Hartanah Johor-Rumah Mampu Milik

Hartanah Johor-Rumah Mampu Milik Johor Bahru Hartanah
Below Market Value 30% -40%
(1)

๐Ÿ๏ธใ€๐Š๐จ๐ง๐๐จ ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ di LARKINใ€‘๐Ÿ๏ธ  ๐Ÿ“ 8 min ke JB CIQ & RTS! Lokasi STRATEGIK โ€ผ๏ธ  โœจ 2 Bilik Dari RM300K  โœจ 3 Bilik Dari...
22/09/2025

๐Ÿ๏ธใ€๐Š๐จ๐ง๐๐จ ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐‘๐ž๐ฌ๐จ๐ซ๐ญ di LARKINใ€‘๐Ÿ๏ธ
๐Ÿ“ 8 min ke JB CIQ & RTS! Lokasi STRATEGIK โ€ผ๏ธ

โœจ 2 Bilik Dari RM300K
โœจ 3 Bilik Dari RM350K
โœจ 4 Bilik Dari RM400K
โœจ Bayaran Bulanan Dari RM1,500 Sahaja
โœจ Fully Furnished + Sistem Rumah Pintar (Smart Home)

๐ŸŽ Cashback Sehingga RM80,000
๐Ÿ“Œ LPPSA BOLEH Mohon | FULL LOAN | Percuma Yuran Guaman & Duti Setem

๐Ÿก 25 Kemudahan Ala-Resort:
โœ… Kolam renang, gimnasium, BBQ, taman permainan & banyak lagi
โœ… Shuttle Bus Disediakan
โœ… 2-3 Tempat Letak Kereta
โœ… Kabinet dapur, hood & hob SEMUA DISEDIAKAN

โ€”

๐Ÿ“ž Berminat? Hubungi Sekarang!
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: wa.link/ew6z8n
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: wa.link/ew6z8n
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: wa.link/ew6z8n

Steven- 013-8852762

๐‰๐š๐๐ฎ๐š๐ฅ ๐๐š๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ (๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž ๐๐š๐ฒ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ) ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐”๐ง๐๐ž๐ซ๐œ๐จ๐ง ๐ƒ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐šNak beli hartanah yang masih dalam pem...
29/04/2024

๐‰๐š๐๐ฎ๐š๐ฅ ๐๐š๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ (๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž ๐๐š๐ฒ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ) ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐”๐ง๐๐ž๐ซ๐œ๐จ๐ง ๐ƒ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Nak beli hartanah yang masih dalam pembinaan, kena rujuk kat Jadual Bayaran Berperingkat. Bayaran yang nak kena bayar pada pemaju p**a bergantung pada peringkat pembangunan tu dibina, di mana ada 5 fasa utama.

Bila anda beli mana-mana hartanah yang masih dalam pembinaan, atau dikenali sebagai Pembangunan Baru, pembangunan tu akan ada Jadual Pembayaran tersendiri.

Cara ni memang lain dari beli unit subsale sebab kalau subsale, anda kena apply pinjaman dari beberapa bank dan menilai unit tu sendiri.

Jadual Pembayaran ni sebenarnya skim bayaran yang memang khas untuk pembangunan yang baru siap atau yang tengah duk naik lagi.

Kalau yang subsale, kita kira bayar direct pada owner yang dulu, tapi kalau beli yang baru ni plak, kita bayar direct pada pemaju.

Bayaran yang nak kena bayar pada pemaju lak bergantung pada peringkat pembangunan tu dibina. Pembayaran ni dah dipecahkan pada 5 peringkat utama:

๐Ÿญ) ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—ด๐—ป ๐—ฆ๐—ฃ๐—” (๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฒ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฒ ๐—”๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜)
๐Ÿฎ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป (๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐˜…๐—ฝ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต)
๐Ÿฏ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด (๐—ฉ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐˜ ๐—ฃ๐—ผ๐˜€๐˜€๐—ฒ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป)
๐Ÿฐ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป
๐Ÿฑ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ

Haa kat bawah ni kitorang ada sediakan contoh Jadual Bayaran Berperingkat yang menyenaraikan setiap peringkat dan peratusan yang berkaitan:

๐Ÿ) ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐’๐ข๐ ๐ง ๐’๐๐€

SPA ni memang dokumen yang paling penting, dan antara bende yang first sekali pembeli akan sign bila dah setuju nak beli mana-mana hartanah.

