Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates

Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates Peguam Syarie
Perunding Keluarga
Penulis Wasiat, Hibah & Harta Pusaka Nur Ramizah Binti Kasbi merupakan pemilik bersama di Tetuan Ramizah Ashiqin & Associates.

Merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang (kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) di samping mendakap Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berpengalaman melebihi 5 tahun dalam Undang-Undang Syariah. Seorang yang sangat berani dan komited di dalam melakukan dan memikul amanat yang telah dipertanggungjawabkan ole

h anakguam. Dengan gabungan akademik dan pengalaman yang dimiliki, saya telah mengendalikan sebanyak 150 file kes dan memenangi 95% daripada jumlah keseluruhan kes. Oleh kerana saya tahu tanggungjawab sebagai Peguam Syarie ini tidaklah semudah yang disangka, maka saya sentiasa meletakkan sepenuh hati dalam mengendalikan kes anakguam saya dan meletakkan keazaman yang tinggi supaya nasib mereka akan senantiasa terbela. Jika anda mempunyai masalah berkaitan kekeluargaan Islam, undang-undang syariah mahupun jenayah syariah, saya adalah orang yang paling tepat untuk di hubungi. Saya tidak menjanjikan hanya dengan kata-kata melainkan dengan hasil kerja dan kepuasan daripada anakguam saya yang dinukilkan di ruangan testimoni. Khidmat konsultasi, khidmat guaman dan juga khidmat undang-undang semua akan saya perjuangkan.

21/02/2026

❓ “Suami WAJIB bagi duit… walaupun semua nafkah dah disediakan?”

Jawapan jujurnya: tidak semudah itu.
Para ulama telah menggariskan , nafkah bukan semata-mata duit di tangan. Nafkah adalah keperluan hidup yang dipenuhi.
Jika suami:
✅ Menyediakan tempat tinggal
✅ Menanggung makan minum
✅ Menyediakan pakaian
✅ Menyediakan / menanggung perubatan
Maka itu SUDAH DIKIRA MENUNAIKAN NAFKAH WAJIB.
💭 Tapi hari ini, ada isteri yang:
– Semua sudah disediakan
– Hidup selesa
– Keperluan cukup
Namun masih berkata:
“Tak cukup. Saya nak duit lebih.”
“Suami kedekut.”
“Suami tak tunaikan nafkah.”
"Tengok suami orang lain tuu.."
📌 Hati-hati.
Bila rasa tidak bersyukur bertukar jadi tuntutan,
Ini bukan lagi soal nafkah,
Ini soal hati yang tidak pernah cukup.
Islam tidak mengajar isteri untuk:
❌ Menekan suami tanpa keperluan
❌ Membandingkan suami dengan orang lain
❌ Menuntut lebih dari kemampuan
💔 Sedar atau tidak, tekanan nafkah yang melampau boleh:
– Merosakkan rumah tangga
– Menumbuhkan kebencian
– Mengundang dosa tanpa disedari
📌 Nafkah itu tanggungjawab suami.
📌 Syukur itu tanggungjawab isteri.
Rumah tangga bukan medan tuntutan semata-mata,
tetapi tempat saling memahami dan bertolak ansur.
🔎 Jika ragu tentang hak dan batas nafkah sebenar menurut Syarak, dapatkan nasihat yang betul —bukan emosi, bukan dengar cakap orang yang tak berkelayakan.

⚖️ Jika anda perlukan khidmat guaman syarie, tekan butang whatsapp di bawah sekarang. Kami bantu sehingga kes selesai.

27/06/2025

Untuk para isteri, jika pengabaian, penderaan berlaku dalam rumah tangga, boleh failkan cerai taklik.

Setiap pernikahan ada lafaz taklik yang dibaca oleh Suami di hari pernikahan.

Elakkan berkongsi masalah di media sosial. Hal ini hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuka aib.

Lakukan pada saluran yang betul.

p/s : Perceraian merupakan perkara yang dibenci oleh Allah SWT walaupun halal. Pasangan perlu mengelakkannya dan mencari jalan pendamaian.

Namun ada keadaan keadaan yang tidak boleh dielakkan melainkan hanya dengan perceraian.

