkahwin lain, hendaklah dia mendapat izin suami barunya untuk menjaga anak tersebut.

- Jika suami barunya tidak s**a akan anaknya itu, berkemungkinan keselamatan dan kebajikan anak terabai.

Ibn Qayyim dalam kitabnya "Zad al-Ma'ad fi hady khayr al-I'badi" jilid 4, hlm 173 menyatakan:

"Hak hadhanah gugur jika penjaganya berkahwin lain. Tugas seorang isteri tidak memungkinkannya menjalankan tugas sebagai pengasuh dan sebaliknya perlu melayani suami. Namun jika suami baru itu rela dan bersungguh-sungguh berminat dan menyokong menjaga kanak-kanak tersebut, hak hadhanah tidak gugur."

- Daripada pandangan ini jelas, untuk seorang ibu yang telah berkahwin lain hendaklah dia mendapatkan izin suami barunya untuk menjaga anak tersebut.

✍️ Seksyen 84 (a) EUUKIS menyatakan:

" Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.

Perkataan ‘jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu’ adalah suatu yang berbentuk subjektif. Ini menunjukkan hilangnya hak jagaan melalui perkahwinan adalah tidak mutlak, kerana jika perkahwinan itu tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak, maka ibu masih lagi layak dan berhak dalam memperoleh hak jagaan.

✍️ CONTOH KES

1️⃣ Kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aisyah

- Mahkamah memutuskan, hadhanah seorang ibu dikekalkan dibawah jagaan ibunya walaupun dia telah bersuami lain. Permohonan bapa bagi mendapatkan hak jagaan dari tangan ibu atas alasan ibu berkahwin lain ditolak oleh mahkamah

2️⃣ Kes Norhaiza lwn Saat

- Mahkamah memutuskan, tuntutan isteri yang telah berkahwin lain dalam mengubah perintah mahkamah berkaitan hadhanah pada bekas suaminya ditolak. Hadhanah kekal kepada bapa.

✍️ KESIMPULANNYA

1️⃣ Secara amnya hak isteri untuk menjaga anak tidak akan gugur walaupun dia berkahwin lain

2️⃣ Hak ibu menjaga anak akan gugur sekiranya kebajikan anak terabai kerana sibuknya dia menjaga suami barunya.

3️⃣ Namun begitu, mahkamah akan memutuskan samada gugur atau tidak apabila ibu berkahwin baru berdasarkan keterangan, pembuktian pihak-pihak, kebajikan anak dan kemaslahatan anak.

credit: aiman zulkifli

13/07/2021

PERCERAIAN PERSETUJUAN BERSAMA
[SEKSYEN 47]

*Mana-mana pihak samada ISTERI @ SUAMI boleh membuat permohonan perceraian di bawah seksyen ini di Mahkamah Syariah di tempat tinggal masing-masing.

*Permohonan perceraian ini akan di dengar di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah dimana kes itu di daftarkan.

*Hakim Syarie akan mengambil keterangan kedua-dua belah pihak untuk bertanyakan sebab hendak bercerai. Jika sebab itu boleh lagi menyelamatkan rumahtangga maka Mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk ke kaunseling di Pejabat Agama terlebih dahulu.

*Jika kedua-dua belah pihak bersetuju maka Mahkamah akan mengarahkan pihak suami untuk melafazkan cerai dengan talak 1 di hadapan Hakim Syarie.

*Jika pihak suami tidak bersetuju maka kes permohonan perceraian tersebut tidak dapat di teruskan, maka isteri perlu membuat permohonan tuntutan fasakh @ taklik untuk bercerai. Ada sesetengah negeri seperti Selangor & Wilayah Persekutuan yang mana kes akan di teruskan jika suami tidak bersetuju iaitu terus ke prosiding untuk Jawatankuasa Pendamai dan melantik Hakam.