Dokumen ni kira cam blueprint pembangunan yang nak dibeli, dan sume maklumat pembangunan akan ada dalam tu.

Ni termasuk ler berapa jumlah lot parking kereta (kalau pembangunan bertingkat), dan berapa banyak soket letrik yang ada dalam satu unit.

Dokumen ni jangan pandai-pandai sign sendiri lak ye, sebab memang kena sign depan peguam. Peguam tu jugak akan jelaskan sume terma dan syarat yang ada dalam tu.

Bila dah settle sign SPA, pembeli kena terus buat bayaran 10% untuk unit yang nak dibeli tu. Pastikan siap duit awal-awal okeh kalau nak pegi sign SPA!

๐Ÿ) ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐š๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง

Lepas dah sign SPA, pembeli mungkin dah kena start buat bayaran ansuran. Tapi ni bergantung pada keadaan, ada masa pembeli boleh rilek-rilek dulu lepas sign SPA.

๐—ฎ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต (Residential Title)
- Title Kediaman
Contohnya, kalau tanah tak dibersihkan, piling belum start lagi, dan pembangunan kediaman tu p**ak dilindungi di bawah Akta Pembangunan Perumahan (HDA), maka pembeli hartanah takyah la start buat pembayaran lagi.

- Title Komersial
Haaa kat sini ler yang membezakan pembayaran antara title kediaman dan title komersial. Kalau piling belum start, pembeli rumah memang takyah buat bayaran lagi.

Tapi kalau pembeli komersial p**ak, dorang mungkin dah kena start bayar pinjaman dekat bank โ€“ bergantung pada terma dan syarat kat dalam SPA.

Tapi bila pembangunan tu dah start buat keje asas (foundation) dan piling, bayaran untuk title kediaman dan komersial adalah sama, iaitu 10% daripada kadar ansuran penuh.

๐—ฏ) ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฒ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ (Structural Framework)
Rangka keje struktur ni bila rangka keje dan lantai konkrit pada pembangunan dah start dibina.

Senang cerita, pembinaan yang sebenar telah bermula. Kalau ada pembeli yang ambil pinjaman 80% je, pembeli akan start bayar balik pinjaman time ni.

Pada saat ni jugak, pemaju akan tuntut 15% daripada duit dorang kat bank.

So, buat masa ni pembeli akan buat bayaran pada jumlah yang sama sampai lah pembinaan tu sampai kat level yang pembeli tu pilih.

Maknanya, kalau pembeli yang ambil unit kat level bawah, lagi cepat la dorang kena start bayar ansuran yang seterusnya berbanding dengan pembeli yang ambil level belah atas.

๐—ฐ) ๐——๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ
Kalau kat peringkat ni, pembangunan tu memang dah sampai kat level unit pembeli. Masa ni, pembeli dah kena start bayar 10% tambahan dari pinjaman dorang.

๐—ฑ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ณ๐—ผ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป
Bila pembangunan dah sampai tahap penyambungan wayar, pembeli kena naikkan lagi ansuran sebanyak 10%.

๐—ฒ) ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป
Bila dah settle keje pendawaian, pemaju akan start buat kerja pembetungan p**ak. Masa ni bayaran ansuran naik lagi 5%.

๐—ณ) ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ
Start je keje plastering ni, pembeli pun kena naikkan ansuran sebanyak 10%.

๐—ด) ๐—Ÿ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป
Lepas dah siap plastering, pemaju akan start bina longkang khas untuk bangunan tu. Ansuran akan naik lagi 5% pada masa ni.

๐—ต) ๐—๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป
Bila pemaju dah start membina dan menyusun jalan ke pembangunan tu, pembeli pun kenalah start membayar 5% tambahan untuk ansuran dorang.

