Mohd Rais Zulkifli

Mohd Rais Zulkifli Life Is A Journey

https://www.emassrisemantan.com/ref/mrtysonBeli emas dan simpan emas di Kedai Emas Sri Semantan dan nikmati keuntungan s...
14/09/2026

https://www.emassrisemantan.com/ref/mrtyson

Beli emas dan simpan emas di Kedai Emas Sri Semantan dan nikmati keuntungan simpan emas setiap bulan.

Tekan link atau scan QR dan daftar sekarang.

Soorga Emas Preloved. Beli, jual dan tukar emas dengan harga terbaik.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita menerima perkhabaran tragedi helikopter terhempas di Ulu Baram, Sar...
09/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita menerima perkhabaran tragedi helikopter terhempas di Ulu Baram, Sarawak.

Takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta dipermudahkan urusan buat semua waris. Al-Fatihah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
9 September 2026

Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai langkah-langkah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, m...
31/08/2026

Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai langkah-langkah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, membantu perniagaan dan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Mengembalikan semula had kelayakan subsidi RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan dan menaikkan ambang pengecualian pelaksanaan e-invois kepada perniagaan dengan hasil jualan sehingga RM3 juta setahun dijangka dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat dan membantu perniagaan yang sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos.

Langkah-langkah lain yang membabitkan peningkatan peruntukan penyelenggaraan sekolah-sekolah berjumlah RM500 juta, pendigitalan perkhidmatan kesihatan, akses kepada langganan perisian kecerdasan buatan untuk belia, penambahan kemudahan mikro kredit sebanyak RM1 bilion untuk peniaga kecil dan geran RM200 juta untuk membantu penjaja kecil, peniaga pasar malam dan wanita yang menjalankan perniagaan dari rumah diharapkan akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi digital serta merancakkan perniagaan khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Susulan daripada pengumuman langkah-langkah ini, adalah penting untuk kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan menyalurkan peruntukan dengan kadar segera dan memastikan setiap bantuan sampai kepada individu dan perniagaan yang layak.

Saya berharap langkah-langkah yang diumumkan ini akan disusuli dengan langlah-langkah lain yang lebih komprehensif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat, membantu perniagaan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi menerusi Belanjawan 2027.

Ini termasuk mengkaji semula dasar mengenai percukaian dan rasionalisasi subsidi yang dilihat memberikan kesan langsung kepada beban yang sedang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

31 Ogos 2026

25/08/2026
23/08/2026

Setiausaha Agung Perikatan Nasional tidak ada kuasa untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada BERSATU berhubung aduan Ahli-Ahli Parlimen BERSATU kepada ROS mengenai cukup korum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Setiausaha Agung PN sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada ROS bukan daripada BERSATU berhubung perkara berkenaan kerana hanya ROS yang mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesebuah pertubuhan adalah sah di sisi undang-undang.

BERSATU sehingga kini tidak menerima apa-apa notis daripada ROS berhubung isu cukup korum MPT BERSATU.

Justeru, pada masa mesyuarat Majlis Tertinggi PN diadakan pada 16 Julai 2026 sehingga kini, BERSATU adalah sebuah pertubuhan yang sah dan anggota PN yang sah.

Hal ini juga diakui oleh Pengerusi PN menerusi kenyataannya kepada media pada 9 Ogos 2026.

Justeru, BERSATU berhak dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026 dan kegagalan menjemput BERSATU menghadiri mesyuarat tersebut adalah suatu pelanggaran Perlembagaan PN yang serius.

MPT BERSATU juga telah menggunakan kuasanya di bawah Fasal 27 Perlembagaan BERSATU untuk mentafsirkan cukup korum mesyuarat MPT BERSATU dan tafsiran MPT BRRSATU adalah muktamad.

Datuk Marzuki Mohamad

Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali menyindir langkah PAS yang didakwa sanggup mengorbankan Bersatu demi kembali bekerjasa...
18/08/2026

Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali menyindir langkah PAS yang didakwa sanggup mengorbankan Bersatu demi kembali bekerjasama dengan UMNO.

Menurutnya, kenyataan pemimpin PAS mengenai keputusan DAP untuk kekal dalam kerajaan sekadar menggambarkan kekecewaan apabila harapan parti itu melihat Kerajaan MADANI tumbang tidak kesampaian.

“Pada masa sama, PAS berusaha merujuk balik ‘janda lama’ iaitu UMNO yang sudah sebantal dengan DAP dalam Kerajaan MADANI,” katanya.

Ibrahim dipercayai merujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan keputusan DAP kekal dalam kerajaan sebagai “wayang opera”.

Beliau turut mempersoalkan keyakinan PAS bahawa kerjasama dengan BN dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan akan diteruskan sehingga PRU16.

“Apakah pasti BN tidak bersama PKR semasa PRU16 nanti?” soalnya.

Ibrahim berkata belum sampai tiga bulan PAS menerajui PN, pelbagai masalah sudah timbul sehingga gelagat gabungan itu disamakan dengan siri komedi The Three Stooges.

“Rakyat mula mempersoalkan apabila melihat gelagat politik dalam PN. ‘Sembelih’ kawan setia untuk dapat janda lama,” katanya dipercayai merujuk layanan PAS terhadap Bersatu.

Menurutnya, rakyat semakin melihat hipokrasi politik PAS yang kini bekerjasama dengan BN selepas sekian lama menjadikan gabungan itu sebagai musuh utama.

Brainstorm isu politik semasa bersama Datuk Markiman Kobiran
14/08/2026

Brainstorm isu politik semasa bersama Datuk Markiman Kobiran

Address

Teluk Panglima Garang

Telephone

+60192068000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Rais Zulkifli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Rais Zulkifli:

Shortcuts

Share

Category