23/11/2020

Kenapa Anda Perlu Daftar Nikah Di Malaysia Selepas Nikah Di Thailand @ Negara2 Lain:

👉🏽Untuk Rekod Kpd Majlis Agama Islam Di Malaysia.
👉🏽Untuk Urusan Surat Beranak Anak yg Akan Lahir Nanti.
👉🏽Pendaftaran Sekolah Anak.
👉🏽Urusan Harta Pusaka Tidak Dapat Krn Tiada Rekod Perkahwinan.
👉🏽Untuk Proses Penceraian Di Malaysia.
👉🏽Lain2 Masalah Akan Timbul Di Masa Hadapan Sehingga Anda Membuat Pengesahan Nikah Di Malaysia.
👉🏽Untuk pencerain di malaysia.
👉🏽Daftar nikah sebelah isteri sahaja jika suami hilang.

Assalamualaikum...selamat pagi semua followers...sedikit info utk followers
09/09/2020

Assalamualaikum...selamat pagi semua followers...sedikit info utk followers

18/07/2020

Setiap hari saya pasti menerima soalan dari suami atau isteri yang meluahkan masalah rumahtangga. Untuk pertama sekali, saya ucapkan syabas apabila anda bertindak meluahkan masalah rumahtangga anda pada laluan yang betul dan bukan meluah di media sosial, atau pada makcik bawangs.

S**a untuk saya kongsikan bahawa setiap kali perbualan antara saya dengan pihak-pihak yang berkenaan adalah sulit dan dan peribadi. Cuma saya boleh katakan, di setiap perbualan pasti ada yang bertanya, seolah2 menjadi soalan wajib utk saya jawab yang mana mereka bertanyakan,

"Puan rasa saya patut berpisah atau tidak?"

Saya tak mampu nak jawab soalan ini, cuma secara ringkas saya akan nyatakan, pilihan itu di tangan tuan puan sendiri. Kerana apa pun yang tuan atau puan pilih itu adalah keputusan yang menentukan kehidupan masa depan anda.

Untuk soalan itu hanya ada dua jawapan samada untuk bertahan atau berpisah.

Kalau pilihan berpisah, jgnlah sesekali tuan puan menyangka bahawa keputusan utk berpisah itu suatu keputusan yang salah, atau berdosa, bahkan membawa kesan buruk kepada anda, kerana tuan puan perlu ingat bahawa Syarak juga mensyariatkan perpisahan bila berlaku kemudaratan kepada jiwa dan tubuh badan. malah Syarak juga menyarankan agar perpisahan itu dilakukan dengan baik dan penuh ihsan (kebaikan)

dan kalau pilihan itu adalah bertahan, demi anak-anak, atau keluarga, janganlah kita juga menyangka bahawa keputusan untuk bertahan itu suatu keputusan yang salah, kerana memilih untuk bertahan itu terkadang dibuat atas faktor ketaatan dan belas kasihan (baik kpd pasangan, anak dan keluarga), dan semuanya itu ada GANJARAN di sisi Allah. Cuma satu yang saya s**a tekankan, fikirkan diri sendiri dahulu baru orang lain, kerana untuk membahagiakan orang lain, kita kena bahagiakan diri kita sendiri dahulu.

20/04/2020

Assalamualaikum.. selamat tengahari semua...
sy nak open khidmat nasihat guaman free utk anda semua... blh pm sy atau hubungi sy 0148376432...

27/03/2020

Khas buat anda yang bawak sendiri kes tanpa peguam. Tolong:

1. BAWA SEMUA DOCUMENT YG TELAH ANDA FAILKAN DI MAHKAMAH.

2. BAWA SEMUA DOKUMEN ASAL SEPERTI SJIL NIKAH, IC, SIJIL LAHIR, ATAU APA2 YANG BERKENAAN

3. FAHAM DENGAN KES ANDA DARI SEGI FAKTA, MERIT KES, SEKSYEN, APA NAK CAKAP DENGAN HAKIM , APA NAK KENA BUAT

JANGAN NANTI BILA DEPAN HAKIM BARU ANDA NAK BELEK2 DOKUMEN ATAU JAWAB DOKUMEN SY TERLUPA BAWAK..