๐Ÿ‘) ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐  (๐•๐š๐œ๐š๐ง๐ญ ๐๐จ๐ฌ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง)

Pada peringkat ni, pembangunan kira dah nak siap lah.

Masa ni pembeli belum lagi kena bayar jumlah ansuran sepenuhnya, sampai lah dorang dah trime Pemilikan Kosong atau Vacant Posession untuk unit yang dibeli.

Buat masa ni jugak, bekalan letrik dan air pun akan disambung pada setiap unit.

Bila pemilik rumah dapat je kunci untuk unit, dorang pun terus kena start bayar ansuran penuh kat bank โ€“ kiranya tambahan lagi 12.5%.

Lebih kurang 6 bulan dari tarikh pembangunan tu siap, pemilik rumah kena p**ak bayar kos pindah milik atau yuran Memorandum of Transfer (MOT).

Lepas settle je bayar MOT, pemilik rumah tu terus akan dapat hak sepenuhnya pada unit dorang. Tadaaa, senang ke tak nak beli rumah ni?

Tapi kalau korang rase cam terlampau banyak info untuk difahami kat atas tu, jangan risau lagi! Untuk bagi perspektif yang lebih jelas untuk pembaca kitorang, kat bawah ni ada jadual rujukan ye:

โ€œSaya buat pembiayaan perumahan di atas nama saya dan suami. Apabila suami meninggal dunia, adakah saya perlu membayar s...
27/04/2024

โ€œSaya buat pembiayaan perumahan di atas nama saya dan suami. Apabila suami meninggal dunia, adakah saya perlu membayar semuanya?โ€œ

Ramai orang keliru dengan status pembiayaan perumahan setelah salah seorang daripada mereka telah meninggal.

Sebelum ini mereka berdua akan berkongsi wang untuk membayar sejumlah pinjaman rumah, tetapi apabila salah seorang meninggal dunia, adakah bayaran itu diteruskan seperti biasa dengan jumlahnya atau dikurangkan jumlahnya?

Atau tidak perlu bayar langsung? Sedangkan dalam dokumen pembiayaan rumah, tertera kedua-dua nama mereka.

Sekiranya anda bertanya kepada pegawai bank atau peguam yang mengendalikan kes kematian pemilik pinjaman rumah ini, pasti jawapan mereka tetap sama.

Ia berasaskan kepada apa yang tercatat dalam dokumen Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT).

๐Œ๐จ๐ซ๐ญ๐ ๐š๐ ๐ž ๐‘๐ž๐๐ฎ๐œ๐ž๐ ๐“๐ž๐ซ๐ฆ ๐“๐š๐ค๐š๐Ÿ๐ฎ๐ฅ (๐Œ๐‘๐“๐“)

MRTT adalah sejenis takaful yang melibatkan 3 pihak iaitu peminjam, penjual dan juga bank yang terlibat untuk proses pembiayaan. Dengan adanya MRTT, si mati akan dilindungi daripada membuat bayaran pembiayaan seterusnya.

Ia adalah perlindungan kewangan yang akan diberikan untuk membiayai baki pinjaman rumah si mati sepenuhnya hanya atas nama si mati. Ia bermaksud, jika anda membeli rumah atas dua nama, ia akan dibahagikan mengikut peratus iaitu si mati dan anda.

Jika 50-50, maksudnya 50% akan dibiaya oleh MRTT dan anda perlu bayar separuh lagi jumlah harga rumah. Anda perlu jadualkan semula jumlah pembayaran yang akan anda bayar, selepas bayaran si mati dipotong daripada jumlah pinjaman asal.

Sekiranya 100% MRTT hanya diletakkan kepada anda dan tidak langsung cover si mati, bermakna tiada perlindungan kewangan diberikan kepada si mati. Anda terpaksa membayar 100% jumlah pinjaman rumah seperti biasa.

Kes-kes sebegini akan menyebabkan rumah disita atau lain-lain lagi kerana pembayar mungkin mengalami masalah kewangan untuk membayar.

