Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates

Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates










KESAN BURUK CURANG DALAM RUMAHTANGGA | BY HASANAH JOHARI.tahu kah anda bahawa kecurangan di tempat kerja p**a adalah sat...
14/09/2026

KESAN BURUK CURANG DALAM RUMAHTANGGA | BY HASANAH JOHARI.

tahu kah anda bahawa kecurangan di tempat kerja p**a adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman seperti dikenakan tatatertib. jika berlaku keadaan ini ke atas diri anda mahupun orang terdekat anda, sila ambil tindakan sewajarnya.

03/09/2026

permohonan cerai melalui seksyen 47 dan seksyen 48 | by HASANAH JOHARI.
faham situasi2 berikut :

1. kalau dua2 setuju cerai dengan cara baik. failkan cerai melalui kebenaran mahkamah (s47). sesetengah negeri ada menyediakan proses fast track.
✳️ keyword : cerai PERSETUJUAN BERSAMA.

2. kalau salah sorg tak setuju/enggan kerjasama/lalang untuk bercerai, maka blh failkan cerai s47, dan melalui proses pendamaian iaitu JKP (jawatankuasa pendamai)
✳️ keyword: CERAI S47, blh damai atau tidak.

3. kalau still tak boleh damai, kes cerai s47 akan beralih kepada sksyen 48 (hakam), proses islah dan prinsipal berjalan dulu, sebelum hakam terakhir take over.
✳️ keyword : Cerai Hakam

Undg2 kata, 2 proses terawal (JKP DAN HAKAM ISLAH) adalah proses pendamaian, bagi chance pihak2 berdamai semula. bila masuk proses hakam prinsipal dan panel, takde damai2 dah, malah suami tak dibenarkan untuk lafaz cerai da pada peringkat ini, sb hakam akan take over.

dapat sesuatu? ketahui info syariah, ketahui hak anda👍🏼

25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2026. Hayati sunnah, suburkan kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengiringi langkah kita semua.

20/07/2026

penangan World Cup : suami sanggup bertaruh lafaz takliq talaq tiga" jatuh ke tidak?

Baru-baru ini tular satu tangkap layar mesej seorang isteri yang mendakwa suaminya berkata:

“Kalau Argentina kalah dengan Spain, aku ceraikan kau talak 3.”

Ramai terus membuat kesimp**an bahawa talak tiga telah jatuh.

Hakikatnya, menurut hukum syarak, perkara ini tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa.

Lafaz seperti ini dikenali sebagai talak taklik, iaitu talak yang digantungkan kepada berlakunya sesuatu syarat.

Persoalannya ialah:

✅ Adakah lafaz itu benar-benar diucapkan?

✅ Adakah syarat yang disebut benar-benar berlaku?

✅ Bagaimanakah bentuk lafaz sebenar?

Semua perkara ini perlu diteliti sebelum lafaz itu dapat diputuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu perkara yang jelas dalam Islam.

Talak bukan bahan gurauan, ugutan atau pertaruhan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga perkara yang seriusnya dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius: nikah, talak dan rujuk.”
(Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Maksudnya, seorang suami tidak boleh mempermainkan lafaz talak walaupun ketika bergurau atau bertaruh.

Jika berlaku situasi seperti ini, jangan membuat keputusan sendiri bahawa talak sudah jatuh atau belum jatuh.

Sebaliknya, bawalah perkara tersebut ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai supaya siasatan dapat dibuat berdasarkan hukum syarak dan fakta sebenar.

Jangan pandang ringan lafaz seperti ini. Dalam hukum syarak, lafaz talak yang dikaitkan dengan syarat (taklik) mempunyai implikasi hukum dan perlu disiasat. Jangan terus menghukum bahawa talak telah jatuh atau belum jatuh tanpa pengesahan Mahkamah Syariah.

“TUNTUT RM5,000, MAHKAMAH LULUSKAN RM4,000 SEBULAN UNTUK 2 ORANG ANAK.”Ramai beranggapan tuntutan nafkah anak di Mahkama...
14/07/2026

“TUNTUT RM5,000, MAHKAMAH LULUSKAN RM4,000 SEBULAN UNTUK 2 ORANG ANAK.”

Ramai beranggapan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah sukar diluluskan dalam jumlah yang tinggi.

Hakikatnya, jika tuntutan disokong dengan bukti yang kukuh, mahkamah akan menilai berdasarkan keperluan sebenar anak-anak dan kemampuan bapa.