Nur Ramizah
Peguam Syarie

08/07/2024

Perceraian Luar Mahkamah

Sering kali kita lihat dalam drama di TV lelaki dengan mudah melafazkan cerai di luar mahkamah dan tiada scene pengesahan cerai dilakukan

Tahukah anda, Seksyen 125 menyatakan, “Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, maka dia adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Oleh itu, bagi pasangan yang sudah bercerai di luar dan kemudiannya rujuk kembali sebagai suami isteri, mereka perlu segera membuat pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah.

Tujuannya agar perceraian dan rujuk itu dapat direkodkan dan dijelaskan kepada kedua-dua pihak baki talak yang masih tinggal.

Dalam masalah ungkapan suami seperti soalan pembaca minggu ini, sekiranya perceraian yang dilafazkan suami secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), maka suami berkuasa merujuk isterinya selama tempoh idah.

Sekiranya perceraian yang diperintahkan bukan secara fasakh atau tebus talak, maka ia tergolong dalam perceraian yang tidak boleh dirujuk iaitu talak bain.

Talaq bain terbahagi kepada dua iaitu talak bain kubra dan talak bain sughra.

Talaq bain kubra adalah talak yang berlaku kepada pasangan sebanyak tiga kali iaitu suami menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.

Pasangan tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya melainkan isteri menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah.

Jika ditakdirkan isteri berpisah atau suami keduanya meninggal dunia, maka barulah suami pertama berhak menikahi bekas isterinya itu.

Kategori kedua adalah talak bain sughra. Ia adalah talak yang diucapkan suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan baru walaupun isterinya dalam idah.

Sebahagian daripada talak bain sughra adalah:

1. Talak yang diputuskan oleh hakim.
2. Talak melalui khulu’.
3. Talak yang difasakhkan oleh hakim.

Seandainya suami sudah melafazkan talak kali kedua dan talak itu masih berbaki dua atau satu talak, maka talak itu masih dikira sebagai talak rajie dan pasangan boleh rujuk semula.

Jika suami enggan rujuk, status pernikahan terputus selepas tamatnya tempoh idah.

Sebab itu, pasangan suami isteri yang bercerai dengan atau tanpa kebenaran mahkamah perlu mengetahui jumlah talak dan jenis perceraian yang berlaku.

Pasangan juga perlu memahami prosedur yang sah jika berlakunya perceraian dan rujuk.

Jika video dan posting ini memberi manfaat pada anda, like - komen dan follow kami untuk input-input seperi ini

Untuk sebarang bantuan ataupun khidmat yang dipelrukan, boleh tekan butang whatsapp di bawah sekarang

Ramizah Ashiqin
Peguam Syarie

08/07/2024

APA ITU CERAI FAST TRACK?

Penceraian fast track merupakan inisiatif dan suatu inovasi proses kerja di mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

ADAKAH CERAI FAST TRACK MENGGALAKKAN LEBIH BANYAK PERCERAIAN?

Kewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ ini bukanlah proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sebaliknya adalah galakan untuk menceraikan isteri secara baik selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud :

“Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”

Sebaliknya, kadar penceraian yang tinggi tercatat di Negeri Selangor adalah disebabkan oleh jumlah penduduk yang ramai di Negeri Selangor berbanding dengan Negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Jika video ini membantu anda, boleh tekan butang like, komen dan follow kami untuk Video seperti ini

Untuk sebarang bantuan ataupun khidmat boleh tekan butang whatsapp di bawah sekarang

Ramizah Ashiqin
Peguam Syarie

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445 H ❤️
16/06/2024

Selamat Hari Raya Aidiladha 1445 H ❤️

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ✨🥰
10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ✨🥰

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem 🥰🤗
11/03/2024

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan Kareem 🥰🤗

06/02/2024

Betul ke suri rumah tak dapat Hak Jagaan Anak selepas bercerai?

Tidak ada dalam peruntukan Undang-undang yang menyatakan bahawa Ibu yang tidak bekerja atau berpendapatan rendah tidak berhak untuk dapatkan hak jagaan anak-anak di Mahkamah
Syariah.

Anda seorang suri rumah yang perlukan bantuan? Kami sedia membantu anda.

Tekan link di bawah

https://peguamsyarieramizahashiqin.com

Selamat Tahun Baru 2024 ❤️Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup kita....
01/01/2024

Selamat Tahun Baru 2024 ❤️

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup kita.

Marilah kita hadapi setiap ujian, cabaran yang mendatang dengan keberanian dan sentiasa positif 🥰🤗

Address

Klang

Telephone

0172444804

Website

https://peguamsyarieramizahashiqin.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Ramizah Ashiqin & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share