MRTT ini juga akandiguna pakai jika seseorang itu mengalami kecacatan kekal yang disahkan, bukan hanya kematian sahaja

๐๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐๐š๐ค ๐“๐š๐ก๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฉ๐š ๐๐ž๐ซ๐š๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐‘๐“๐“ ๐˜๐š๐ง๐  ๐€๐ง๐๐š ๐ƒ๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ?

Kita pun terlupa apa yang telah kita buat sewaktu memohon pinjaman rumah dahulu. Tak ingat berapa peratus perlindungan yang diambil untuk setiap orang.

Jangan risau, kita boleh hubungi pihak bank yang kita buat pembiayaan rumah tersebut untuk menyemak segala maklumat.

Anda juga boleh berbincang dengan pegawai bank berkenaan dengan pembiayaan perumahan selepas berlaku kematian salah seorang peminjam.

๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ-๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐–๐’๐ ๐๐š๐ง ๐‚๐š๐ซ๐š-๐‚๐š๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐šโ€œDuit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ?โ€œBoleh broโ€ฆ.โ€B...
25/04/2024

๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ-๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐–๐’๐ ๐๐š๐ง ๐‚๐š๐ซ๐š-๐‚๐š๐ซ๐š๐ง๐ฒ๐š

โ€œDuit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ?

โ€œBoleh broโ€ฆ.โ€

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ“๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง
Ada 2 jenis pengeluaran:
1) Pengeluaran Penuh Akaun 2
2) Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ“๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง
Ada 4 jenis pengeluaran:
1) Kesemua Simpanan
2) Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
3) Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
4) Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ‘. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐Ÿ”๐ŸŽ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง
Ada 4 jenis pengeluaran:
1) Kesemua Simpanan
2) Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
3) Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
4) Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ’. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ /๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ค๐ข ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ“. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‡๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐”๐ฉ๐š๐ฒ๐š
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ”. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :
- Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
- bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

Cara-caranya:
- Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
- Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ•. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
- Bawa Surat Tawaran Belajar
- Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
- Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
- Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
- Bawa Borang Temuduga
- Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
- Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli โ€“ Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿด. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป
Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
- Bawa Lampiran A โ€“ Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan
- Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
- Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ—. ๐’๐ค๐ข๐ฆ ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐€๐ก๐ฅ๐ข
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

#๐Ÿ๐ŸŽ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š / ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
- Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
- Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
- Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก
Syarat pengeluaran: Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.

#๐Ÿ๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐ข ๐‘๐Œ ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ญ๐š
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐€๐ง๐ฌ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
- Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan
- Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ๐Ÿ‘. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐š๐ง
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:
- Bawa Sijil Kematian Ahli
- Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
- Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ๐Ÿ’. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐…๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ๐ข๐›๐ž๐ฅ
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).

#๐Ÿ๐Ÿ“. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:
- Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
- Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
- Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
- Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
- Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
- Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Billโ€™) dan Resit
- Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat) Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#๐Ÿ๐Ÿ”. ๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Anda yang sedang mencari rumah untuk hidup berkeluarga pasti buntu memilih lokasi rumah yang sesuai untuk keluarga anda ...
23/04/2024

Anda yang sedang mencari rumah untuk hidup berkeluarga pasti buntu memilih lokasi rumah yang sesuai untuk keluarga anda bukan?

Tolak tepi rumah untuk pelaburan, ini artikel beli rumah untuk diduduki.

Masalah yang kerap anda alami tentu mencari jenis rumah yang selesa, lokasi yang ideal dengan fasiliti dan kemudahan dan tentunya harga rumah yang sesuai dengan poket anda.

Bertenangโ€ฆ

Sebenarnya, ada banyak rumah yang sesuai untuk anda beli dengan syarat rumah tersebut menepati ciri-ciri yang akan dinyatakan di dalam artikel ini.

Ada orang kata, jangan beli rumah high rise. Rugi.

Beli rumah jenis landed seperti teres, townhouse atau semi detached sungguhpun lokasinya terletak di pinggir bandar.

Sebenarnya, anggapan itu 50% tepat dan 50% kurang tepat.

