Tanya Peguam

Tanya Peguam Page untuk peguam berkongsi mengenai info perundangan kepada khalayak ramai.

Maklumat perundangan bukanlah nasihat perundangan untuk kes yang spesifik tetapi info secara umum.

Apa nak buat apabila terlibat di dalam kemalangan jalan rayaPertama sekali tertakluk kepada bagaimana kesan kemalangan i...
07/04/2022

Apa nak buat apabila terlibat di dalam kemalangan jalan raya

Pertama sekali tertakluk kepada bagaimana kesan kemalangan itu. Sekiranya tidak terlalu teruk, anda boleh keluar kereta dengan sendiri,boleh keluar sekiranya selamat. Keluar dari kereta pastikan situasi selamat dan ambil gambar di mana kedudukan kenderaan anda dan kenderaan kenderaan terlibat di lokasi kemalangan. Ambil juga gambar gambar kesan kerosakan pada kenderaan kenderaan terlibat. Hal ini bagi membuktikan di mana “point of impact” kemalangan jalan raya itu. Boleh ambil juga gambar kesan kecederaan anda jika ada.

Hubungi pihak polis untuk memaklumkan kemalangan. Ini tertakluk kepada kemalangan. Jika kenderaan tidak boleh bergerak, hubungi pihak polis untuk memaklumkan dari tempat kejadian. Pihak polis biasanya akan datang untuk menyiasat lokasi kejadian dan kenderaan terlibat.

Selain itu, jika kenderaan boleh digerakkan dan anda telah menggerakkan kenderaan. Anda boleh juga ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis. Mengikut undang-undang, sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya, kemalangan itu haruslah dilaporkan kepada pihak polis dalam masa 24 jam.

Sekiranya mengalami kecederaan, adalah baik jika anda pergi ke hospital kerajaan berdekatan kerana laporan perubatan dari pihak kerajaan adalah yang paling kredibel untuk digunakan di mahkamah.

Akhir kata, berhati-hati di jalan raya.

Nurshuhada
Peguambela & Peguamcara

Address

Kajang
Selangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanya Peguam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tanya Peguam:

Share