Peguam Syarie: Shazril Khairy Haji Mustafa

Peguam Syarie: Shazril Khairy Haji Mustafa Peguam Syarie Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.

Mediator bertauliah

EARLY BIRD DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MEI 2026Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Sekretariat...
09/05/2026

EARLY BIRD DIBUKA SEMULA SEHINGGA 15 MEI 2026

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Sekretariat Shariah LawSoc AIKOL, IIUM akan menganjurkan konvensyen seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Elissa Garden Hall @ Terminal Bersepadu Gombak, (5 Minit daripada IIUM, Gombak)

Program : Konvensyen HIBAH Antarabangsa 2026 (KOHI 2026)

Kod CPD : 6 Mata CPD

Yuran Pendaftaran:
Harga Early Bird Sehingga 15 Mei 2026
RM80.00 | Peserta Umum
RM50.00 | Pelatih Dalam Kamar

Yuran Asal:
RM150.00 | Peserta Umum
RM100.00 | Pelatih Dalam Kamar

Pembayaran boleh dibuat melalui deposit terus atau perbankan internet seperti maklumat akaun di bawah:

Nama Bank : CIMB Bank
Nama Akaun : Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
No. Akaun : 8600188702
Rujukan : KOHI2026
Link Daftar: https://tinyurl.com/KOHI2026
Urusetia: wasap.my/60124394730/KOHI2026

Pendaftaran hanya akan disahkan setelah bukti pembayaran diterima dan pembayaran penuh disahkan. Bukti pembayaran hendaklah dimuat naik atau dilampirkan bersama Borang Pendaftaran ini.

Sila ambil perhatian bahawa tempat adalah terhad dan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan atau menangguhkan acara sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan tindakan sedemikian.

Sekian, terima kasih.

SHAZRIL KHAIRY HAJI MUSTAFA
Pengarah KOHI 2026
Naib Presiden 3 PPMM

JEMPUTAN KE KOHI 2026Assalamualaikum dan salam ikhlas penuh ukhwah. Tuan/puan dijemput menyertai Konvensyen HIBAH Antara...
18/04/2026

JEMPUTAN KE KOHI 2026

Assalamualaikum dan salam ikhlas penuh ukhwah.

Tuan/puan dijemput menyertai Konvensyen HIBAH Antarabangsa 2026 (KOHI 2026) seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 13 Jun 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: IIUM, Gombak

💰 Yuran Penyertaan: Early Bird: RM80 (Sehingga 30/4/2026)
Dalam Kamar / Chambering: RM50

📌 Pendaftaran:https://tinyurl.com/KOHI2026

📲 Urusetia:wasap.my/60124394730/KOHI2026

Tempat adalah terhad. Mohon jasa baik tuan/puan untuk daftar awal dan kongsikan kepada rakan-rakan yang berkaitan.

Terima kasih. 🙏

PENGUMUMAN RASMISENARAI PEGUAM SYARIE SKM (SYARIAH) & PEGUAM SKM LAW (SIVIL) BAGI TAHUN 2026Dengan ini dimaklumkan bahaw...
10/01/2026

PENGUMUMAN RASMI

SENARAI PEGUAM SYARIE SKM (SYARIAH) & PEGUAM SKM LAW (SIVIL) BAGI TAHUN 2026

Dengan ini dimaklumkan bahawa senarai rasmi Peguam Syarie SKM (Syariah) dan Peguam SKM LAW (Sivil) bagi tahun 2026 hanyalah seperti yang diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan Messrs. Shazril Khairy Mustafa & Associates SKM (SYARIAH & SKMLAW (SIVIL) melalui saluran rasmi firma seperti di Lampiran A.

⚠️ AMARAN TEGAS

Pihak kami TIDAK PERNAH melantik, membenarkan atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu, ejen, broker, runner atau pihak ketiga untuk menggunakan nama, logo, identiti, atau reputasi SKM / SKM LAW bagi tujuan:
• Penipuan
• Kutipan wang
• Janji perkhidmatan guaman palsu
• Representasi palsu sebagai peguam atau wakil firma

Sebarang penggunaan nama “SKM”, “SKM Associates”, “SKM Law”, “SKM Syarie” atau apa-apa nama yang mengelirukan tanpa kebenaran adalah MENYALAHI UNDANG-UNDANG dan akan dikenakan tindakan sivil dan/atau jenayah tanpa notis lanjut.