Untuk rumah dengan kehidupan berkeluarga, memiliki rumah landed adalah bonus. Anak-anak anda ada ruang untuk bermain dan pasangan anda ada ruang untuk aktiviti menanam pokok-pokok bunga.

Tetapi kebanyakan projek hartanah landed baharu terletak di pinggir bandar dan lokasinya mungkin tidak sesuai untuk kebanyakan orang.

๐Ÿ. ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ
Kriteria wajib untuk anda yang nak beli rumah kelak adalah memastikan terdapat hospital yang berdekatan dengan rumah anda.

Hospital merupakan kemudahan paling asas yang perlu ada dalam sesebuah lokasi.

Bayangkan kelak apabila keluarga anda bertambah atau keluarga anda sakit, mempunyai hospital yang berdekatan dengan rumah adalah satu kelebihan.

๐Ÿ. ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก
Setiap ibu bapa mempunyai keinginan untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka.

Makanya, mempunyai sekolah yang berdekatan dengan rumah anda meruapakan satu kelebihan yang besar kepada anda dan anak โ€“ anak.

Anda tidak perlu risau sekiranya perlu menghantar anak โ€“ anak anda ke sekolah bagi pembelajaran kelas malam atau aktiviti kokurikulum pada hujung minggu.

๐Ÿ‘. ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข / ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ
Ada sesetengah orang tidak kisah jika tiada universiti atau kolej berdekatan dengan rumah mereka. Sebenarnya, ada kelebihan sekiranya rumah anda berdekatan dengan universiti dan kolej.

Anak- anak anda bakal didedahkan dengan budaya pembelajaran universiti dan kolej menerusi program Hari Terbuka Universiti / Kolej tersebut.

Dan sekiranya ada rezeki, anda tidak perlu lagi menghantar anak anda belajar ke universiti atau kolej yang jauh dari rumah anda.

๐Ÿ’. ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐š๐ ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง
Seiring dengan peningkatan usia, anda berkemungkinan besar ingin mendekatkan diri kepada tuhan dan mempraktikkan cara hidup agama anda dengan penuh disiplin.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda berkumpul bersama komuniti tersebut di pusat keagamaan.

Anak-anak anda juga berpeluang menghadiri kelas keagamaan yang dianjurkan sekaligus membina kekuatan rohani mereka.

Jika anda seorang penganut Buddha, tokong adalah tempatnya. Jika anda seorang Muslim, maka masjid adalah tempatnya.

๐Ÿ“. ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ๐š๐ฒ๐š
Pasaraya yang besar membolehkan anda menyediakan kelengkapan keperluan asas keluarga anda seperti makanan, minuman, pakaian dan juga peralatan persekolahan anak-anak anda.

Anda hanya perlu pandai memilih pasaraya yang menawarkan diskaun yang menarik pada hari-hari tertentu sekiranya ingin membuat penjimatan setiap kali membeli barang keperluan rumah anda.

๐Ÿ”. ๐‘๐ž๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ž๐ ๐ž๐ซ๐š
Budaya orang Malaysia memang sukakan makanan segera tidak kira pagi petang dan malam.

Kewujudan restoran makanan segera dalam radius 5 kilometer dari rumah anda membolehkan anda meluangkan masa bersama keluarga di sana.

Atau sekiranya anda malas untuk memasak, boleh gunakan khidmat pesanan makanan online seperti FoodPanda dan Grabfood untuk membeli makanan.

๐Ÿ•. ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‘๐ž๐ค๐ซ๐ž๐š๐ฌ๐ข
Keperluan mempunyai pusat rekreasi atau taman awam di sekitar rumah sebenarnya tidak perlu dijelaskan secara terperinci.

Dengan pusat rekreasi, anda boleh membina karakter anak โ€“ anak anda supaya menjadi lebih kompetitif dan membina semangat sukan sejak kecil lagi.

Selain daripada itu, anda dan pasangan juga tidak perlu menggunakan perkhidmatan gimnasium untuk kekal sihat.

Membeli rumah untuk kehidupan berkeluarga sebenarnya lebih mencabar daripada membeli rumah untuk pelaburan hartanah.