BILA ANDA TIADA PEGUAM, MAKA MAHKAMAH BOLEH ANGGAP ANDA TELAH BERSEDIA DAN TAHU DENGAN SEGALA PROSEDUR MAHKAMAH.

25/03/2020

== 10 Petua Rumahtangga Bahagia ==

1. Tiada rahsia
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang.

Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan.

Jangan p**a disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut,

“abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..”

Kan cari nahas tu..!

2. Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas.

Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalama suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika.

Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan! 😀

Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah.

Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa.

Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.

3. Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua
Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua.

Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka.

Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.

4. Berkongsi pinggan & berus gigi
Ini petua kebahagiaan yang paling mudah, murah dan menjimatkan untuk dilaksanakan.

Bagi penggeli atau yang terlalu pembersih, anda mungkin perlukan sedikit masa. Yang penting anda ada usaha ke arah pelaksanaan amalan ini.

Jika anda tanya doktor di manakah logiknya, mungkin mereka akan jawab pemindahan enzim yang berlaku akan membentuk keserasian dalam hubungan suami isteri.

Jika anda tanya doktor falsafah, mungkin mereka akan jawab suatu usaha ke arah keserasian akan membuka keserasian lain.

5. Kenal Pencipta 5 kali sehari, bersama
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus.

“Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…”

Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu.

Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.

6. Tekankan dhuha setiap hari
Dhuha itu bersifat melapangkan. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari dan lihat kelapangan yang anda rasai.

Bukan sekali atau dua kali, tapi buatlah banyak kali, sehingga anda rasa ia adalah suatu kemestian. Jika tak buat, anda akan rasa gelisah dan tak senang duduk.

7. Wajibkan baca Quran setiap hari
Seorang huffaz kena baca sekurang-kurangnya 2 juzu’ Al-Quran sehari. Jika bukan huffaz, usahakanlah baca sekurang-kurangnya sehelai (2 muka) sehari atau sebanyak mana yang termampu untuk kita konsisten.

Sekiranya ada impian untuk anak-anak menjadi huffaz, usahakan juga hafal bersama-sama dengan anak-anak supaya mereka lebih bersemangat untuk menghafal. Dorongan ibu bapa sangat penting dalam kejayaan anak-anak.

8. Mohon doa ibu bapa & mertua
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga.

Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.

9. Sentiasa sihat & bertenaga
Pastikan pasangan dan anak-anak mendapat kesihatan yang baik melalui pemakanan yang seimbang dan elakkan makan makanan segera, dalam tin, pes, makanan ringan dan sebagainya.

Selain itu, amalkan juga makan vitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi keluarga anda. Sekurang-kurangnya makan vitamin asas seperti multivitamin, Vita C dan folik asid.

Aktiviti seperti senaman dan riadah juga bagus untuk kesihatan anda. Apabila tubuh badan sihat, maka kita pun akan lebih bertenaga untuk melakukan apa jua aktiviti bersama keluarga.

10. Seimbangkan keperluan seks
Bila dah lama berumahtangga ramai pasangan yang melebihkan keperluan kerja atau anak-anak berbanding keperluan seks pasangannya.

Terlalu melebih-lebihkan kerja, atau anak sehingga letih kepenatan dan menghilangkan mood untuk bersama.

Ada juga yang tidur berasingan dengan alasan nak tidurkan anak, tetapi turut sama tertidur. Ada juga yang tidur berasingan sebab isteri sudah monopouse dan pelbagai alasan lagi.

Alasan-alasan itu boleh mengundang keruntuhan dalam rumah tangga. Seharusnya semakin lama berumah tangga, semakin lebih menghargai pasangan. Ibarat kata orang desa, muda cara muda, tua cara tua.. 😀

&p

23/03/2020

Kita kahwin kt sempadan jelah!

Ini salah satu ayat yang selalu keluar jika seseorang mengambil jalan mudah untuk bernikah lagi. Mungkin sebab takut isteri pertama tahu atau mungkin tidak mendapat restu keluarga.