📌 PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
• Sahkan status peguam melalui pengumuman rasmi firma
• Berurusan hanya dengan peguam yang tersenarai dan hadir di pejabat rasmi
• Laporkan segera sebarang cubaan penipuan yang menggunakan nama SKM / SKM LAW

Kami tidak akan berkompromi dalam isu integriti, amanah dan keselamatan orang awam.

Sekian, dimaklumkan.

LEMBAGA PENGARAH
Messrs. Shazril Khairy Mustafa & Associates (SKM) & (SKMLAW)
10/1/2026

LAMPIRAN A

Senarai Peguam Syarie SKMLAW (SIVIL) dan SKM (SYARIAH) serta Pelatih dalam Kamar Syariah 2026 seperti berikut:

SKMLAW (SIVIL)
1. SHAZRIL KHAIRY MUSTAFA
2. ⁠AHMAD JAFNI AB RAHMAN
3. ⁠NORHAFIZAH ZAINUL ABIDIN
4. ⁠MOHAMMAD AMAR ZULAMBRAN
5. ⁠UMMU KHIR SOHAIMEE
6. ⁠ABDUL ALIM ABDUL AZIZ (PARALEGAL)

SKM (SYARIAH)
HQ KEPALA BATAS, PULAU PINANG
1. SHAZRIL KHAIRY MUSTAFA
2. AMERUDDIN AHMAD
3. NORMAH SAAD
4. MOHD RADZI MOHD ROSIDI
5. ABDUL ALIM ABDUL AZIZ
6. MUHAMMAD HUDZAIFAH AMINODIN
7. MUHAMMAD FAHMI JAMIL
8. FARAH AMALINA BASARUDIN
9. SITI FATIMAH ZAKARIA
10. NURUL FARHANA ABDUL HALIM
11. NOR ASYIRA MOHD AMIN
12. NORHAFIZAH ZAINUL ABIDIN
13. AZRUL AIMAN AMLI
14. MUHAMMAD AIMAN MUHAMAD LUTHFFI AMEER
15. SITI SARAH ISHAK
16. LIYANA HAZWANI MOHD AJMAN
17. CHE NURULHAZIRAH CHE ROSLI
18. ⁠MUHAMMAD ADIB FIKRI BIN AZMI
19. NURUL WAFDA MOHD SABRI

BUKIT MERTAJAM
1. ABDUL HAIYEE BIN MOHD SALLEH
2. NURUL AISYAH BINTI RAMLI
3. NUR ADILA BINTI ISMAIL
4. SITI NURNASSYIEFA BINTI KASA
5. MUHAMMAD NAJAMUDDIN BIN MOHD ZAINI

BALIK PULAU
1.MOHD FAKHRUDDIN BIN MOHD ZAHARUDDIN
2.MUNIRAH BINTI YUSOFF
3.ABU HASSAN AL-HAFIZ BIN SAMSURI
4.MUHAMAD ILYA FAISAL BIN CHE MOHAMAD ILIAS
5.MUHAMMAD IZZAT BIN ROZINAL

KULIM
1.ARHAM IRHAMI BIN HASRI
2.NOR HAFIZA BINTI ISMAIL
3.MUHAMMAD ADAM BIN AMRAN
4.NA’ILAH BINTI ABDUL RAHIM
5.NURINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD NOOR

SUNGAI PETANI
1. NOR SHAHIDA BINTI HUSAIN
2. NURUL AINA BINTI ZULKIFLI
3. ⁠ NOOR FARAHIN BINTI HANAFI

ALOR SETAR
1. MUHAMMAD FAIRUS BIN ISMAIL
2. NURUL AISYAH BINTI MOHADAN
3. SYATIROH BINTI ABDUL LATIFF
4. ANIS BINTI CHE OMAR
5. NOR SYAZWANI BINTI MD RASID
6. NAJAT BINTI AHMAD TARMIZI
7. NURUL AMIRA BINTI AZIZAN
8. MOHAMMAD BIN ABU BAKAR
9. MUHAMMAD AIMAN BIN CHE HASSAN
10. MUHAMMAD MUGHNI BIN MAT RANI

PARIT BUNTAR
1. MUHAMMAD AKMAL BIN MANSOR
2. MUHAMMAD DZARFAN BIN MUHAMMAD KHAIRI
3. NOOR HAYATI BINTI HUSIN
4. NUR SHAMIMI BINTI SHAHROM
5. AIN SUHADA BINTI ABDUL HALIM
6. ⁠NURUL IZZAH BINTI MOHAMMAD SHUHAIMI