Anda perlu pastikan suasana, komuniti dan keselamatan kawasan itu berada pada tahap optimum dan sesuai untuk proses membesarkan anak-anak.

Untuk membina keluarga yang bahagia, anda harus berada di dalam komuniti yang sihat kerana persekitaran memainkan peranan paling besar dalam membentuk keluarga anda kelak.

Memang ada banyak projek hartanah landed dengan ciri iri di atas di pinggir bandar yang dibangunkan pemaju hartanah bereputasi tinggi.

Pastikan kita betul-betul bersedia dan boleh ikuti langkah berikut sebagai panduan:๐Ÿ. ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐งBayaran bulanan tidak bole...
21/04/2024

Pastikan kita betul-betul bersedia dan boleh ikuti langkah berikut sebagai panduan:

๐Ÿ. ๐Š๐ž๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง
Bayaran bulanan tidak boleh melebihi 1/3 dari gaji bersih. Jika gaji RM3,000, kita hanya boleh memiliki sebuah rumah dengan bayaran bulanan maksimum RM1,000.

Pertimbangkan kos-kos lain seperti downpayment, yuran guaman, dan duti setem. Pastikan kita sudah bersedia supaya proses pembelian rumah berjalan lancar dan teratur.

๐Ÿ. ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข
Jika beli rumah untuk tempat tinggal, pertimbangkan lokasi yang berdekatan dengan tempat kerja. Tak guna beli rumah besar tetapi ulang-alik kerja sampai 2 jam.

Apa kata beli rumah yang kecil sedikit tetapi lokasi yang lebih strategik. Berdekatan tempat kerja dan kemudahan awam seperti hospital dan sekolah.

๐Ÿ‘. ๐Š๐จ๐ฌ ๐“๐š๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง
Bagi yang ingin membeli rumah berstatus strata atau bertingkat, ada kos lain yang perlu dibayar setiap bulan iaitu yuran penyelenggaraan (maintenance fee). Biasanya maintenance fee ikut size rumah kita, semakin besar rumah semakin mahal kos maintenance fee.

Semak dengan pemaju atau ejen hartanah sebelum membuat keputusan membeli rumah tersebut. Takut nanti terkejut kerana terpaksa sediakan bajet tambahan di kemudian hari. Ada maintenance fee yang boleh mencecah RM300 sebulan!

๐Ÿ’. ๐…๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง
Dalam proses jual beli rumah, ada dua perjanjian yang perlu ditandatangani iaitu perjanjian jual beli (SPA) dan perjanjian pinjaman (loan agreement). SPA adalah perjanjian antara pembeli dengan pemaju.

Di antara maklumat yang ada dalam SPA adalah keluasan unit, jenis hak milik sama ada freehold atau leasehold, dan tempoh jangkaan rumah akan siap. Manakala loan agreement adalah perjanjian antara peminjam iaitu pembeli rumah dengan pihak bank.

Beri perhatian kepada jumlah bayaran bulanan, tempoh pembiayaan sama ada 30 atau 35 tahun, dan juga lock-in period iaitu tempoh jika penyelesaian penuh dibuat akan dikenakan penalti.

๐Ÿ“. ๐ƒ๐ž๐Ÿ๐ž๐œ๐ญ ๐‹๐ข๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐ž๐ซ๐ข๐จ๐ (๐ƒ๐‹๐)
Apabila rumah telah diserahkan kepada pemilik, perkara pertama yang perlu kita buat adalah memeriksa keadaan rumah jika ada sebarang kecacatan seperti tile kosong (selalu berlaku), leaking, atau cat yang tidak sempurna. Tempoh DLP adalah 24 bulan dari tarikh serahan rumah dari pemaju kepada pemilik.

Pastikan hak kita terjamin dengan melaporkan sebarang kecacatan kepada pemaju untuk diperbaiki. Sebarang pertikaian boleh dilaporkan kepada tribunal di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Semoga panduan yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita dalam proses pembelian rumah idaman terutamanya bagi pembeli rumah pertama.