Dalam islam ada 1 kaedah fiqh yang menyatakan "matlamat tidak menghalalkan cara". Memang nikah itu baik dan halal dari segi islam,namun setiap warganegara malaysia terikat dengan undang-undang jika berhasrat untuk melangsungkan pernikahan terutamanya berkaitan poligami.

APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN JIKA BERNIKAH DI LUAR NEGARA?

Berdasarkan Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan kesalahan berkaitan poligami tanpa kebenaran iaitu :

Seksyen 124. Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu

Kebiasaanya bagi yang bernikah poligami tanpa kebenaran,pihak2 akan dipertuduhkan bersama dengan kesalahan di bawah Seksyen 35 Enakmen yang sama iaitu :

Seksyen 35. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan

Jika seseorang yang dikehendaki oleh seksyen 31 hadir di hadapan seorang Pendaftar, tidak berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Atau juga boleh di dakwa di bawah Seksyen 134 Enakmen yang sama iaitu berkaitan dengan subahat :

Seksyen 134. Percubaan dan subahat

Barangsiapa cuba melakukan, atau bersubahat melakukan, sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sama seperti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Malahan disebabkan terlalu ramai yang mengambil jalan mudah,mahkamah mula mengenakan hukuman penjara kepada pihak2 terutamanya jika gagal membuat rayuan peringanan hukuman dengan baik.

APAKAH KESAN JIKA NIKAH DI THAILAND?

1. ANAK YANG LAHIR TIDAK BOLEH DI BIN/BINTIKAN KPD BAPA.

2. LEWAT MENDAPAT SIJIL NIKAH MALAYSIA

3. PERLU MENGELUARKAN KOS UNTUK MEMBAYAR DENDA

4. BERKEMUNGKINAN (MEMEGANG STATUS BANDUAN)

Setiap masalah ada penyelesaian..jalan singkat bukanlah suatu penyelesaian,tetapi akan menyebabkan masalah yang berpanjangan di kemudian hari.

Jika anda telah tersalah jalan dengan bernikah di LUAR NEGARA, sebaiknya anda daftar dengan segera nikah tersebut untuk mengelakkan pelbagai masalah.

26/02/2020

PERLU LAPOR KEPADA MAHKAMAH SYARIAH BERKAITAN DENGAN CERAI DAN RUJUK
====================================

1. Pihak-pihak perlu lapor kepada Mahkamah mengenai perceraian yang berlaku di luar mahkamah walaupun lafaz tersebut telah lama dilafazkan.

2. Tujuan lapor kepada Mahkamah adalah utk memastikan sama ada talak tersebut sabit talak atau tidak sabit serta dpt memastikan status sebenar talak tersebut terutama dalam mendapatkan rekod berapa kiraan talak telahpun dilafazkan oleh si suami. Tujuan rekod adalah untuk mendapatkan keesahan bertulis undang-undang yang diiktiraf.

3. Sebenarnya setelah disahkan oleh Mahkamah mengenai sabitan talak tersebut, barulah boleh diis**an mengenai ruju'. Bagaimana lafaz ruju' berlaku dan sebagainya. Ruju' perlu ke Pejabat Agama untuk pendaftaran ruju' sekiranya berlaku ruju' di antara pihak-pihak. Perlu diingatkan disini bahawa hanya Mahkamah Syariah sahaja yang layak serta boleh menentukan sama ada Talak tersebut jatuh atau tidak jatuh talak.

4. Bertambah rumit p**a sekiranya si suami selalu melafazkan talak sehingga tidak terbilang jumlah talak yang dilafaz serta berapa kali ruju' pun tidak terkira. Ini akan membuatkan sesuatu perkahwinan makin mengelirukan dan boleh menyebabkan berlaku penzinaan dan lebih malang lagi jika wujud "anak" selepas pada terlalu banyak lafaz talak berlaku.