TAIPING
1. WAN ALYA AMANINA BINTI MEOR DZULKEFLI

IPOH
1. MOHAMAD AZAMUDDIN BIN ZULKIFLI
2. NORDALILY HAZRATI BINTI MOHD KHARMI

SERI MANJUNG
1. MOHD SHAKIRUL NAIM BIN MAT RASAT
2. ⁠MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN AZMI
3. ⁠ANIS AZALIA BINTI ABDUL MAJID
4. ⁠NUR AQILAH BINTI KHAIRIFAIZUL

WILAYAH PERSEKUTUAN
1. SITI HAWA BINTI ALI
2. SITI SOFURAH BINTI AHMAD MAZLAN
3. NOR'ADILAH BINTI MOHAMAD TAJUDDIN
4. HANISAH BINTI MUHAMAD NASIR

BANGI
1.NURUL AKILAH BINTI MOHD ALWI
2. WAN NAJWA AQILAH BINTI WAN MOHD NORUDIN
3. NUR HAKIMAH SYAKIRAH BINTI MOHD ZAINI
4. 'AQILA 'AFIFAH BINTI MUKHTAR

N. SEMBILAN
1. NORFATIHAH SHUHAIMIN

MELAKA
1. MOHAMMED HAFIZ BIN SAMUJI
2. SITI FATIMAH BINTI AHMAD
3. SITI ZULAIKHA BINTI SAPUAN
4. NURIYANIE NAJIHA BINTI MOHD SUKRI
5. NURIN NAJWA BINTI HANAFI
6. BORHANUDIN FIKRI

JOHOR
1. BIDAYATUN SOLEHAH BINTI ABDULLAH
2. ⁠NUR HAZIRAH BINTI CHE YUSOF
3. ⁠NADHIRAH HUSNA BINTI AHMAD
4. ⁠NURSYAHADATUL SUFI BINTI JAAFAR

TERENGGANU
1. ABDUL KAHAR BIN HAMZAH
2. ⁠MUHAMMAD SUFIAN BIN AWANG
3. ⁠NIK SYAHRUL NAZREEN BIN ABDUL RAHMAN
4. ⁠WAN NUR DAYINI IZZATI BT WAN MOHD IZANI
5. ⁠MUHAMMAD NOOR AMIN BIN RAZAK
6. ⁠MUHAMAD NUR SYAFIQ AIMAN BIN MOHD FAUZI
7. ⁠TENGKU NUR AIDA HANA BT TENGKU ABDUL HALIM
8. ⁠MUHAMMAD RIZUAN BIN MAKHETAR

PAHANG
1. MUHAMMAD EZZUDDIN BIN BAHUSIN
2. ⁠MOHD KHALILULLAH BIN MOHD ZAIDDY
3. ⁠ABDUL BASIT BIN ZULKIFLI
4. ⁠AHMAD LUQMAN HAKIMIE BIN AZLIE

KELANTAN
1. MUHAMAD AZAM BIN YAAKU
2.MOHAMAD HELMI BIN HASAN
3. NADHIRAH BINTI HAMZAH
4. ⁠ANIS SYUHADA BINTI MAT YUSOFF
5. NUR FATEN BINTI YUSOF
6. NUR FAHIMAH BINTI OMAR
7. NOOR FAIZAH BINTI ABDUL SAMAT
8. MUHAMMAD ADIB BIN ISMAIL

PELATIH DALAM KAMAR SYARIAH
1. MUHAMMAD BADRUL HAMIZAN (KB)
2. MUHAMMAD MIRZAN BIN ZAIDI (TPG)
3. ARIEF HIDAYAT BIN HASRI (TPG)
4. ⁠AHMAD ZAKI BIN OSMAN (MJG)
5. MUHAMMAD KHAIRULNAIM BIN ABDUL AZIZ (KB)
6. ⁠MUHAIMIN IZZAT BIN MOHAMAD AZMIR (BP)
7. ⁠ABDULLAH MUSLIM BIN MOHD ZAMLI TAJUDIN (KULIM)
8. ⁠MUHAMMAD SYAZMIN IFZHAM BIN SHUKOR KARIM (PHG)
9. ⁠UZAIR AMIN BIN UBAIDILLAH (TRG)
10. ⁠MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL RAOF (KB)
11. ⁠MUHAMMAD IRFAN FAROHA BIN BASRI (KB)
12. MUHAMMAD SYAQIQ AZDI BIN MOHAMAD NIDZOM (KB)
13. MUHAMMAD ZAFRAN BIN OMAR (KB)
14. ⁠MUHAMMAD MUKHLIS BIN ABD RAHIM (KB)
15. NUR SYAMIMIE BINTI SHUKRI (SP)
16. ⁠ANIS SOFEA BINTI JASNI (SP)
17. ⁠FATIMAH AZ-ZAHRA’ BINTI NOR HISAM (KB)
18. ⁠SUWAIBAH BINTI SABRI (KB)
19. ⁠NURUL IZZATI BINTI SUHAIMI (KB)