"Refinance" dalam bahasa kebangsaan adalah pembiayaan semula di mana kita membuat pembiayaan baru untuk menyelesaikan pe...
19/04/2024

"Refinance" dalam bahasa kebangsaan adalah pembiayaan semula di mana kita membuat pembiayaan baru untuk menyelesaikan pembiayaan lama. Refinance hanya boleh berlaku apabila harga semasa hartanah melebihi baki hutang.

Sebagai contoh:
Harga Pasaran Hartanah Semasa : RM400,000
Baki Pembiayaan Perumahan : RM250,000
Jumlah Pembiayaan Semula : RM360,000
(90% margin daripada RM400,000)
RM360,000 โ€“ RM250,000 = RM110,000 (lebihan tunai)

Sekarang kita ada lebihan tunai RM110,000. Itulah yang kita panggil pembiayaan semula.

Membuat pembiayaan baru untuk menyelesaikan hutang lama bertujuan untuk mendapatkan lebihan tunai.

๐Ÿ‘ ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก๐š๐ง ๐‘๐ž๐Ÿ๐ข๐ง๐š๐ง๐œ๐ž

๐Ÿ. ๐Š๐š๐๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก
Kadar asas merupakan panduan yang dipraktiskan oleh institusi kewangan di Malaysia. Perubahan dalam kadar asas akan mempengaruhi kadar keuntungan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Kadar asas p**a dipengaruhi oleh Overnight Policy Rate (OPR) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sebagai contoh, pada permulaan semasa membuat pembiayaan hartanah, kadar keuntungan adalah pada 4.5%.

Tetapi setelah 5 tahun, kadar keuntungan telah menurun kepada 3% sahaja. Jadi ini mungkin satu peluang bagi kita untuk mendapatkan penjimatan sehingga 1.5% dengan membuat pembiayaan semula.

๐Ÿ. ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ญ๐š๐ง๐  ๐‹๐š๐ข๐ง
Apabila mempunyai lebihan tunai, kita boleh gunakan wang tersebut untuk menyelesaikan hutang lain terutamanya yang mempunyai kadar keuntungan yang tinggi seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit.

Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan komitmen bulanan dan
menyelesaikan hutang dengan lebih cepat. Sekurang-kurangnya kita dapat membuat penjimatan kerana kadar keuntungan kad kredit mencecah sehingga 18% setahun, berbanding pembiayaan perumahan pada kadar 3.5% sahaja.

๐Ÿ‘. ๐Œ๐จ๐๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง
Setiap daripada kita mesti mempunyai cita-cita. Mungkin ada yang sudah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan walaupun masih lagi bekerja makan gaji sepenuh masa. Mungkin juga sudah tiba waktunya untuk kita menjalankan perniagaan untuk menambah pendapatan.

Dengan lebihan tunai, dapat juga kita memperolehi modal untuk mengejar cita-cita tersebut. Dengan RM110,000 (dengan mengambil contoh di atas) banyak yang kita boleh buat, mungkin simpan separuh dan separuh lagi digunakan untuk tujuan membangunkan perniagaan.

๐Ÿ‘ ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐ž๐Ÿ๐ข๐ง๐š๐ง๐œ๐ž

๐Ÿ. ๐Š๐จ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง
Proses permohonan pembiayaan semula sama seperti pembiayaan perumahan baru. Kita kena bayar yuran peguam, takaful, perjanjian pembiayaan, dan setem duti.

Maka kos-kos ini perlu dipertimbangkan sebelum membuat permohonan.

๐Ÿ. ๐‹๐จ๐œ๐ค-๐ˆ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐จ๐
Ada sesetengah bank yang akan mengenakan penalti jika kita membuat penyelesaian awal. Jadi pastikan berapa lama tempoh lock-in period bagi pembiayaan perumahan yang diambil.

Ada 3 tahun ada juga 5 tahun, pastikan kita semak betul-betul agar tidak dikenakan penalti tersebut.