Dalam salah satu kes yang kami kendalikan:

✅ Tuntutan nafkah anak: RM5,000 sebulan bagi 2 orang anak.

⚖️ Keputusan Mahkamah:
Mahkamah memerintahkan RM4,000 sebulan sebagai nafkah anak.

Bukan itu sahaja.

Mahkamah turut memerintahkan nafkah tahunan seperti:
• Perbelanjaan persekolahan
• Pakaian
• Keperluan perayaan
• Dan keperluan tahunan lain

ditanggung dan diuruskan oleh bapa sebagai pemberi nafkah hakiki kepada anak-anak.

Apa yang boleh dipelajari daripada kes ini?

✔️ Nafkah adalah hak anak, bukan ganjaran kepada ibu atau hukuman kepada bapa.

✔️ Mahkamah tidak menetapkan jumlah secara sewenang-wenangnya. Setiap keputusan dibuat berdasarkan keterangan, dokumen dan bukti yang dikemukakan.

✔️ Rekod perbelanjaan anak, penyata pendapatan dan bukti kemampuan kewangan memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah nafkah.

Setiap kes mempunyai fakta dan keadaan yang berbeza. Keputusan dalam kes ini tidak semestinya menjadi ukuran bagi semua kes yang lain.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat berkaitan tuntutan atau pembelaan kes nafkah anak di Mahkamah Syariah, hubungi kami untuk sesi konsultasi.

GuamanSyariah NafkahAnakMalaysia FirmaGuaman

24/06/2026

KERANA BUKAN SENEGERI, AYAHKU ENGGAN MENIKAHKAN AKU😭

Tahu kah anda, ada satu permohonan di Mahkamah yang boleh mengarahkan wali hadir untuk disiasat keengganan beliau menjadi wali.

dan Mahkamah ada kuasa untuk mengarahkan wali tersebut menjadi wali jika alasannya tidak mengikut hukum syarak atau Hakim itu ada kuasa mengeluarkan perintah wali Hakim bagi menikahkan perempuan tersebut.

pendek kata, usah dihalang benda yang baik. benda boleh bincang. ✌️😌

20/06/2026

📌 Dicurangi bukan bermakna anda kehilangan hak di sisi undang-undang. Dapatkan nasihat yang betul sebelum membuat keputusan besar dalam hidup anda.

Jika anda berdepan
dengan kecurangan berulang kali
dalam rumah tangga,
perkara pertama yang perlu
dilakukan ialah
mengumpul bukti yang sah seperti mesej, gambar
atau dokumen yang berkaitan.

Dalam undang-undang syariah di Malaysia,
kecurangan pasangan boleh menjadi salah satu faktor yang menyokong permohonan perceraian sekiranya perkahwinan tidak lagi dapat diselamatkan.

03/06/2026

10 FAKTA HADHANAH YANG KITA PERLU TAHU. | by HASANAH JOHARI

1. IBU ADALAH PENJAGA UTAMA NAMUN AYAH ADALAH PENJAGA HAKIKI ANAK (HARTA DAN PERWALIAN)
2. ANAK MUMAYYIZ BERHAK MEMBUAT PILIHAN DENGAN SIAPA DIA NAK TINGGAL.
3. AYAH ADALAH ORANG KETIGA DALAM SUSUNAN KEUTAMAAN HADHIN SELEPAS NENEK SEBELAH IBU
4. SETELAH TAMAT HAK HADHINAH, PENJAGAAN TURUN KEPADA AYAH
5. HADHINAH KEPADA ANAK TAK SAH TARAF ADALAH IBU DAN KELUARGA SEBELAH IBU SAHAJA
6. IBU BAPA ANGKAT BOLEH MENUNTUT HAK JAGAAN ANAK ANGKAT DI MAHKAMAH SYARIAH
7. IBU GUGUR KELAYAKKANNYA JIKA PERKAHWINAN BARUNYA MENJEJASKAN KEBAJIKAN ANAK
8. IBU ATAU AYAH GUGUR KELAYAKKANNYA BILA ANAK DAPAT MEMAHAMI KELAKUAN BURUK DAN KEJI IBU ATAU AYAHNYA
9. IBU YANG BERPINDAH KAMPUNG TIDAK DIKIRA SEBAGAI MENUKAR MASTAUTINNYA
10. SUAMI ISTERI YANG TINGGAL BERASINGAN BOLEH MENUNTUT HAK HADHANAH MESKIPUN BELUM BERCERAI

Address

Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Telephone

+60147045368

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Peguam Syarie : Hasanah Johari & Associates:

Shortcuts

Share