Pejam celik baru 3 semester saya mengajar DPGS UniSHAMS. Mengajar bakal-bakal Hakim Syarie, Pendakwa Syarie, Peguam Syar...
21/05/2025

Pejam celik baru 3 semester saya mengajar DPGS UniSHAMS. Mengajar bakal-bakal Hakim Syarie, Pendakwa Syarie, Peguam Syarie, Pegawai Sulh.

Semester 1, saya mengajar 11 orang pelajar. Masuk Sem 2, pelajar saya 9 orang sahaja. Masuk Sem 3, pelajar saya 34 orang. Peningkatan 200%.

Sepanjang pengajian, saya mengajar praktikal dunia sebenar kepeguaman daripada pengalaman saya sendiri 90% dan teori 10%.

Saya bagi jaminan 100% pelajar saya akan berjaya ditauliahkan sebagai peguam syarie dan 50/50 jadi Pegawai Syariah.

Penempatan mereka saya usahakan dengan bantuan sahabat-sahabat sepeguaman yang memberi laluan pelajar saya membuat latihan dalam kamar di firma mereka.

Berbaki lagi 2 minggu untuk final exam. Bagi graduan syariah dan undang-undang serta peguam yang berminat beramal di dalam dunia perundangan syariah di Malaysia boleh isi link di bawah untuk kelas semester hadapan. Buat sampai jadi.

Diploma Pascasiswazah Kehakiman dan Guaman Syarie DPGS:
https://appsis.unishams.edu.my?ujrah_code=FBFN2ETD

Daftar Segera

Shazril Khairy Haji Mustafa
Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie SKM LAW
Pensyarah Sambilan DPGS
Lembaga Penasihat Kulliyyah Syariah & Undang-Undang UniSHAMS
21/5/2025

𝐀𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 & 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒?Graduan daripada program ini layak meneruskan kerjaya dalam...
01/02/2025

𝐀𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 & 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐇𝐀𝐌𝐒?

Graduan daripada program ini layak meneruskan kerjaya
dalam pelbagai bidang seperti di bawah :

👍 Pegawai Syariah/Peguam Syarie
👍 Pegawai Hal Ehwal Islam
👍 Panel Penasihat Syariah
👍 Kerjaya di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
👍 Ahli Majlis Fatwa/Mufti
dan banyak lagi.

Kulliyyah Syariah & Undang-Undang menawarkan program yang komprehensif dengan membekalkan anda pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang undang-undang Islam dan juga sivil.

Pembiayaan pendidikan turut disediakan!
Memahami kepentingan pembiayaan untuk pendidikan. Pembiayaan disedia untuk memastikan anda dapat mencapai impian akademik anda tanpa halangan kewangan. Tertakluk kepada terma & syarat.

Daftar segera secara online:

Sarjana Syariah, Phd Syariah & Diploma Pascasiswazah Kehakiman dan Guaman Syarie DPGS:
https://appsis.unishams.edu.my?ujrah_code=FBFN2ETD

Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Kepujian:
https://app.unishams.edu.my?ujrah_code=FBFN2ETD

Asasi dan Diploma:
https://smartapp.unishams.edu.my?ujrah_code=FBFN2ETD

Jangan lepaskan peluang ini untuk memperkasakan masa depan anda. Mohon sekarang dan sertai kami di UniSHAMS untuk perjalanan akademik yang merangkumi ilmu duniawi & ukhrawi kita bersama.