๐Ÿ‘. ๐ƒ๐ฎ๐ข๐ญ ๐‹๐ž๐›๐ฎ๐ซ
Jika kita gunakan wang tersebut untuk perkara berfaedah, Alhamdulillah. Tetapi jika kita gunakan untuk beli kereta, joli sakan atau melabur ke dalam skim yang bukan-bukan, maka duit tersebut akan lebur.

Jadi hati-hati dan sentiasa tahu apa objektif kita. Takut tersesat jalan, susah nak patah balik.

Kesimp**annya, pembiayaan semula atau refinance ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Pembiayaan semula merupakan satu pilihan yang bijak dengan syarat antaranya kita perlu mengkaji kedudukan kewangan semasa, tahu tujuan pembiayaan dan buat penyelidikan sejauh mana pembiayaan semula itu mampu untuk beri manfaat kepada kita.

Kalau tidak, sia-sia saja instalment bulanan kita bertambah dan tempoh pembayaran semula p**a akan meningkat.

๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐˜๐š๐ง๐  ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐š๐ง๐Ÿ. ๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐šUntuk mengelakkan anda pening kepala memikirka...
18/04/2024

๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐›๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐˜๐š๐ง๐  ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž ๐“๐š๐ฉ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐š๐ง

๐Ÿ. ๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š
Untuk mengelakkan anda pening kepala memikirkan persona penyewa yang sesuai untuk kediaman anda, apa kata anda tetapkan jenis penyewa kepada 1 atau dua golongan sahaja.

Contohnya, golongan pekerja yang bekerja dalam radius 1KM dari kediaman anda atau pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar kediaman anda.

Kesilapan ramai pelabur hartanah adalah mereka terlalu fokus kepada satu bangsa dan golongan sahaja.

Ini sebenarnya lebih menyukarkan mereka untuk mencapai rental yield yang sedap di hujung bulan.

๐Ÿ. ๐Š๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ
Penyewa anda kelak adalah manusia dan bukanlah haiwan. Jadi, sediakan keperluan asas untuk memudahkan lagi aktiviti kehidupan seharian mereka.

Sediakan keperluan asas seperti :-
- WiFi
-Televisyen
- Kipas Angin
- Katil & Tilam
- Dapur Memasak
- Meja Belajar (jika penyewa anda golongan pelajar)

99% daripada keperluan di atas anda boleh beli di kedai barangan terpakai atau preloved di portal lelong online pada harga yang cukup murah.

๐Ÿ‘. ๐…๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐š๐ข๐ค๐ค๐š๐ง ๐‘๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐˜๐ข๐ž๐ฅ๐
Kehendak manusia itu luas, tetapi anda tak perlu sediakan semua. Fokus kepada nilai yang boleh meningkatkan rental yield anda sahaja.

Contohnya, sediakan bilik/ruang yang lebih besar untuk penyewa yang baru berkahwin dengan tambahan RM100 setiap bulan.

Atau, sediakan bilik/ruang dengan penghawa dingin dengan tambahan RM150 setiap bulan.

Jika penyewa anda adalah golongan pelajar, tidak salah jika anda melanggan servis internet yang paling bagus.

Ini semua contoh โ€“ contoh nilai yang anda boleh berikan kepada penyewa untuk meningkatkan rental yield anda.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan yang pelaburan hartanah tanpa memiliki hartanah itu praktikal dan realistik.

Jika anda sudah pun memiliki hartanah sendiri dan masih gagal mendapatkan penyewa, ada baiknya anda kaji dan cuba teknik ini.

Sublet boleh dikatakan teknik terakhir yang anda boleh praktikkan jika rumah anda sepi tanpa penghuni kerana faktor harga.

Anda boleh mula fokus dengan kediaman di kawasan primer atau rumah kedai.

Permintaan di kawasan lot komersial adalah lebih tinggi dan potensi pelaburan sublet anda untuk berjaya adalah besar!

Address

Johor Bahru
Bahru
81100

Opening Hours

Monday 10:30 - 18:30
Wednesday 10:30 - 18:30

Telephone

+60126827867

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hartanah Johor-Rumah Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share