5. Mengenai pendaftaran kes p**a, sekiranya pernah wujud lafaz cerai di luar Mahkamah oleh suami, maka perlu disahkan lafaz cerai tersebut ini terlebih dahulu sebelum menfailkan kes perceraian yang lain seperti permohonan perceraian, Fasakh dan sebagainya. Sekiranya sudah pun menfailkan Fasakh atau permohonan cerai atau lain-lain perceraian, maka perlu Failkn Pengesahan Cerai ini juga. (Bicara dalam Bicara)

6. Jadi, sekiranya lafaz cerai belum berlaku di luar Mahkamah dan berhasrat untuk bercerai, maka bercerailah dengan cara yang baik. "Macam mana kita ambil, macam itu jugalah kita p**angkan semula". Apa pun lafaz cerai perlulah dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

7. Oleh itu, jangan ambil mudah. Selesaikan segera sekiranya pernah berlaku talak.


07/10/2019

NUSYUZ

- Isteri yang nusyuz ialah isteri yang ingkar kepada suaminya dan membangkitkan kemarahannya.

- Nusyuz suami apabila dia memukul isterinya atau bersikap dingin dan acuh tak acuh terhadap isteri.

TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ

- Apabila disuruh menutup aurat tetapi dia ingkar dan enggan membuatnya.
- Enggan tinggal serumah dengan suami.
- Keluar rumah tanpa keizinan suami.
- Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang islam, seperti menunaikan solat dan sebagainya.
- Menjauhkan diri dari suami.
- Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah, dan tidak mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada suami.
- Tidak memelihara kehormatan.
- Tidak menjaga amanah suami.
- Tidak merahsiakan hubungan suami isteri.

TINDAKAN SUAMI

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya:
"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan ( jika mereka berdegil ) tinggalkanlah ( p**aukanlah ) mereka ditempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)"

(Surah an-nisa:34)

TANDA-TANDA SUAMI NUSYUZ

- Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.
- Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.
- Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya didalam rumah tangga, isteri dan anak2.
- Tidak memberikan nafkah kepada anak2.
- Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak2.
- Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.
- Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.
- Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak islam.
- Tidak memelihara kehormatan isteri.
- Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.
- Tidak berlaku adil jika suami berkahwin melebihi satu.

TINDAKAN ISTERI

- Jika suami nusyuz, isteri mesti bersabar.
- Memperingatkannya tentang kewajipan husnu al-mu'asyarah seperti disebut dalam ayat 18 surah al-nisa.
- Memperingatkannya hadis Rasulullah yang menyatakan lelaki yang paling baik ialah suami yang paling baik terhadap isterinya.
- Memperingatkannya tentang akibat kezalimannya terhadap isteri.
- Jika ini tidak berjaya, isteri berhak membawa kesnya kepada kadi untuk dia mendapatkan semua haknya.
- Jika ini juga tidak berhasil dan suami masih meneruskan nusyuznya memukul dan memaki hamun, kadi hendaklah menjatuhkan hukuman taazir keatasnya.
- Jika ini juga tidak berhasil, maka hakam hendaklah dilantik bagi berusaha melakukan sulh.

LANGKAH PENYELESAIAN

- Meningkatkan pengetahuan semua pihak, terutama suami isteri mengenai isu nusyuz.
- Membangkitkan kesedaran tentang hak imbalbalik antara suami dan isteri kesan dari perbuatan nusyuz.
- Mengadakan perbincangan yang diperincikan dan diperluaskan daerah perbincangannya kepada umum.

Sharing is caring

10/08/2019

Pengertian Hibah

Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama.

Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin.

Manakala hadiah p**a ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara.

Dengan ini dapat dirumuskan
bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara s**arela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa
hidupnya tanpa balasan (iwad).

Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara s**arela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang,
dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
(i) Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.

(ii) Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.

(iii) Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).

(iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.

(v) Ia dibuaT secara s**arela tanpa paksaan.

(vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang
tertentu.

Adresse

Democratic Republic Of The

Téléphone

+60148376432

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque Peguam Syarie - Nurul Mohamed publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter L'entreprise

Envoyer un message à Peguam Syarie - Nurul Mohamed:

Partager