SUDAH TIBA MASANYA JAWATANKUASA LPQB SYARIAH & UNDANG-UNDANG  PERLU DIWUJUDKAN Suatu masa dahulu mana-mana universiti ya...
18/05/2024

SUDAH TIBA MASANYA JAWATANKUASA LPQB SYARIAH & UNDANG-UNDANG PERLU DIWUJUDKAN

Suatu masa dahulu mana-mana universiti yang mengwujudkan kursus Syariah & Undang-undang wajib selaras dengan Fakulti Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya. Penyelarasan ini penting supaya graduan daripada jurusan ini memenuhi kelayakan untuk memasuki skim Pegawai Syariah dan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie dengan memenuhi satu lagi Diploma Lepasan Ijazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam.

Keadaan ini berlanjutan sekian lama. Hari ini dua Universiti terkehadapan iaitu UNIPSAS mengumumkan dan diwartakan dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Pahang bahawa graduan kuliah Syariahnya layak memohon Peguam Syarie Pahang tanpa Diploma Lanjutan. UIS juga megumumkan bahawa graduan Syariah dan Undang-Undangnya layak memohon untuk untuk memasuki Skim Pegawai Syariah LS41 juga tanpa Diploma Lanjutan. Ini satu perkembangan yang positif dan sihat.

Sudah tiba masanya satu Jawatankuasa Profesional Undang-Undang Syariah ditubuhkan bagi mengawal selia jurusan syariah dan undang-undang mana-mana universiti melepasi tahap kelayakan dan piawaian untuk berada dalam skim Pegawai Syariah LS41 dan memenuhi Kaedah-Kaedah Peguam Syarie seperti mana Jawatankuasa LPQB yang mengawal selia dan memberi kelulusan kepada Jurusan undang-undang kepada mana-mana universiti yang menawarkan program tersebut supaya kelayakan profesional ini diiktiraf dan dihormati.

Kajian semula perlu bagi melihat sama ada program Diploma Lanjutan Pentadbiram Kehakiman dan Guaman Islam perlu disekalikan dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang atau Diploma lanjutan itu di jadikan Master atau Sarjana Syariah Undang-Undang secara kerja kursus bagi melayakkan graduan daripada jurusan ini menjadi Pegawai Syariah atau Peguam Syarie.

Bagi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang sahaja layak memulakan latihan dalam kamar guaman syarie dan didaftaraikan sebagai Peguam Syarie.

Pernah saya di dalam temuduga Peguam Syarie perlis suatu ketika dahulu, Yang Amat Arif bertanyakan soalan kepada saya adakah boleh graduan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran & Sunnah atau Usuluddin yang memiliki Diploma Lanjutan pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam layak memohon untuk menjadi Peguam Syarie dan kamu nak ambil tak mereka ini untuk jadi Peguam Syarie di firma kamu? Jawapan saya tidak.

Di dalam jurusan Syariah dan undang-undang graduannya telah disiapkan dengan ilmu-ilmu berkaitan undang-undang antaranya, Undang-undang tort, kontrak, perlembagaan, keterangan, pusaka, acara jenayah, sistem kehakiman Islam, Undang-undang perdagangan, Undang-undang Tanah, perbandingan Undang-undang, Qawaid fiqhiah, Fiqh, Usul Fiqh, Pentadbiran dan banyak lagi. Adalah sukar sekiranya subjek-subjek ini tidak ada dalam pengajian al-quran sunnah dan Usuluddin untuk menempatkan diri dalam bidang undang-undang syariah.

Sejak 10 Jun 1988, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal menyentuh pengasingan bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Syariah hampir 36 tahun lamanya, tetapi penyediaan tenaga kerja melibatkan Pegawai Syariah dan Peguam Syarie daripada unversiti-universiti awam mahupun swasta tiada keselarasan. Disebabkan itu juga ada graduan-graduan daripada Universiti tertentu tidak diterima beramal sebagai peguam syarie di negeri-negeri tertentu disebabkan nama ijazahnya bukan Syariah sedangkan subjek yang di ambil memenuhi kritirea sebagai graduan Syariah dan Undang-Undang.

Justeru, satu jawatankuasa sepertimana jawatankuasa LPQB perlu di bentuk oleh kerajaan bagi menyelaraskan graduan-graduan Syariah & Undang-Undang daripada mana-mana universiti disenarai layak untuk memasuki skim Pegawai Syariah dan mengikut akta dan kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri-negeri.

