04/09/2026
ππππππππ πππππππ ππππ ππππππππ ππππππ πππππππ-πππππππ, ππππππ πππππππ ππππ
Perlis, 3 September 2026 | Satu sesi Taklimat Kerjaya TLDM anjuran Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut telah dilaksanakan di Dewan Kecemerlangan (DK2), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Taklimat telah disampaikan oleh Kdr Mohd Rayf bin Harun TLDM, Pegawai Staf 1 Pengurusan Pegawai, dengan memberi pendedahan kepada Pegawai Kadet Kanan PALAPES Laut Universiti Awam yang bakal ditauliahkan mengenai peluang serta laluan kerjaya dalam TLDM.
Sesi ini turut memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan prospek perkhidmatan, perkembangan kerjaya serta peluang untuk terus menyumbang kepada pertahanan dan keselamatan maritim negara.
Diharapkan taklimat yang dilaksanakan dapat menjadi panduan dan pencetus semangat kepada para pegawai kadet dalam membuat persediaan serta menentukan hala tuju kerjaya mereka selepas ditauliahkan kelak.
Tentera Laut Diraja Malaysia