Shazril Khairy Haji Mustafa
Peguambela & Peguamcara
Peguam Syarie, Mediator Bertauliah
Pensyarah Sambilan Kulliyyah Syariah UNISHAMS
18/5/2024

Dapatkan buku-buku perundangan syariah melalui link ini shopee.com.my/skmmarketing
03/08/2023

Dapatkan buku-buku perundangan syariah melalui link ini shopee.com.my/skmmarketing

Senarai koleksi buku-buku yang ada pada saya sekarang dan masih ada stok 💯: -1. SENI GUAMAN SYARIE- Siri 1 (Tn. Musa Awa...
26/03/2023

Senarai koleksi buku-buku yang ada pada saya sekarang dan masih ada stok 💯: -

1. SENI GUAMAN SYARIE- Siri 1 (Tn. Musa Awang, Presiden PGSM Malaysia). Cetakan Ketiga (Edisi Terkini dan Update 2020). RM69.90.

2. Kitab Faraid مسائل المالية (Tn. Syeikh Ahmad Nawawi, Mantan Hakim Syarie Kedah).(Tulisan Jawi). RM40.00. (STOK HABIS)

3. Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah. (Tuan Syeikh Ahmad Termizi b. Abd Halim, Hakim Mahkamah Syariah Kedah). RM80.00. (Berbaki 20 buku lagi)

4. Coretan Peguam Syarie (Shazril Khairy Bin Mustafa, Peguam Syarie). RM35.00.

Tidak terhad kepada pelajar undang-undang & kuliah guaman syarie sahaja, terbuka juga kepada semua yg berminat untuk mengetahui tentang seni guaman yg di ketengahkan.

🎖️JIKA BERMINAT, CLICK DISINI UNTUK PROSES PEMBELIAN BUKU : https://forms.gle/RsMZBYuXfxx1fjRk8

P/s : 📮📩 Penghantaran menggunakan J&T akan terus dibuat setelah bayaran diterima, Terima Kasih.

Tips keharmonian rumahtangga.. 😅😅
14/07/2022

Tips keharmonian rumahtangga.. 😅😅

Di mesengger, page dan whatsapps saya menerima banyak persoalan berkaitan kes viral seorang bekas isteri  kena penjara b...
30/06/2022

Di mesengger, page dan whatsapps saya menerima banyak persoalan berkaitan kes viral seorang bekas isteri kena penjara baru-baru ini sebab engkar perintah hak lawatan anak. Rata-rata tanyakan pandangan dan mahukan saya ulas kes tersebut.

Jawapan saya, saya berpegang kepada etika peguam syarie tidak mahu ulas kes yang telah diputuskan atau masih sedang di dalam perbicaraan. Antara sebab:

1. Saya bukan peguam syarie yang mewakili pihak-pihak.

2. Saya menghormati dua rakan bijaksana yang mewakili pihak-pihak dan pastinya kedua-duanya adalah bijaksana dan terdidik dengan disiplin ilmu perundangan.

3. Sebagai peguam syarie, saya diajar menghormati perintah mahkamah dan ada saluran yang boleh dipohon secara baik. Bab ini serahkan kepada kedua-dua peguam yang bijaksana melaksanakan tugas mereka.

4. Sebagai pengamal undang-undang syariah, saya nasihatkan anda jangan cuba mengulas kes tersebut atau share apa sahaja ulasan atau kenyataan berbaur hasutan kecuali pelajar undang-undang sahaja yang boleh menggunakan kes tersebut sebagai principle kes di dalam pengajian mereka atau peguam syarie dalam kes-kes yang lebih kurang sama perjalanannya. Kalau anda nak mengulas juga, jadilah pelajar undang-undang yang terlebih dahulu belajar legal method dan mengulas berlandaskan disiplin ilmu perundangan serta tertutup.

5. Bagi sesiapa yang mengeluarkan pandangan dan share pandangan yang berunsur menghina atau hasutan anda boleh di kenakan pendakwaan dan saman fitnah. Cukup sekadar anda ambil maklum. Anda sedang diperhati oleh peguam-peguam kepakarannya dalam saman fitnah.

6. Kepada rakan bijaksana dan netizen jangan jadikan hukuman ini sebagai senda gurau seolah-olah Mahkamah Syariah ini tiada gigi. Jadikan kes ini sebagai principle kes-kes akan datang yang boleh menyelesaikan banyak kes-kes tertunggak di mahkamah.

"Justice Delayed is Justice Denied"

Shazril Khairy Mustafa
Peguam Syarie

Address

Jalan Tum Hamdan Sheikh Tahir
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Shazril Khairy Haji Mustafa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie: Shazril Khairy Haji Mustafa:

Share